hai assalammualaikum
Makan Asam Pedas Melaka Di Hajah Rahmah Haji Ibrahim - Orang cakap, kalau dah bercuti ke Melaka tu, mesti kena cari asam pedas. Nad, kali kedua pergi bercuti Melaka, baru dapat makan asam pedas. Masa pertama tu bercuti dengan keluarga dekat Charming Villa, memang tak sempat nak cari asam pedas, sebab aktiviti banyak buat dekat villa tu. Kali kedua pergi staycation dekat Ames Hotel, balik tu baru dapat makan asam pedas. Itu pun kawan yang cadangkan kedai makan asam pedas ni. Mungkin ramai dah tau tempat ni, ya nad baru nak jejak kedai Hajah Rahmah Haji Ibrahim ni.
Kedai makan ni dekat Bukit Katil Melaka. Tengok dekat banner kedai, tulis Kari Kepala Ikan, tapi dalam kedai, macam-macam lauk dijualnya. Menu wajib mestilah asam pedas. Masa nad datang, ramai betul orang dekat kedai ni.Yela, dah lama dikenali agaknya, nad je yang baru nak singgah. Terpaksa tunggu beberapa minit untuk dapatkan tempat duduk. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga. Gigih tau semata nak makan asam pedas Melaka ni..kihkih.