Assalammualaikum
Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres - Kehidupan sekarang lebih mencabar, banyak perkara yang boleh membuatkan kita jadi stres. Punca utama stres sering kali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi disebabkan kerana masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Stres yang tidak dikawal boleh memudaratkan emosi, fizikal dan menyebabkan kita sukar tidur waktu malam sehingga ia mengganggu mood kita seharian.
Kurang rehat dan tidur yang tak cukup boleh mengganggu urusan seharian kita. Badan akan jadi cepat letih, sakit kepala dan mood juga akan terganggu. Apa kita buat semua jadi tak kena. Stres yang berterusan bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.