hai assalammualaikum

Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu ' Lebih Berapi ' dan Pastinya Sedap - Yeah!!, snack kegemaran nad, Miaow Miaow keluarkan perisa baharu, kini ' Lebih Berapi ' dan pastinya sedap. Macam tau-tau je nad suka makanan pedas ni, mestila kena cuba perisa baharu dari Miaow Miaow ni. Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame, yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea.

Miaow Miaow makanan ringan yang boleh dinikmati oleh semua orang daripada pelbagai peringkat usia.  Miaow Miaow merupakan jenama keluarga dan pengasasnya adalah adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh Lim. 
 hai assalammualaikum

Kisah Raya 2022, Raya Terkejut Yang Menjadi Kenangan - Perkara yang tidak dijangka pada tahun 2022, raya mengejut yang akan menjadi kenangan. Selama nad hidup, tak pernah terjadi kisah raya mengejut ni, tapi raya 2022 ni mnejadi sejarah dalam hidup. Selalunya raya n time je ikut kalendar tapi Raya 2022 kali ni, awal sehari dah raya daripada tarikh dekat kalendar. Satu rakyat Malaysia kena scam..hehee. Walaupun kene scam, raya tetap raya kan!!

Sepatutnya dalam kalender 3 Mei kita beraya, tapi anak bulan dah tunjukkan diri, maka, berayalah kita 2 Mei 2022. Nad memang dah rancang 1 Mei tu nak balik kampung terus, konon nak bersahur dan berpuasa sehari dekat kampung, sambil tolong mak masak, mengunjung, tapi sudahnya cerita jadi lain. Memang nad gerak 1 Mei malam tu, berbuka puasa di luar dan terus bergerak ke kampung. Lepas makan, masuk dalam keeta, dengar deat radio pengumuman raya. Terkejut oii bila diumukan esok raya. Mujurla malam tu memang nak balik kampung. 
 hai assalammualaikum

Cantik, Sihat Luar Dan Dalam Dengan BeauSiti, Produk Kesihatan Dato Sri Siti Nurhaliza - Setelah 2 tahun kita tak dapat beraya, alhamdulillah tahun ini, kita dapat beraya dengan penuh meriah dan pulang ke kampung halaman. Lagi meriah raya kali ni bila Nad dapat Gift Box Indah Rentas Raya BeauSiti dari Dato Sri Siti Nurhaliza. Sesuai sangat tema ' Indah Rentas Raya ' dengan raya kali ni. Teruja sangat tau nampak isi dalamnya. Raya ni kita cantik dan sihat dengan BeauSiti.

Siapa yang tak kenal dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yang dikenali dan diminati ramai. Memiliki suara yang merdu, wajah yang cantik dan penyayang. Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga dikenali sebagai Tokti, bukan sahaja berjaya dalam nyanyian, malah kini menjadi usahawan yang berjaya. Selain produk skincare dan makeup Simply Siti, Siti Nurhaliza memperkenalkan produk minuman kesihatan dari BeauSiti iaitu Beautessence, Beaunest dan Beaukids yang bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. 
 hai assalammualaikum

Download Aplikasi Marrybrown Sekarang! Banyak Tawaran Menarik Korang Boleh Dapat - Sana sini nad tengok ramai yang dah download aplikasi Marrybrown, sebab diaorang taknak lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran yang menarik dalam aplikasi tu. Nad sendiri dah download aplikasi Marrybrown, memang jimat banyak bila nak nak makan dekat Marrybrown. 

Pengguna yang bijak, mesti akan pilih yang murah, dan berjimat cermat, apabila nak membeli, macam Nad la.. Hahaha. Siapa yang tak download lagi aplikasi Marrybrown, download cepat sekarang! Dapat beli makanan Marrybrown dengan harga murah menggunakan aplikasi Marrybrown. Siap dapat percuma 1 ketul ayam goreng bila jadi new member. 

RAMADAN 21 : NASI KERABU YANG DIIDAMKAN

in , by Nadia Johari, 14:26:00
hai assalammualaikum

Ramadan 21 : Nasi Kerabu Yang Diidamkan - Bukan selalu aku nak makan Nasi Kerabu ni, bila betul-betul teringin je baru beli. Nak buat memang tak reti la, aku ni orang jawa, mana la tau buat nasi kerabu. Nasi ambeng pun aku tak pernh buat. Tau beli je.. Hahaha. Yela bahan nak buat banyak, walau nampak macam senang tapi dah tak tau, kita beli jela kan.. Hehehe.

