hai assalammualaikum
Melawat Tugu Negara - Lepas kitaorang habis meronda dalam Muzium Negara, balik tu suami ajak singgah pergi Tugu Negara. Tugu Negara pun nad dah lama tak jejak, masa Merdeka konon nak pergi tapi suami taknak sebab takut ramai orang. Jadi, kita pergi hari biasa tak ramai orang. Bolehla singgah menandakan kita dah sampai dan ambil gambar..hehee
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960)