hai assalammualaikum
Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Anak, Selesa Dan Tahan Lasak - Alhamdulillah, persediaan kelengkapan sekolah anak untuk sesi persekolahan Tahun 2023 dah selesai. Dari baju sekolah, beg sekolah sampai la kasut sekolah. Masuk alam persekolahan baru, mesti semua nak baru, bagi anak semangat nak pergi sekolah..hehe. Kasut sekolah la antara yang nad titiberatkan. Penting pilih kasut yang betul untuk anak ke sekolah bagi keselesaan semasa memakai seharian dan tahan lasak. Dalam banyak-banyak kasut, kasut sekolah Pallas Jazz pilihan anak.
Dulu waktu nad sekolah pun guna kasut Pallas, kali ni, anak pun pilih kasut sekolah Pallas. Kasut Pallas sekarang designnya trendy, ada macam-macam jenis. Ada yang jenis lekat, yang bertali dan lain-lain. Harga mampu milik, selesa di pakai seharian, berkualiti dan mudah didapati di mana-mana sahaja, sama ada boleh beli di kedai atau online.