CUTI SEKOLAH BAWA ANAK KE BANGI WONDERLAND

by Nadia Johari, 16:54:00
 hai assalammualaikum

Cuti Sekolah Bawa Anak Ke Bangi Wonderland - Hah cuti sekolah dah bermula, mesti banyak program nak buat untuk anak-anak. Yela, penat diaorang belajar semua, waktu cuti bagi release tension. Ada masa terluang bawa anak-anak berseronok. Macam nad, program pertama dibuat, bawak anak-anak berseronok di Taman Tema Air, Bangi Wonderland. Budak-budak mestila suka main air ni. Pernah pergi Bangi Wonderland dulu, tu pun masa Fariza kecil lagi, adik dia dalam perut, jadi tak dapat main semua, ni dah besar, ada adiknya, ada teman bermain, teman mandi bersama, lagi dia bertambah seronok.

Pergi seawal pagi, pukul 8 pagi dah gerak siap bersarapan di luar. Sampai di Bangi Wonderland pukul 9.15 pagi, tapi kena tunggu dulu sebab pukul 10 pagi baru dia buka. Nasib ada bilik macam dewan, besar juga, untuk menunggu. Anak-anak siap cakap, 'bila nak masuk, bila nak masuk'..hahaa. Bila dah buka terus diaorang tak sabar nak masuk.
 hai assalammualaikum

Cara Makanan Beku Cepat Cair Dengan Mudah, Guna Defrost Express Je, Tak Perlu Rendam Dengan Air Lagi! - Selalunya kalau nak masak, makanan beku macam ayam, ikan, sotong, udang atau lain lain yang dalam peti sejuk beku, nad akan keluarkan dan rendam dalam air untuk cairkan dia. Cara lain, mak ajar, malam tu dah letak makanan beku yang kita nak masak esok dekat peti ais bahagian bawah. Esok dia cair la sikit, pastu rendamla air. Dua cara ni memang lama nak menunggu makanan beku tu cair, boleh kata seharian atau setengah hari kalau guna kaedah rendam dalam air ni.

Macam nad, idea nak masak tu waktu subuh baru fikir nak masak apa, hahaha. Rutin haian, lepas anak pergi sekolah, dalam pukul 7.30 pagi baru keluarkan makanan beku yang nak di masak tu. Dalam pukul 11.30 pagi tu baru start memasak, sebab waktu memang waktu nad memasak, Memang makanan beku tu dah cair sepenuhnya. Masalah lain bila nad kadang lupa nak keluarkan makanan beku sebab leka buat kerja lain. Dah terlambat nak cairkan makanan beku tu. Bila dah lambat, terus jadi malas nak masak.
hai assalammualaikum 

Pussy In Boots Akan Muncul Di AEON Mall Sempena Musim Perayaan Ini - Siapa tak kenal dengan wira kucing lagenda PUSS IN BOOTS, dalam filem Shrek,  watak kucing ni akan berubah dari manja kepada berani dan ia ada kuasa unik di mana ia akan menggunakan kecomelannya untuk mengalihkan perhatian watak jahat..hahaa. Memang comel ye bila dia buat mata bulat tu. Nad dapat tau, akan ada filem terbaru PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam nanti. Mesti tak sabar nak tengok kan. 

Menariknya, PUSS IN BOOTS akan muncul di Majlis Ekslusif di  AEON MALL sempena musim cuti ini ! Tapi, hanya 11 cawangan AEON Mall sahaja yang terlibat. Bolehla cuti sekolah ni bawak anak-anak ke sana. 

 Hai & Assalammualaiku

Minyak Angin Dan Balsem Otot Cap Lang Melegakan Sakit Sendi, Lenguh Badan Dan Sakit Kepala - Penggunaan minyak angin dah sinonim dari dulu lagi, sebab tu minyak angin sentiasa jadi pilihan dan diguna oleh semua orang. Kesan minyak angin yang berangin memberi kelegaan pada otot-otot badan dan kepala. Minyak angin ni sangat sesuai untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan aktif, tak kiralah surirumah, pekerja dan mereka yang aktif bersukan. 

Macam nad, rutin harian setiap hari, celik mata je, siapkan sarapan, siapkan anak pergi sekolah, sapu lantai, kemas rumah apa yang patut, kalau ada baju yang dibasuh, kena sidai, lipat pulak baju. Serius, duduk rumah bukan goyang kaki je tau. Tambah pulak dengan memasak dan layan karenah anak. Bila hari-hari buat tugasan ni, memang sakit seluruh badan, sendi, sakit kepala. Nad memang tak pernah ambil pil untuk hilangkan sakit, tapi nad lebih suka pakai minyak angin atau minyak sapuan. Sebab tu dua produk Minyak Angin dan Balsem Otot Cap Lang (ataupun Eagle Brand) ni ada di rumah nad.
 hai assalammualaikum

Turkish Delight Rose Hacibaba, Manisan Dari Turki - Haritu suami dapat manisan dari kawan dia. Manisan ni bukan manisan biasa tapi manisa dari turki, Turkish Delight Rose Hacibaba. Pertama kali nak rasa manisan dari Turki ni, sedap ke tak.

