hai assalammualaikum

Nasi Ayam Kicap ( N.A.K) Sambal Hijau, Menu Ringkas Tapi Sedap - Pertama kali jejak ke tempat makan Medan Selera Masok di Kampung Baru Kuala Lumpur, berdekatan dengan Quill City Mall dan Universiti Kuala Lumpur, pelbagai menu makanan yang ada, tapi nad pilih untuk mencuba Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau yang ada di situ. Menu nampak ringkas, tapi belum cuba belum tau kan.

Dalam banyak-banyak kedai di situ, Kedai Nasi Ayam Kicap ni la yang paling menyerlah, sebab kedai berwarna kuning..hehee. Nampak je kedai Nasi Ayam Kicap ni terus order. Nad ingatkan menu nasi ayam kicap ni, biasa je, nasi dengan ayam kicap yang macam buat dekat rumah tu, tapi lain dari yang lain ya.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Sembilan, Ikan Keli Berlado Khairul Aming dan Sayur Kangkung Belacan - Hari minggu haritu berbuka puasa di kampung, memang banyakla bawak balik barang basah. Macam tu la bila balik kampung, mesti ada je dibawa baliknya.

Nasib baik kat rumah mak banyak ikan keli, bolehla ambil sikit.. Hehehe. Boleh buat resepi ikan keli Khairul Aming.. Kihkih. Jimat sikit takyah beli ikan keli. Rezeki la kalau balik kampung ada ikan best.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan, Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal - Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan, hehehhe. Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad. Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa di kampung. Alhamdulillah, dapat juga berbuka puasa dengan mak ayah, adik beradik semua. Puasa pertama tak dapat sebab ada perkara tak dapat dielakkan.

Bila dah semua balik rumah mak ayah, meriahla makanan yang ada. Menu dibuat berasaskan ayam. Dua jenis lauk ayam, nak mudah kan. Masakla ayam masak kuning dan ayam masak kicap kari sambal. Lagipun, kakak beli daging gulai kawah, hah, elokla tu.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh, Ayam Kari, Roti Jala, Dan Sayur Kangkung Tumis - Dalam rumah ni, menu paling kerap buat ialah kari dan sambal. Tu pun sebab dua menu ni, laki kita yang suka gila. Kalau keluar tu, bilrasa nak beli lauk, lauk kari mesti ada..huhuhu.

Jadi menu berbuka puasa untuk hari ketujuh, nad terfikir buat ayam kari. Bila terfikir kari, elok la buat roti jala sekali kan. Kombinasi yang mantap, roti jala makan dengan kari. Walah!
 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam, Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi - Semalam terfikir nak masak paling simple dan pantas ya. Mula fikir nak buat goreng-goreng je, lepastu datang idea, apa kata buat ikan bakar. Hah, biasalah, idea datang kadang last minit bila tengok bahan.

Ikan nak guna ialah ikan cencaru. Korang tau kan, ikan cencaru ni kulit diakeras. Selalu kalau pergi pasar memang mintak siang ikan ni, sebab nad kalau siang ikan cencaru ni maunya hancur. Tak reti dengan kulit keras dia. Kalau nak buat bakar elokla dengan kulit dia sekali, tapi dah termintak siang, boleh je nak buat bakar.. Hehehe.
 hai assalamualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Kelima, Ayam Blackpepper Dan Taugeh Masak Lemak Putih - Dah masuk hari kelima kita berpuasa, syukur alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah beri. Masih lagi memasak di rumah untuk keluarga tercinta..gituu. Hari-hari duk fikir menu apa, bila ada dalam fikiran terus buat, takda tukar-tukar. Hehehe.

Untuk hari kelima kita berpuasa, nad masak ayam blackpepper dan taugeh masak lemak untuk menu berbuka puasa. Macam taugeh, mr mafia memang suka masak lemak, jadi, kenala ikut citarasa suami.
 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ikan Cili Pedas, Sayur Sup dan Udang Goreng Kunyit - Semalam tiba-tiba je anak selsema, mungkin cuaca tak menentu, kejap panas, kejap sejuk. Terfikir waktu berbuka nanti nak buat sup sayur, boleh dia makan sekali. Bila masak sup sayur ni kenala  ada lawannya, menu pedas-pedas macam tu, lepastu ada goreng-goreng. Maka terhasil la idea nak buat ikan cili pedas, sup sayur dan udang goreng kunyit.

Siapa sini suka makan sayur campur? Sayur yang ada macam-macam jenis seperti lobak, brokoli, kubis bunga, jagung kecik tu. Selalunya sayur macam ni memang sedap buat sup atau tomyam. Makan macam tu je pun dah sedap.
 hai assalammualaikum

Mask Terbaru Himaya, Himaya H99 Premium Face Respirator Warna Pink Dew - Benda penting waktu sekarang ialah mask muka. Ada orang pakai mask apa pun takda masalah, ada orang pakai mask habis naik jerawat dekat muka. Ada orang cari mask yang cantik dan selesa semasa dipakai. Banyak jenis mask ada, tapi yang paling ok mask KF94, KF95 macam tu. Dalam banyak-banyak mask, nad suka pakai mask Himaya. Corak dan warna angat menarik sesuai untuk perempuan. Kalau korang nak tau, Himaya ada keluarkan mask terbaru mereka. 

Himaya Malaysia memperkenalkan warna terbaharu untuk rangkaian pelitup muka Himaya H99 Premium Face Respirator iaitu Pink Dew. Warna pink  dew, memang lawa. Selain Chic Vintage, warna baharu ini juga menampilkan Nabila Razali sebagai duta utama. 
 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketiga, Sotong, Pucuk Paku dan Ayam Goreng - Harini pergi pasar, topup barang basah yang dah habis. Belila ayam, sotong, udang, ketam, ikan, semua jenis lauk ada. Puasa-puasa ni menu mestila nak lain-lain kan..ehhee. Nak pulak harini terfikir nak masak sotong. Mr mafia beli bahagian barang basah, nad pergi beli sayur, bawang semua.

Jadi, menu untuk berbuka puasa hari ketiga ni, nad amsak, sotong masak cili thai, pucuk paku masak lemak dan ayam goreng sahaja. Masak seawa pukul 5, biar cepat masak dan boleh berehat menunggu azan..hehhee.
 hai assalammualaikum

Disebabkan barang dapur dah nak habis, yang tinggal ada sardin sahaja, jadi menu berbuka puasa hari kedua ni kita huat sardin masak sambal. Sayur semestinya ada, sayur kacang panjang dan lobak tumis. 

Hah menu dua sahaja untuk menu buka puasa hari kedua, sebab mr mafia singgah ke bazar harini. Jadi dia topup kuih muih dan menu lain.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2