hai assalammualaikum

Sembang-sembang Petang Tunch (Lunch + Hi Tea) Di The AMES Hotel Melaka - Korang dah Tunch ke tu? Hah, pening apa pulak Tunch tu ye..hehe. Selalunya kita guna Lunch kan, hah kali ni kita guna Tunch pulak. Tunch tu ialah Lunch + Hi Tea. Restoran The Munch di AMES Hotel telah menghasilkan konsep baharu yang dinamakan Tunch Buffet yang merupakan gabungan makan tengah hari dan Hi-Tea. 

Korang kalau tak tau nak makan Lunch apa, boleh cuba buffet di The Munch AMES hotel ni. Lepas lunch boleh sambung Hi Tea pulak. Pelbagai menu yang disediakan, pastinya sedap dan tidak mengecewakan. 
hai assalammualaikum

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka - Hah, puas bergolek dalam bilik hotel, berendam dalam bathub, segarkan badan, perut pun terus rasa lapar. Mana taknya, makan waktu pagi je, sampai hotel berehat sekejap. Perut pun mula berkeroncong, sudah tiba masanya dinner. Sekarang AMES Hotel menyediakan makanan Peranakan & BBQ Buffet Dinner di restorannya The Munch yang berada di lobby hotel

Baca juga : AMES Hotel Melaka

Peranakan & BBQ Buffet Dinner ini disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam. 
 hai assalammualaikum

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka, Cuti-Cuti Santai Kami Sekeluarga - Bila anak-anak dah seru 'mommy, bila kita nak tidur hotel', terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap. Anak-anak cakap macam tu sebab diaorang dah lama betul tak menginap di hotel. Mommy pun sama, tengok orang bercuti stay dalam hotel hati dah membuak nak juga..hahaa. Rasa tidur dekat hotel ni lain tau dengan kat rumah..hehee. Lagi satu sebab nak merehatkan diri sekejap dari segala hal. Jadi, kami cadang nak bercuti di Melaka, dan memilih AMES Hotel sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga.

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi.
 hai assalammualaikum

Kerjasama Perintis Penjagaan Kesihatan Untuk Meluaskan Akses Kepada Diagnosis Kanser Paru-Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Secara Percuma - Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia. 

Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.
hai assalammualaikum

Kekal terhidrat Dengan Air Minuman Jantzen, Bersih, Selamat Dan Penghantaran Air Yang Mudah - Air sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Air membantu kita kekal sihat, memastikan tubuh badan kita  kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari. Kita disarankan untuk minum 8 gelas air sehari setiap hari. Kita ni memang digalakkan minum air putih dari air manis. Macam nad sekeluarga, minum air putih dah menjadi amalan seharian. 

Korang tau tak, yang minum air putih banyak kebaikannya, kita kekal terhidrat, air sentiasa ada dalam badan, terutama dalam cuaca panas atau ketika bersenam. Kita pun dapat buat kerja dengan baik.Selain itu, air minuman ni dapat meningkatkan tenaga dan fungsi otak. Paling bagus, air putih ni boleh membantu menurunkan berat badan. Minum banyak air boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme kita.

5 BEST JEWELRY BRANDS IN MALAYSIA 2022

in , by Nadia Johari, 08:00:00
 hai

5 Best Jewelry Brands in Malaysia 2022 - When it comes to accessories, jewelry stands out as the most important thing to have in a woman's life. Jewelry makes you look different and gorgeous in the crowd and plays a crucial role during special events and occasions. The best jewelry brand will provide you with amazing jewelry. From diamond-adorned rings to exclusive necklaces, bracelets, and round-to-customized jewelry products, these jewelry brands will serve you well.

