hai assalammualaikum
MAGGI SAH Malaysia! Mempamerkan Masakan Mi MAGGI® Paling Viral Dengan kerjasama PRESMA, PRIMAS, Para Selebriti & Pempengaruh Makanan - Tengah malam lapar, tak lain tak bukan Mi Maggi yang dicarinya. Mudah disediakan, cepat dimasak, campak-campak dah siap. Sedap pulak tu. Tak sangka Mi Maggi yang kita makan ni dah 51 tahun rupanya sejak diperkenalkan pada tahun 1971.
Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran. Dimana-mana sahaja pasti ada Mi Maggi.
Sempena meraikan 51 tahun detik bersejarah ini, Mi MAGGI® mengadakan kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah. Nad sendiri datang sama-sama memeriahkan suasana. Semua datang dengan berpakaian tradisional.