hai assalammualaikum

Sayap Bagimu Drama Bersiri Pertama Aeon Yang Ditayangkan Di Youtube Aeon Malaysia - Buat pertama kalinya, AEON melancarkan drama bersiri "Sayap Bagimu" sempena ulang tahun AEON yang ke-38. Nad tak lepaskan peluang untuk datang ke majlis tayangan drama bersiri ini di TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur. 

Tahniah AEON CO. (M) BHD. (AEON) terus melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu. Hebat tak hebat kan, AEON dah ada drama bersiri. Korang kena tengok tau, sebab pelakon semua mantap-mantap.
 hai assalammualaikum

The Lemon Tree Tropicana Petaling Jaya, So Instagrammable Cafe - Ok kali ni nad nak kongsi dengan korang satu cafe yang sangat unik tau, sebab apa, sebab cafe ni dipenuhi dengan pokok lemon..hehee. Nama pun dah The Lemon Tree, mestilah berkonsepkan lemon. Ni pun kak Azni yang ajak kitaorang untuk chill dekat cafe ni lepas habis event. Nad memang suka kalau orang ajak cafe menarik ni. 

The Lemon Tree Cafe ni terletak di Tropicana Petaling Jaya. Cafe ni dekat bangunan, tapi dia bahagian luar. nampak bentuk bulat tu, hah tu la cafenya. Nad lupa pulak nak ambil gambar bahagian luar. Takpa korang waze je The Lemon Tree Tropicana PJ, insyallah sampai la nanti. Ada je parking dekat luar, haritu parking dalam RM4. Tak pasti berapa lama parking tu.
hai assalammualaikum 

The Largest Participants Wearing Indian Attire In A Gathering Di Aeon Bukit Raja, Klang - Sempena menyambut Deepavali, AEON telah mengadakan satu program The  Largest Participants Wearing Indian Attire In A Gathering Di Aeon Bukit Raja, Klang. Nad gembira untuk turut serta dalam program ini dengan memakai pakaian Indian bagi menyertai acara ini.

Program ini telah dianjurkan hasil kerjasama AEON CO. (M) BHD.  (AEON), Colors of India Creation dan Global Mega Exhibition. Meriah sungguh ye, ramai yang hadir dengan berpakaian India.
 hai assalammualaikum

200 Iklan Kereta Melawat Taiwan "Oh Bear GO!" Bertema Basikal Dan Kereta Api Dianugerahkan Malaysia Book Of Records - Dah bersedia nak melawat Taiwan! Cepat siapkan passport dan yang berkenaan sebab Taiwan akan buka sempadan sepenuhnya pada 13 Oktober. 

Sempena Melawat Taiwan, Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah melancarkan 200 iklan kereta bertema "Oh Bear Go!" bertema basikal dan kereta api. Iklan kereta ini akan melintasi jalan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dengan memaparkan Taiwan yang indah dan berharap dapat membangkitkan kenangan indah kepada mereka yang melancong ke Taiwan.
hai assalammualaikum

Sembang-sembang Petang Tunch (Lunch + Hi Tea) Di The AMES Hotel Melaka - Korang dah Tunch ke tu? Hah, pening apa pulak Tunch tu ye..hehe. Selalunya kita guna Lunch kan, hah kali ni kita guna Tunch pulak. Tunch tu ialah Lunch + Hi Tea. Restoran The Munch di AMES Hotel telah menghasilkan konsep baharu yang dinamakan Tunch Buffet yang merupakan gabungan makan tengah hari dan Hi-Tea. 

Korang kalau tak tau nak makan Lunch apa, boleh cuba buffet di The Munch AMES hotel ni. Lepas lunch boleh sambung Hi Tea pulak. Pelbagai menu yang disediakan, pastinya sedap dan tidak mengecewakan. 
hai assalammualaikum

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka - Hah, puas bergolek dalam bilik hotel, berendam dalam bathub, segarkan badan, perut pun terus rasa lapar. Mana taknya, makan waktu pagi je, sampai hotel berehat sekejap. Perut pun mula berkeroncong, sudah tiba masanya dinner. Sekarang AMES Hotel menyediakan makanan Peranakan & BBQ Buffet Dinner di restorannya The Munch yang berada di lobby hotel

Baca juga : AMES Hotel Melaka

Peranakan & BBQ Buffet Dinner ini disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam. 
 hai assalammualaikum

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka, Cuti-Cuti Santai Kami Sekeluarga - Bila anak-anak dah seru 'mommy, bila kita nak tidur hotel', terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap. Anak-anak cakap macam tu sebab diaorang dah lama betul tak menginap di hotel. Mommy pun sama, tengok orang bercuti stay dalam hotel hati dah membuak nak juga..hahaa. Rasa tidur dekat hotel ni lain tau dengan kat rumah..hehee. Lagi satu sebab nak merehatkan diri sekejap dari segala hal. Jadi, kami cadang nak bercuti di Melaka, dan memilih AMES Hotel sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga.

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi.
 hai assalammualaikum

Kerjasama Perintis Penjagaan Kesihatan Untuk Meluaskan Akses Kepada Diagnosis Kanser Paru-Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Secara Percuma - Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia. 

Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.
hai assalammualaikum

Kekal terhidrat Dengan Air Minuman Jantzen, Bersih, Selamat Dan Penghantaran Air Yang Mudah - Air sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Air membantu kita kekal sihat, memastikan tubuh badan kita  kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari. Kita disarankan untuk minum 8 gelas air sehari setiap hari. Kita ni memang digalakkan minum air putih dari air manis. Macam nad sekeluarga, minum air putih dah menjadi amalan seharian. 

Korang tau tak, yang minum air putih banyak kebaikannya, kita kekal terhidrat, air sentiasa ada dalam badan, terutama dalam cuaca panas atau ketika bersenam. Kita pun dapat buat kerja dengan baik.Selain itu, air minuman ni dapat meningkatkan tenaga dan fungsi otak. Paling bagus, air putih ni boleh membantu menurunkan berat badan. Minum banyak air boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme kita.

5 BEST JEWELRY BRANDS IN MALAYSIA 2022

in , by Nadia Johari, 08:00:00
 hai

5 Best Jewelry Brands in Malaysia 2022 - When it comes to accessories, jewelry stands out as the most important thing to have in a woman's life. Jewelry makes you look different and gorgeous in the crowd and plays a crucial role during special events and occasions. The best jewelry brand will provide you with amazing jewelry. From diamond-adorned rings to exclusive necklaces, bracelets, and round-to-customized jewelry products, these jewelry brands will serve you well.

The urge for designer jewelry is at its peak. That's what compels people to go for elegant-looking and designer jewelry brands. If you look closely, you will find out much extravagant jewelry brands. Want something sophisticated for your fingers, neck, and ears? Well, we have come up with 5 best jewelry brands in this article.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2