hai assalammualaikum
Street Smoothie Subang Jaya : Minuman Smoothie Sedap dan Segar, Kedai Pun Menarik - Siapa sini suka minum air smoothie, ice blended dan milkshake? Mestila ramai suka kan. Macam nad kurang minum air kopi, tapi suka sangat minum air smoothie ni. Minuman smoothie ni ada pelbagai perisa dan campuran pelbagai bahan yang diblend dengan freshmilk dan ais. Memang sedap la kalau dapat minum lagi-lagi waktu panas, rasa segar tekak ni. Nad jumpa lokasi menarik minuman smoothie ni di Subang Jaya, nama kedai Street Smoothie
Selalunya nad pergi kedai smoothie ni, kedai biasa sahaja, kedai kecik dengan tempat duduk yang limited. Ada kedai tu takda tempat duduk, terus beli je dan bawak balik. Tapi kedai Street Smoothie ni lain daripada yang lain tau, cantik betul kedai dia, memang port best untuk lepak santai dengan kawan-kawan, keluarga atau buat kerja di sini. Paling best, setiap hari ada tawaran istimewa minuman dekat Street Smoothie ni.