hai assalammualaikum

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® Musim Ke 3 - ' Wanita Cukup Berani ' tagline yang digunakan untuk mendorong kaum wanita supaya keluar daripada zon selesa, mencuba sesuatu yang baru, membina keyakinan dan membuat perubahan positif dalam kehidupan. Sejak program itu dimulakan pada 2020, ia telah memberi impak kepada lebih 3,500 wanita di seluruh negara. Kini, Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® kembali untuk Musim ke 3.

Penggunaan media sosial bukan sahaja membantu perniagaan untuk berkembang, malah food content creator dan influencer dapat jug memainkan peranan bukan sahaja untuk jangkauan jenama, tapi juga untuk diri sendiri.
 hai assalammualaikum

Buffet Ramadan MZ 2023 Bertemakan Citarasa Antarabangsa Dengan Harga Berpatutan - Bulan Ramadan hampir tiba, mesti ramai tak sabar nak tunggu Ramadan kan. Ramadan ni mesti ada yang tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang sedap, murah dan pastinya selesa untuk berbuka puasa. Yela, dalam sebulan tu mestila nak bawak orang tersayang buka di luar, dan paling senang makan buffet, sebab ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Korang boleh pergi ke buffet Ramadan MZ bertemakan Citarasa Antarabnagsa.

Tahun ini MZ akan adakan di 3 buah Dewan MZ iaitu 
1) MZ Garden Hall Bangi
2) MZ D'Tasik Hall Uniten dan terbaru
3) MZ Fountain Hall, Kg. Sg. Ramal Luar, Kajang

Tahun lepas nad pergi ke MZ Gaden Hall Bangi, memang cantik dan selesa tempatnya, makanan pun sedap-sedap belaka. Baca komen, ramai puashati dengan tempat dan makanan yang disediakan. Tahun ni, yang dah pergi boleh pergi ke dewan baru pulak, manakala yang belum pergi, pilih 3 dewan ni dan pergi berbuka puasa. Nak pergi tiga-tiga dewan pun boleh..hehee.
Assalammualaikum

Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres - Kehidupan sekarang lebih mencabar, banyak perkara yang boleh membuatkan kita jadi stres. Punca utama stres sering kali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi disebabkan kerana masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Stres yang tidak dikawal boleh memudaratkan emosi, fizikal dan menyebabkan kita sukar tidur waktu malam sehingga ia mengganggu mood kita seharian.

Kurang rehat dan tidur yang tak cukup boleh mengganggu urusan seharian kita. Badan akan jadi cepat letih, sakit kepala dan mood juga akan terganggu. Apa kita buat semua jadi tak kena. Stres yang berterusan bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023 Di Menara Kuala Lumpur Bertemakan 'Citarasa Asli' - Syok kan berbuka puasa sambil menikmati panorama Kuala Lumpur waktu sunset dan malam hari. Bulan Puasa kali ni boleh bawak orang tersayang berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 288 meter dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan. 

Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ini bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
hai assalammualaikum

SEEKscapes by Jobstreet : Peluang Belia Mencari Pekerjaan Dengan Cara Menyeronokkan - Haritu nad pergi ke event SEEKscapes anjuran Jobstreet. SEEKscapes merupakan inisiatif yang bertujuan menyediakan platform untuk golongan belia belajar dan memahami personaliti mereka dengan cara yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada belia untuk mencari pekerjaan dan menunjukkan bakat mereka.


SEEKscapes by Jobstreet berlangsung selama dua hari ini, (4 dan 5 Mac 2023) merupakan anjuran platform gergasi peluang pekerjaan iaitu Jobstreet by SEEK dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan.
 hai assalammualaikum

Drama Legenda Puteri Qaseh, Cerita Klasik Fiksyen Yang Menarik Ditonton - Hah, korang ada tengok tak cerita Legenda Puteri Qaseh dekat Astro Ceria. Selalunya yang buka Astro Ceria ni anak-anak la, yela dekat situ rancangan kanak-kanak. Tapi kalau ada cerita menarik, selain kartun, macam drama ni, nad pun layan. Macam Legenda Puteri Qaseh ni la, dah tengok episod 1, terus layan sampai dah nak habis drama ni..hehee. Kalau terlepas tengok, Nad selalu ulang tengok dekat Astro On Demand, jadi boleh layan semua episod tanpa ada iklan..hehee.

