hai assalammualaikum
SEEKscapes by Jobstreet : Peluang Belia Mencari Pekerjaan Dengan Cara Menyeronokkan - Haritu nad pergi ke event SEEKscapes anjuran Jobstreet. SEEKscapes merupakan inisiatif yang bertujuan menyediakan platform untuk golongan belia belajar dan memahami personaliti mereka dengan cara yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada belia untuk mencari pekerjaan dan menunjukkan bakat mereka.
SEEKscapes by Jobstreet berlangsung selama dua hari ini, (4 dan 5 Mac 2023) merupakan anjuran platform gergasi peluang pekerjaan iaitu Jobstreet by SEEK dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan.