hai assalammualaikum
Miaow Miaow Keluarkan Perisa Baharu ' Lebih Berapi ' dan Pastinya Sedap - Yeah!!, snack kegemaran nad, Miaow Miaow keluarkan perisa baharu, kini ' Lebih Berapi ' dan pastinya sedap. Macam tau-tau je nad suka makanan pedas ni, mestila kena cuba perisa baharu dari Miaow Miaow ni. Miaow Miaow memperkenalkan empat pek perisa baharu yang menyelerakan di bawah siri Flame, yang merangkumi perisa Sambal Balado dan Keropok Udang Berperisa Kari BBQ, serta Keropok Udang dan Sotong Berperisa Pedas Korea.
Miaow Miaow makanan ringan yang boleh dinikmati oleh semua orang daripada pelbagai peringkat usia. Miaow Miaow merupakan jenama keluarga dan pengasasnya adalah adik beradik Chink Poh Cheng dan Chuang Poh Lim.