hai assalammualaikum
McDonald's Keluarkan Siri Drama Mini "Kau Sundaeku" mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan - Wah! korang tau tak, McDonald's ada keluarkan siri drama mini di Instagram Reels. Korang dah tengok belum?. Kalau belum, boleh tengok di Instagram Reels McDonalds. Menarik juga tengok jalan ceritanya, kisah anak muda berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi.
Sedia maklum bahawa media sosial merupakan medium perantaraan paling berpengaruh dari segi keberkesanan dalam menyebarkan maklumat. Berkongsi apa jua maklumat yang berupa video, berita dan imej secara pantas melalui internet. Media sosial memberi impak yang besar kepada semua terutama kepada golongan belia.
Disebabkan itu, McDonald's mengambil inisiatif menggunakan media sosial untuk menarik ramai golongan belia dengan mengeluarkan siri drama mini bertajuk "Kau Sundaeku" di Instagram Reels bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Pergh!! terbaik McDonald's.