hai assalammualaikum
Koleksi Baju Raya Di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf - Awal ye suami kita beli baju raya dia. Semangat betul tahun 2023 ni nak raya. Belum puasa lagi dah beli baju raya. Okla tu, sebagai seorang isteri kita kena sokong.. Hahaha .Selalu, paling susah, orang lelaki la nak beli baju raya. Bila dia nak beli ni, kita lagi suka. Tahun ni, untuk baju raya, suami pilih Kurta dekat Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Dia cakap, baju Kurta dekat sini, best dan design lawa. Sebab tu dia nak cepat-cepat beli.
Banyak outlet Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf ni, ada dekat Shah Alam, Bangi, Bertam, Johor Bahru, Bukit Jambul dan ada juga di Pattani Thailand. Woww.
Nad pergi outlet yang terdekat iaitu di seksyen 9 Bangi. Bersebelahan dengan Bulan Grocer. Butiknya dekat Ground Floor. Korang ikut map je mesti jumpa punya.