hai assalammualaikum
Cantik, Sihat Luar Dan Dalam Dengan BeauSiti, Produk Kesihatan Dato Sri Siti Nurhaliza - Setelah 2 tahun kita tak dapat beraya, alhamdulillah tahun ini, kita dapat beraya dengan penuh meriah dan pulang ke kampung halaman. Lagi meriah raya kali ni bila Nad dapat Gift Box Indah Rentas Raya BeauSiti dari Dato Sri Siti Nurhaliza. Sesuai sangat tema ' Indah Rentas Raya ' dengan raya kali ni. Teruja sangat tau nampak isi dalamnya. Raya ni kita cantik dan sihat dengan BeauSiti.
Siapa yang tak kenal dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yang dikenali dan diminati ramai. Memiliki suara yang merdu, wajah yang cantik dan penyayang. Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga dikenali sebagai Tokti, bukan sahaja berjaya dalam nyanyian, malah kini menjadi usahawan yang berjaya. Selain produk skincare dan makeup Simply Siti, Siti Nurhaliza memperkenalkan produk minuman kesihatan dari BeauSiti iaitu Beautessence, Beaunest dan Beaukids yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan.