hai assalammualaikum

PRU 15, Mengundi Untuk Negara Tercinta - Setelah 5 tahun, Pilihan Raya Umum 2022, PRU 15 secara rasminya diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia 15. Masa untuk rakyat memilih semula pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang mampu menstabilkan negara.

Pilihan Raya Umum 2022 kali ni diadakan pada hari Sabtu. Nad macam biasa, akan undi di Meru Klang, kampung nad. Masa kempen PRU 15 habis semua keluarkan pemimpin ni macam ni,pemimpin tu macam tu, kadang pening juga nak fikir mana satu yang bagus. Harap sangat kali ni, siapa pun pemimpin akan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
hai assalammualaikum

Rasai Kehangatan Piala Dunia FIFA 2022 Di AEON Goal Bonanza World Cup Dan Berpeluang Menemui Lagenda Bola Sepak Robbie Fowler  - Piala Dunia kembali!! Bagi peminat bola sepak, pertandingan Piala dunia FIFA Qatar 2022 pastinya satu petandingan yang sangat dinati-nantikan. Kejohanan bola sepak ini diadakan di Qatar pada 20 November sehingga 18 Disember 2022. Kehangatan demam Piala Dunia ini juga sudah mula terasa di AEON! 

AEON telah menganjurkan AEON Goal Bonanza bermula 15 sehingga 25 November sempena World Cup ini dan pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk pengunjung. Pengunjung berpeluang untuk memenangi barangan merchanise Piala Dunia yang eksklusif di AEON Goal Bonanza. Hah, jangan lepaskan peluang tau, terutama bagi peminat sukan bola sepak. 
 hai assalammualaikum

Ultra Heroes datang Ke Malaysia Di Paradigm Mall, Petaling Jaya : Peminat Ultraman, Bersedia Untuk Menyaksikan Aksi Mengujakan! - Kepada peminat Ultraman!! Hah korang kena pergi Paradigm Mall, Petaling Jaya di Level CC, Concourse Square sebab  dekat sana ada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes ( ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA ) bermula 10 November hingga 27 November 2022. Pastinya peminat Ultraman bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga mengemari Ultra Heroes ni. Nad sendiri tak lepaskan peluang tengok depan mata acara ni, memang best ya, ada macam-macam aktiviti.

Kalau diikutkan, watak animasi Ultraman dah lama wujud dan nad sendiri menonton siri superhero ni masa kecik lagi dan sehingga sekarang cerita Ultra Heroes ni masih ada. Walaupun dah kawin dan ada dua orang anak perempuan, nad masih melayan cerita Ultraman ni disebabkan anak-anak pun gemar menonton cerita Ultraman, hahaha. 

Boleh nampak setiap kali keluar cerita Ultraman yang baru, pastinya Ultraman pun berbeza. Ada macam-macam jenis Ultraman ada sekarang, tapi Ulytraman yang nad ingat Ultraman Zero, Ultraman Tiga, Ultraman Gaia. Ultraman lain mungkin pernah tengok tapi lupa nama, hahaha.
hai assalammualaikum

Potatoes USA Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja - Semua orang suka makan kentang. Macam-macam jenis resepi boleh buat dengan kentang. Macam nad, suka makan kentang U.S. Potatoes sebab banyak khasiat dan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan. Baru-baru ini Potatoes USA  menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang telah diadakan di Putrajaya pada hujung minggu lalu. 

Acara ini mendapat sambutan ramai dan disertai pelbagai ahli sukan. Acara yang sudah pun diadakan selama 16 tahun ini telah diiktiraf sebagai Kejohanan Asia bagi duatlon. Tahniah!!
 hai assalammualaikum

ABX Express Kini Dikenali Sebagai KEX Express Di Malaysia - Korang pernah terima barang dari ABX Express? Macam nad pernah, penghantaran laju, servis pun bagus. Nak bagitau dengan korang yang ABX Express kini dikenali sebagai KEX Express. Jangan pelik pulak nanti terima barang dari KEX Express ni..hehehe. Company sama, nama je lain.

Baru-baru ni nad hadiri pelancaran ABX Express dijenamakan semula menjadi KEX Express di Shangri-La Hotel. ABX Express merupakan penyedia perkhidmatan kurier yang sudah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun. Penjenamaan semula kini dikenali sebagai KEX Express di Malaysia menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain laluan domestik sedia ada.
 hai assalammualaikum

Tercapai Impian Beli Motor Honda Dash 125 Repsol Dengan Hasil Usaha Sendiri - Setiap orang mesti ada impian kan, nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli motor dan lain-lain. Nad pun ada, salah satu impian nad untuk beli motor sendiri dah tercapai. Selama 8 tahun kumpul duit, akhirnya dapat memiliki motor sendiri dengan hasil usaha sendiri. 

Sebelum kawin nad pernah ada kotor sendiri, tapi tu ayah bayar separuh, ada nad kongsi pasal motor tu dalam blog, boleh baca motor biru. Motor tu pakai untuk pergi kerja. Tapi lepas nad berhenti kerja, tak dapat bayar motor tu, jadi bagi la dekat kakak, suami dia tolong bayarkan. Sedih, tapi nak buat macam mana, dah tak mampu nak bayar.

Masa kawin dengan suami, suami ada cakap, ambil la motor tu, tapi faham-faham jela, baru kawin, banyak nak guna duit untuk lain. Takpela, kita lepaskan.
 hai assalammualaikum

Siri HUAWEI Mate50 Telah Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia - Tak lepaskan peluang untuk menjadi orang pertama melihat telefon baharu keluaran HUAWEI iaitu HUAWEI Mate50 dan merasai sendiri kelainan spesifikasi yang ada di telefon HUAWEI Mate50 ni.

Kini melangkah ulang tahun ke-10 sejak pelancaran pertama siri Mate pada tahun 2012, HUAWEI Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti terbaharunya sebagai tambahan kepada barisan produk Mate iaitu, Siri HUAWEI Mate50. 

Terdapat dalam tiga varian, HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather, peranti flagship tersebut adalah telefon pintar yang dipacu prestasi terkini merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.
 hai assalammualaikum

Penyampaian Hadiah Kempen "Beli & Menang" LengQuas - Tahniah kepada semua pemenang Kempen "Beli & Menang" LengQuas yang telah diadakan di Floral Terrace @ Hampshire  Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu, menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiomi bernilai lebih RM30,000. 
 hai assalammualaikum

Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November - TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November 2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan HUAWEI. 
 hai assalammualaikum

Rak Tak Perlu Skru, Mudah Pasang dan Rack Pelbagai Guna- Selalu baca feedback pelanggan yang beli perabot dekat shopee, jenis kayu, jenia pasang skru nak pasang sampai 3, ke 4 jam. Lepas tu nad cuba beli rak buku, tu pun jenis yang biasa untuk letak buku-buku anak. Jenis tu pun ambil masa 2 jam oii nak pasang.

Masalahnya yang kena pasang suami kita. Yela, lelaki kan, mesti tau bab pasang-pasang ni. Kalau nad buat mesti hancur. Tu pun dia dah biasing.. Hahaha. Lepastu tau at nak beli kabinet, ke perabot kat shopee. Suami cakap baik beli kat IKEA, cara pasang pun paham dan mudah.

Sudahnya nad beli rack yang tak perlu skru dan mudah pasang, jenis rackless. Pasang sendiri pun boleh, pasang dengan anak pun boleh.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2