The urge for designer jewelry is at its peak. That's what compels people to go for elegant-looking and designer jewelry brands. If you look closely, you will find out much extravagant jewelry brands. Want something sophisticated for your fingers, neck, and ears? Well, we have come up with 5 best jewelry brands in this article.
 hai assalammualaikum

Bagaimana 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran? - Bila dah jadi ibu ni , banyak benda yang perlu dirisaukan dekat anak terutama sekali  tentang tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Bermula dari diaorang bayi sampaila dewasa banyak yang perlu dititiberatkan seperti perkembangan fizikal mereka, daya ketahanan badan, pembelajaran mereka, perkembangan mata, keupayaan untuk fokus dalam membuat sesuatu, perkembangan sosial, melihat perkembangan emosi dan mempunyai persekitaran usus yang baik. 

Setiap kanak-kanak membesar dan berkembang secara berlainan. Contohnya dalam pembelajaran, ada budak selalu fokus dan paham ada setengah budak susah nak fokus dan paham dalam pembelajaran. Seorang ibu mana tak risau kan bila anak tak fokus dalam pembelajaran. Dah habis cara nak bagi dia fokus tapi masih lagi sama. Bukan setakat tak fokus tapi memori sangat lemah. Setengah budak ada yang cepat letih, lesu, tantrum, dan belajar lambat. Lagi teruk bila anak tu terkena covid, kesannya anak tak fokus.
 hai assalammualaikum

Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur, Cafe Yang Cantik Dan Menu Sihat Yang Menarik - Salah satu cafe menarik di Kuala Lumpur yang korang kena pergi. Masa ni sebenarnya nak ke Kleptokrat Cafe, tapi disebabkan ramai beratur, nad dengan kawan-kawan cadang cari cafe lain. Tiba-tiba kak Atie nampak satu cafe ni, dari luar nampak cantik dan menarik dengan gabungan warna hijau dan putih.

Cafe Jamboo ni terletak di alan Tun H S Lee, City Centre, Kuala Lumpur, berhadapan cafe Kleptokrat tu. Tengok luaran design cafe memang comel, dalaman dia pun sangat menarik. Kenapa nama dia Jamboo, tu nad takpasti la tapi Nad tanya staff situ, baru buka ke cafe ni? staff situ jawab dalam setahun lebih dah cafe ni dibuka. 

hai assalammualaikum

Metrojaya Kini Dibuka Di Lalaport Buki Bintang - Metrojaya, tempat membeli belah untuk seisi keluarga kini dibuka di Lalaport Bukit Bintang. Nad sendiri tak lepaskan peluang semasa pembukaan Metrojaya haritu, boleh dikatakan nad selesa semasa membeli belah di sini dengan ruang yang luas, kemas dan pelbagai barang ada di situ.

Dengan lebih empat dekad dalam industri peruncitan, Metrojaya memperkenalkan kedai next-gen terbaharu mereka dengan memberi keselesaan membeli belah buat pengunjung. Apa yang menariknya, dalam Metrojaya ni disediakan kedai kopi. Pengunjung boleh berehat sebentar dengan minum secawan kopi ketika membeli belah.
 hai assalammualaikum

Sambutan Kemerdekaan 2022 : Fariza Masuk Pertandingan Baju Beragam Sempena Merdeka Di Sekolah - Walaupun dah lambat nak cerita pasal Merdeka, tapi tetap nak cerita juga sebagai kenangan. Tanggal 31 Ogos kita Sambut Kemerdekaan yang ke 65 pada tahun 2022. Setelah dua tahun kita tak sambut, tahun ni alhamdulillah, kita semua dapat sambut, termasukla anak-anak di sekolah. Fariza masa sekolah tadika tak sambut merdeka, tapi masuk darjah satu, dapat dia sambut bulan kemerdekaan di sekolah bersama kawan-kawan siap sekali masuk pertandingan baju beragam Merdeka di sekolah.

Kebiasaannya sekolah akan buat pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan. Pertandingan yang dijalankan, photography merdeka, sajak, hias basikal merdeka, buku skrap dan macam-macam lagi. Nad pun ambil peluang masukkan Fariza dalam pertandingan baju beragam. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2