hai assalammualaikum
Fernleaf Probiotik+, Minuman Susu Bantu Menambah Bakteria Baik Untuk Usus - Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik. Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Oleh itu susu Fernleaf dari Fonterra, memperkenalkan Fernleaf Probiotik+, minuman susu untuk membantu menambah bakteria baik untuk usus.
Pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita. Ini boleh mengakibatkan bakteria usus menjadi tidak seimbang, dan mengakibatkan terlalu banyak bakteria berbahaya atau tidak baik mula membiak. Jika tidak diberi perhatian sewajarnya, ini boleh menyebabkan masalah pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, perubahan dalam tabiat usus dan banyak lagi.
Oleh itu, perlindungan bagi mengekalkan persekitaran usus sentiasa berada dalam keadaan yang sihat adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan badan kita berfungsi dengan baik2.