hai assalammualaikum

Tasneem Marketplace Platform Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan - Jenama Tasneem sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobird memang dikenali sebagai produk yang menjual barangan bayi. Nad sendiri menggunakan salah satu produk Tasneem seperti balm baby masa anak-anak nad kecil. Baru-baru ni nad dapat tau Tasneem Business Legacy bekerjasama dengan beberapa jenama besar di dalam satu platform baru di namakan Tasneem Marketplace di mana platform ini dapat membantu suri rumah menjana pendapatan.

Antara jenama yang bekerjasama dengan Tasneem dalam Tasneem Markeplace ialah Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman ( PDI) dan Eyyoo. Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.
hai assalammualaikum

Raikan Merdeka Dengan Dua Konsert Bersifat Nasionalisme Anjuran HYPE GLOBAL VENTURES - Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat seluruh Malaysia di mana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Bagi memeriahkan majlis, HYPE GLOBAL VENTURES tidak melepaskan peluang untuk ikut meraikannya dengan menganjurkan konsert Raikan Merdeka Dengan  Dua Konsert Nasionalisme di Sabah dan The Mines Sri Kembangan, Selangor.

Jika sebelum ini HYPE GLOBAL VENTURES sangat terkenal sebagai penganjur yang giat terbabit dalam acara dan pengurusan jualan secara uptown, tahun ini menjadi langkah mula bagi mereka mengembangkan empayar menerusi projek bersifat hiburan seperti konsert.
hai assalammualaikum

Jovian Lancarkan Wonder Suit, Korset Sesuai Untuk Lelaki Dan Perempuan - Jovian, jenama yang dikenali dengan pelbagai jenis produk ready-to-wear (RTW) sejak 2012 lagi, kini melancarkan produk baharunya yang memfokuskan pada pakaian dalam iaitu korset dikenali sebagai Wonder Suit. Korset Wonder Suit yang dihasilkan bukan sahaja untuk kecantikan bentuk badan malah untuk kesihatan tubuh badan dan menjaga postur badan.

Sebagai perintis dalam industri fesyen RTW di Malaysia, Datuk Jovian sering mendengar rintihan daripada Jovianista bagaimana mereka menghadapi masalah dengan figura mereka dan ingin kekalkan bentuk badan mereka sentiasa langsing, maka tercetus idea membuat korset Wonder Suit.
 hai assalammualaikum

Beli Cermin Mata Baru Jenis Elastik, Tahan Lasak Dan Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang - Kali terakhir nad cek mata tahun lepas rasanya. Memang lama dah tak cek mata ni, jadi cadang nak pergi buat pemeriksaan mata dekat kedai cermin mata selalu nad pergi, kedai cermin mata murah di Eye Pro Vision dekat Sg Wang. Alang-alang sekali nad nak beli cermin mata baru, sebab cermin mata lama mana entah hilangnya. 

Sebelum pergi, nad ada whatsup William, owner Eye Pro Vision ni. Nad cakap nak buat pemeriksaan mata, lepas tu nak beli cermin mata. William bagitau ada banyak design bingkai cermin mata baru sampai. Bagus la, sebab nak beli cermin mata design lain pulak. Biasalah , cermin mata kena ada lebih, kalau dah hilang ada penyelamat.. hehehe.
hai assalammualaikum

TOY EIGHT Perkenalkan Program Saringan Digital, Bantu Saringan Awal Tumbesaran Dan Perkembangan Anak - Semua kanak-kanak dilahirkan dengan potensi berbakat. Setiap kanak-kanak berbeza kriteria, ada yang cepat belajar dan ada yang lambat belajar. Tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dalam tumbesaran dan perkembangan anak-anak serta  mengetahui status perkembangan mereka adalah sangat penting.

Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain. Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak.
hai assalammualaikum

Program Jualan Keluarga Malaysia Di AEON BiG Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL - Minggu lepas, nad berkunjung ke Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON Big Danau Kota untuk melihat sendiri jualan yang diadakan di sana. Program Jualan Keluarga Malaysia ini adalah program bagi membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah dengan mendapatkan keperluan barang asas dengan harga lebih murah dari pasaran. 

Program Jualan Keluarga Malaysia adalah kerjasama antara AEON Big dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL). Program yang berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2022 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. 
 hai assalammualaikum

Bercuti Dan Menginap Di Charming Villa Melaka Selama 3 Hari 2 Malam - Sekali lagi percutian keluarga Haji Johari dan Hajah Latipah untuk 2022 ini. Sebelum ni kitaorang bercuti di Port Dickson menginap di Tasik Villa Port Dickson dan kali ni kitaorang pergi ke Melaka pula. Percutian 3 hari 2 malam ni, kitaorang menginap di Charming Villa Melaka.

Setiap kali percutian keluarga besar macam ni, memang tempat penginapan perlu yang luas, selesa macam duduk di rumah. Mana taknya, kami ada 5 orang adik beradik, campur dengan mak ayah, campur 5 orang menantu dan 17 cucu Haji Johari dan Hajah Latipah..hah!!, mana taknya perlu menginap tempat yang luas. Paling penting setiap penginapan ada swimming pool..hehee.
 hai assalammualaikum

Sebab perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare - Baru-baru ni nad join sesi live di Facebook page BIZNETWORK dengan tajuk ' Dari Mata Turun Ke Hati' dengan objektif dialog berkongsi servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif oleh Dr Hafidz Ithnin Pensyarah Kanan Optometry UIA dan Puan Ameera Faiz, Pengurus & Optometris Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. 

Nad tak lepaskan peluang mendengar perkongsian daripada mereka yang pakar tentang mata sebab sangat penting untuk menjaga dan membuat pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Pada masa live itu juga ada diberitahu tentang kolaborasi antara pihak Klinik dan Farmasi dengan Optom Eyecare dan kelebihan yang mereka dapat dengan kerjasama ini.
 hai assalammualaikum

Hidup Cara Sihat Dengan US Highbush Blueberry - Buah blueberry, saiznya yang kecil tapi penuh dengan khasiat dan vitamin. Nad suka makan buah blueberry ni, rasnya yang sedap, masam manis tu, dan sesuai buat pelbagai resepi menggunakan buah blueberry ni. Kalau korang nak tau musim blueberry biasanya berlangsung dari April hingga September. Baru-baru ini telah dilancarkan Kempen 'Boost of Blue' oleh Majlis Beri Biru Highbush US untuk menandakan kemuncak musim ini.

Kempen 'Boost of Blue' ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang manfaat kesihatan beri biru, menggalakkan mereka untuk memasukkannya ke dalam diet seimbang, dan menggalakkan mereka makan lebih banyak beri biru US Highbush yang lazat.
hai assalammualaikum

La Vie De Rêve, Cafe Inspirasi Paris Di Avenue K, Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik - Haritu nad pergi ke satu cafe yang sangat cantik dengan suasana yang romantik dan menarik di Kuala Lumpur. Saat nad sampai ke cafe ni, nad terpegun dengan dekorasinya yang penuh dengan bunga-bunga seolah-olah ia membawa nad rasai suasana di Paris. Cafe ni baru sahaja dibuka di Avenue K, Kuala Lumpur dan namanya yang unik, La Vie De Rêve menarik minat nad untuk datang ke cafe ini dan melihat menu apa yang disediakan. 

Sebut je La Vie De Rêve, keluar terus perkataan 'Bonjour'..hahaha. Dah itu je perkataan Perancis yang biasa dengar kan..hehee. La Vie De Rêve terletak di Ground floor Avenue K, Kuala Lumpur. Lokasinya sangat mudah, bila korang masuk je pintu masuk utama Avenue K, kemudian pusing sebelah kanan dah boleh nampak kedainya. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2