hai assalammualaikum
Buffet Ramadan MZ 2023 Bertemakan Citarasa Antarabangsa Dengan Harga Berpatutan - Bulan Ramadan hampir tiba, mesti ramai tak sabar nak tunggu Ramadan kan. Ramadan ni mesti ada yang tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang sedap, murah dan pastinya selesa untuk berbuka puasa. Yela, dalam sebulan tu mestila nak bawak orang tersayang buka di luar, dan paling senang makan buffet, sebab ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Korang boleh pergi ke buffet Ramadan MZ bertemakan Citarasa Antarabnagsa.
Tahun ini MZ akan adakan di 3 buah Dewan MZ iaitu
1) MZ Garden Hall Bangi
2) MZ D'Tasik Hall Uniten dan terbaru
3) MZ Fountain Hall, Kg. Sg. Ramal Luar, Kajang
Tahun lepas nad pergi ke MZ Gaden Hall Bangi, memang cantik dan selesa tempatnya, makanan pun sedap-sedap belaka. Baca komen, ramai puashati dengan tempat dan makanan yang disediakan. Tahun ni, yang dah pergi boleh pergi ke dewan baru pulak, manakala yang belum pergi, pilih 3 dewan ni dan pergi berbuka puasa. Nak pergi tiga-tiga dewan pun boleh..hehee.