Kalau cakap dekat anak-anak, mestilah diaorang suka tengok cerita Legenda Puteri Qaseh ni sebab diaorang selalu berangan nak jadi puteri. Nad pulak, suka dengan cerita fantasi, magis, hikayat, kisah klasik fiksyen macam ni. Walaupun cerita tak logik tapi seronok ditonton dan ada pengajaran dalam cerita tu.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023, Selera Juadah Kampung Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur - Bila masuk bulan pausa, semestinya teringat juadah kampung, teringat masakan ibu dan nenek. Masakan ibu, nenek la yang sentiasa dirindui. Jangan risau, korang boleh nikmati kepelbagaian hidangan Selera Juadah Kampung di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Tapi bukan juadah kampung sahaja ada tau, ada makanan laut segar serta sushi.

Masa ni la berbuka puasa bersama rakan atau keluarga dengan menikmati hidangan yang lazat yanga da di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Dengan suasana yang tenang dan selesa ketika berbuka puasa.
 hai assalammualaikum

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Anak, Selesa Dan Tahan Lasak - Alhamdulillah, persediaan  kelengkapan sekolah anak untuk sesi persekolahan Tahun 2023 dah selesai. Dari baju sekolah, beg sekolah sampai la kasut sekolah. Masuk alam persekolahan baru, mesti semua nak baru, bagi anak semangat nak pergi sekolah..hehe. Kasut sekolah la antara yang nad titiberatkan. Penting pilih kasut yang betul untuk anak ke sekolah bagi keselesaan semasa memakai seharian dan tahan lasak. Dalam banyak-banyak kasut, kasut sekolah Pallas Jazz pilihan anak. 

Dulu waktu nad sekolah pun guna kasut Pallas, kali ni, anak pun pilih kasut sekolah Pallas. Kasut Pallas sekarang designnya trendy, ada macam-macam jenis. Ada yang jenis lekat, yang bertali dan lain-lain. Harga mampu milik, selesa di pakai seharian, berkualiti dan mudah didapati di mana-mana sahaja, sama ada boleh beli di kedai atau online.
hai assalammualaikum

Kajian Jobstreet 2023 : 'Apa Yang Jobseekers Harap Supaya Majikan Tahu' Membuka Kunci Masa Depan Pengambilan Pekerja - Kita mampu dapat kerja lebih baik. Itulah yang diharapkan setiap jobseekers apabila mencari peluang pekerjaan. Melihat sendiri kajian Jobstreet 2023 'Apa Yang Jobseekers Harap Supaya Majikan Tahu' membuka kunci masa depan pengambilan pekerja. 

Syarikat induk JobStreet dan JobsDB, SEEK,  dengan Boston Consulting Group (BCG) and The Network melalui satu kajian tinjauan mendapati paten terkini pencari pekerjaan pada tahun 2023 berubah lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19 meliputi Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Thailand.
hai assalammualaikum

Drama Derhaka Sebuah Cinta, Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti - Sekarang pun tengah isu hangat kan, suami curang, suami kawin lain secara senyap-senyap, suami abaikan isteri pertama, suami rasa dia je yang betul, isteri je yang salah. Keluar pulak drama Derhaka Sebuah Cinta ni dekat Astro Ria. Ingat taknak tengok, sebab tengok sinopsis, paham dah jalan cerita, tapi terlayan juga. Dah layan episod 1, tengok pulak episod lain. Kalau dah cerita pasal kawin dua ni, memang sakit hati, tambah perangai suami yang ego, yang ada penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). 

Narcissistic Personality Disorder (NPD) ni individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara. Orang macam ni suka salahkan orang lain, padahal dirinya yang salah.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2