Tengok pada packaging Turkish Delight Rose ni warna pink, ikut pada perisa yang ditulis iaitu Rose. Nampak menarik, terus buka nak rasa.
 hai assalammualaikum

Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Fariza - Petama kali Fariza dapat sambut Hari Kanak-Kanak. Seronok dia bila cikgu buat Sambutan Hari Kanak-Kanak di Sekolah. Nad tengok sekolah lain kena pakai baju costum aa-apa sahaja. Tapi dekat sekolah Fariza, buat Karnival. Jadi ada macam-macm permainan, pameran dan lain-lain lagi dibuat masa karnival ini.

Hari Karnival kanak-Kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Hari Karnival Kanak-Kanak Sekolah Pandan Jaya ni di buat pada Hari Sabtu. Jadi ibu bapa bolehlah datang sekali memeriahkan karnival ni. 
hai assalammualaikum

AEON X RAJA VIRAL : 12 Pempengaruh Tiktok Bersaing Merebut Gelaran Raja Viral Dan Hadiah Bernilai RM80000 - Boleh dikatakan aplikasi video TikTok adalah antara platform media sosial yang popular masa kini. Selari dengan perubahan masa, pengguna lebih bijak dan kreatif dalam menghasilkan content untuk mereka dikenali. AEON mendapat idea menganjurkan siri Raja Viral, 

Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral. 
 hai assalammualaikum

Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai - Siapa sini pakai cermin mata? Kalau ada kita geng! Nad salah seorang yang memakai cermin mata disebabkan masalah silau. Kerja yang perlu mengadap laptop, telefon terlalu lama, menyebabkan nad perlu memakai cermin mata. Nad akan pakai cermin mata bila nad mengadap gajet ni sebab silau yang terlalu tinggi. Nad pasti ramai yang pakai cermin mata juga, bukan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak pun pakai. 

Baru-baru ni nad dijemput menghadiri pembukaan outlet terbaru Kedai Optik Calisto Vision Care di AEON Nilai. Calisto Vision Care sebenarnya dah ada 2 cawangan di Pavillion Bukit Jalil dan Melawati Mall dan outlet ini merupakan outlet yang ke tiga dan terbesar di AEON Nilai. Tahniah Calisto Vision Care untuk pembukaan outlet terbaru ini. Nad dah pergi banyak kedai cermin mata tapi bagi nad kedai optik Calisto Vision Care ni sangat menarik perhatian.
 hai assalalammualaikum

Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program ‘Kembali ke Sekolah’ & Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan - RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan sejak Februari 1990 sentiasa komited dalam membantu meringankan beban kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort bagi mengumpul dana untuk program 'Kembali ke Sekolah'. 

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah

Kejohanan Golf Amal ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program yang bermanfaat bagi menyokong aktiviti-aktiviti amal kearah kesejahteraan masyarakat.

Pada hari itu juga RMHC Malaysia menyampaikan geran perubatan kepada empat dana kebajikan di hospital terpilih.
 hai assalammualaikum

Street Smoothie Subang Jaya : Minuman Smoothie Sedap dan Segar, Kedai Pun Menarik - Siapa sini suka minum air smoothie, ice blended dan milkshake? Mestila ramai suka kan. Macam nad kurang minum air kopi, tapi suka sangat minum air smoothie ni. Minuman smoothie ni ada pelbagai perisa dan campuran pelbagai bahan yang diblend dengan freshmilk dan ais. Memang sedap la kalau dapat minum lagi-lagi waktu panas, rasa segar tekak ni. Nad jumpa lokasi menarik minuman smoothie ni di Subang Jaya, nama kedai Street Smoothie

Selalunya nad pergi kedai smoothie ni, kedai biasa sahaja, kedai kecik dengan tempat duduk yang limited. Ada kedai tu takda tempat duduk, terus beli je dan bawak balik. Tapi kedai Street Smoothie ni lain daripada yang lain tau, cantik betul kedai dia, memang port best untuk lepak santai dengan kawan-kawan, keluarga atau buat kerja di sini. Paling best, setiap hari ada tawaran istimewa minuman dekat Street Smoothie ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2