hai assalammualaikum
Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai - Siapa sini pakai cermin mata? Kalau ada kita geng! Nad salah seorang yang memakai cermin mata disebabkan masalah silau. Kerja yang perlu mengadap laptop, telefon terlalu lama, menyebabkan nad perlu memakai cermin mata. Nad akan pakai cermin mata bila nad mengadap gajet ni sebab silau yang terlalu tinggi. Nad pasti ramai yang pakai cermin mata juga, bukan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak pun pakai.
Baru-baru ni nad dijemput menghadiri pembukaan outlet terbaru Kedai Optik Calisto Vision Care di AEON Nilai. Calisto Vision Care sebenarnya dah ada 2 cawangan di Pavillion Bukit Jalil dan Melawati Mall dan outlet ini merupakan outlet yang ke tiga dan terbesar di AEON Nilai. Tahniah Calisto Vision Care untuk pembukaan outlet terbaru ini. Nad dah pergi banyak kedai cermin mata tapi bagi nad kedai optik Calisto Vision Care ni sangat menarik perhatian.