Aku belajar makan nasi kerabu pun masa belajar kolej. Yela kawan dengan pelbagai negeri, macam-macam makanan la aku belajar. Ingat lagi pertama kali makan, pelik sebab kuah sikit, pastu cuma sayur, ikan goreng (masa tu tak tau boleh makan dengan ayam), ada sambal sikit.

 hai assalammualaikum

Optom Bangi, Pakar Pemeriksaan Mata Profesional Di Bangi - Korang pernah tak pergi buat pemeriksaan mata?  Pentingnya jaga mata ni supaya dapat mencegah kerosakan dan kehilangan penglihatan. Pemeriksaan awal mata dapat membantu kita untuk mengesan jika mata kita mempunyai masalah atau tidak, terutama sekali bagi kanak-kanak, supaya dapat dirawat lebih awal. Salah satu tempat pakar pemeriksaan mata yang menyediakan khidmat penjagaan awal mata secara profesional ialah di Optom Bangi.

Optom Eyecare Bangi, Pusat Optometri dan pakar cermin mata, menyediakan khidmat penjagaan awal mata secara profesional dengan kelengkapan berteknologi tinggi dan sesuai untuk semua peringkat usia. 

RAMADAN 18: RESEPI SAYUR CAMPUR TIRAM

in , by Nadia Johari, 06:57:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 18 : Resepi Sayur Campur Tiram - Menu berbuka puasa untuk Ramadan 18, nad buat ikan keli goreng dengan sayur campur tiram. Ya, ada masa nak makan simple je.. Ehhehhe.

Kalau korang perasan, menu berbuka puasa nad mesti makan makanan yang berlauk dan nasi. Kitaorang memang jenis kena makan nasi, sebab kalau buka makan mee goreng ke, mihun ek, nanti mesti lapar balik.. Hahaaha. Kalau makan nasi berlauk, kenyang sampai esok nak sahur. Kalau nak makan menu lain, beli je kat bazar, tu pun beli satu atau dua, kongsi ramai-ramai. Macam tu la.
 hai assalammualaikum

Ramadan 17 : Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api - Selagi sotong tak habis, masak jela apa yang dimasaknya uiii. Apa yang ada dalam kepala, nak buat apa dengan sotong ni terus buat. Penting resepi kita buat ni mudah dan bahan pun mencukupi.

Sotong oh sotong, memang kegemaran keluarga kecil nad. Kali ni buatla sotong masal lemak cili padi.

RAMADAN 16: RESEPI IKAN SIAKAP SAMBAL

in , by Nadia Johari, 14:41:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 16: Resepi Ikan Siakap Sambal - Siapa tak suka makan ikan siakap oii, semua orang suka. Pernah kecoh ikan siakap harga mahal gila.. Huhu.. Ni aku dapat ikan siakap pun masa balik kampung haritu.. Hehehe. Asal balik kampung mesti dapat barang basah, i like.

Ikan siakap ni banyak cara boleh masak, tak kisahla ikan siakap sambal, ikan siakap berlado, ikan siakap cili padi, ikan siakap stim, ikan siakap 3 rasa, hah, buatla apa pun mesti sedap. Ikan siakap ni kan rasanya manis. Pastu digoreng garing, letak sos, mantap.
 hai assalammualaikum

Promosi Aidilfitri Pusat Pakaian Hari-Hari, Baju Berkualiti, Harga Berpatutan Dan Banyak Pilihan - Macam biasa, beli baju raya awal, biar tak kelam kabut, semua siap cepat, banyak pilihan baju raya dan tak sesak nak pilih baju raya. Kalau nak membeli tu biar tenang-tenang je kan. Pilihan untuk membeli baju raya, sama seperti tahun lepas, dekat mana lagi kalau bukan di Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Kenapa nad pilih Pusat Pakaian Hari-Hari
1) Pusat Pakaian Hari-Hari ni banyak outlet dia, ada 90 cawangan, jadi boleh pergi dekat mana-mana yang berdekatan
2) Banyak pilihan baju raya yang ada untuk semua usia, dari dewasa sampai kanak-kanak. 
3) Harga yang sangat berpatutan dan berkualiti. Ada promosi sempena raya ni.
4) Staff yang banyak membantu dan memudahkan pelanggan
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2