hai assalammualaikum
Skin Dessert Ambil Tindakan Atas Isu Tular Di Media Sosial - Semalam nad menghadiri sidang media yang dibuat oleh pihak Skin Dessert bersama peguam mereka bagi menjelaskan isu yang tular di media sosial baru-baru ni di Ginger, KL. Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar SURAT TUNTUTAN PADA 7 DISEMBER 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.
Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.