hai assalammualaikum
La Vie De Rêve, Cafe Inspirasi Paris Di Avenue K, Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik - Haritu nad pergi ke satu cafe yang sangat cantik dengan suasana yang romantik dan menarik di Kuala Lumpur. Saat nad sampai ke cafe ni, nad terpegun dengan dekorasinya yang penuh dengan bunga-bunga seolah-olah ia membawa nad rasai suasana di Paris. Cafe ni baru sahaja dibuka di Avenue K, Kuala Lumpur dan namanya yang unik, La Vie De Rêve menarik minat nad untuk datang ke cafe ini dan melihat menu apa yang disediakan.
Sebut je La Vie De Rêve, keluar terus perkataan 'Bonjour'..hahaha. Dah itu je perkataan Perancis yang biasa dengar kan..hehee. La Vie De Rêve terletak di Ground floor Avenue K, Kuala Lumpur. Lokasinya sangat mudah, bila korang masuk je pintu masuk utama Avenue K, kemudian pusing sebelah kanan dah boleh nampak kedainya.