hai assalammualaikum

Ramadan 14: Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah - Hah, macam dah lama tak buat Nasi lemak i, tengok bahan dekat dapur semua ada, apa lagi, berkelentang kelentung la kita dekat dapur buat nasi lemak ni. Nak buat senang je, tapi step-step nak semua bahan tu, memang terlari sana sini jug la..hahaha.

Mana taknya, Nasi Lemak mestila ada nasinya, sambalnya, telur rebusnya, timun, paling penting bagi nad la, ikan bilis. Kalau takda tak sedap ye. Nad memang tak suka kacang, sebab tu tak goreng kacang..hahaha. 

RAMADAN 13: RESEPI SAMBAL SOTONG

in , by Nadia Johari, 00:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 13: Resepi Sambal Sotong - Dalam rumah ni, sotong ni memang jadi kegemaran. Masak sotong je mesti semua orang suka. Tak bolehla masak sikit, kena masak banyak baru puas.Tak kisahla buat lauk sotong apa, tetap makan walaupun sotong masak sambal, anak-anak mesti makan. Haritu, mr mafia bli sotong siap ada telur dalam dia. Kalau rezeki memang dapat yang ada telur la dekat pasar tu. Kalau lambat , takdala telur sotong dalam tu.

Tak kisahla ada telur ke takda telur, penting dapat makan sotong tu pun dah ok..ehhee. Haritu menu berbuka puasa Ramadan ke 13, fikir nak buat sotong sambal. Nak buat lain, takda pula bahannya, jadi buat sambal je la.

RAMADAN 12 : RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS

in , by Nadia Johari, 12:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 12: Resepi Ikan Pari Asam Pedas - Haritu balik kampung, dapatla ikan pari dari mak sikit. Lama juga tak makan ikan pari. Selalunya kalau nak makan ikan pari, memang beli je dekat kedai, sebab nad dah beberapa kali masak ikan pari, selalu tak menjadi, lagi-lagi masak asam ledas. Sebab tu dah malas nak beli ikan pari kat pasar...huhu.

Setiap kali masak mesti tak menjadi. Tak tau la sebab ikan pari tu atau nad memang tak reti masak. Lepastu tular pulak dekat twitter cara siang ikan pari, ada satu komen tu dia haritu beli ikan pari asam pedas bau hanyir ikan tu. Samala jadi dekat nad, kalau masak mesti hanyir dan tak sedap.
 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke 11,Telur Ikan Masak Kari - Dah masuk ke 11 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Alhamdulillah, masih lagi bertenaga dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan baik. Menu setiap hari bila buka peti ais je baru dapat idea..hahaha. Masak jela apa yang ada.

Disebabkan haritu, mr mafia beli telur ikan dekat pasar, jadi kita tanyala dia, nak masak apa telur ni? Mr mafia suruh masak kari. Maka terhasilla telur ikan masak kari.
 hai assalammualaikum

Menu Berbuka Puasa ke 10,Sup Tulang, Daging Goreng Kunyit dan Sayur Kailan - Kali ni takda resepi sebab puasa ke 10,nad buat task job, shoot video. Jadi shoot dari tengaahri sampai petang dalam pukul 5 petang macam tu. Memang tak sempat masak la, pulak tu dah penat dengan shoot. Jawabnya kita beli jela.

Kalau beli lauk memang tak pergi ke bazar sebab takut tak tahan sampai sahur, selalu beli kat kedai makan. Haritu teringin nak makan sup, jadi belila sup tulang, daging goreng kunyit dan sayur kailan. 
 hai assalammualaikum

Nasi Ayam Kicap ( N.A.K) Sambal Hijau, Menu Ringkas Tapi Sedap - Pertama kali jejak ke tempat makan Medan Selera Masok di Kampung Baru Kuala Lumpur, berdekatan dengan Quill City Mall dan Universiti Kuala Lumpur, pelbagai menu makanan yang ada, tapi nad pilih untuk mencuba Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau yang ada di situ. Menu nampak ringkas, tapi belum cuba belum tau kan.

Dalam banyak-banyak kedai di situ, Kedai Nasi Ayam Kicap ni la yang paling menyerlah, sebab kedai berwarna kuning..hehee. Nampak je kedai Nasi Ayam Kicap ni terus order. Nad ingatkan menu nasi ayam kicap ni, biasa je, nasi dengan ayam kicap yang macam buat dekat rumah tu, tapi lain dari yang lain ya.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Sembilan, Ikan Keli Berlado Khairul Aming dan Sayur Kangkung Belacan - Hari minggu haritu berbuka puasa di kampung, memang banyakla bawak balik barang basah. Macam tu la bila balik kampung, mesti ada je dibawa baliknya.

Nasib baik kat rumah mak banyak ikan keli, bolehla ambil sikit.. Hehehe. Boleh buat resepi ikan keli Khairul Aming.. Kihkih. Jimat sikit takyah beli ikan keli. Rezeki la kalau balik kampung ada ikan best.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan, Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal - Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan, hehehhe. Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad. Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa di kampung. Alhamdulillah, dapat juga berbuka puasa dengan mak ayah, adik beradik semua. Puasa pertama tak dapat sebab ada perkara tak dapat dielakkan.

Bila dah semua balik rumah mak ayah, meriahla makanan yang ada. Menu dibuat berasaskan ayam. Dua jenis lauk ayam, nak mudah kan. Masakla ayam masak kuning dan ayam masak kicap kari sambal. Lagipun, kakak beli daging gulai kawah, hah, elokla tu.

 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh, Ayam Kari, Roti Jala, Dan Sayur Kangkung Tumis - Dalam rumah ni, menu paling kerap buat ialah kari dan sambal. Tu pun sebab dua menu ni, laki kita yang suka gila. Kalau keluar tu, bilrasa nak beli lauk, lauk kari mesti ada..huhuhu.

Jadi menu berbuka puasa untuk hari ketujuh, nad terfikir buat ayam kari. Bila terfikir kari, elok la buat roti jala sekali kan. Kombinasi yang mantap, roti jala makan dengan kari. Walah!
 hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam, Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi - Semalam terfikir nak masak paling simple dan pantas ya. Mula fikir nak buat goreng-goreng je, lepastu datang idea, apa kata buat ikan bakar. Hah, biasalah, idea datang kadang last minit bila tengok bahan.

Ikan nak guna ialah ikan cencaru. Korang tau kan, ikan cencaru ni kulit diakeras. Selalu kalau pergi pasar memang mintak siang ikan ni, sebab nad kalau siang ikan cencaru ni maunya hancur. Tak reti dengan kulit keras dia. Kalau nak buat bakar elokla dengan kulit dia sekali, tapi dah termintak siang, boleh je nak buat bakar.. Hehehe.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2