hai assalammualaikum
Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya Di MyMall - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal. Buat julung kali KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.
Hampir 1000 usahawan menyertai Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.