HUAWEI P60 PRO LAUNCHING ON 11 MAY

in , , by Nadia Johari, 21:47:00
hai

Huawei's Most Anticipated P60 Pro Sets To Launch On 11 May - Malaysians will be getting the latest in smartphone advancements through the HUAWEI P60 Pro’s launch, and that’s not all!
 hai assalammualaikum 

Ayam Kilau Menu Baru The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan dan Hari Raya - Wah, The Chicken Rice Shop ada keluarkan menu baru you alls. Sempena Ramadan dan Raya  The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Nama menu ni unik betul ye, lepas makan kene bersilat ke..hehehhee. Mestilah nad nak cuba, asyik makan ayam sama je selalu kan, tak bestla, kena cuba yang baru ni.

Menu baru 'Ayam Kilau' boleh didapati mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi The Chicken Rice Shop (TCRS). Hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza sama ada nak makan seorang atau secara berkumpulan pada bila-bila masa sahaja.
hai assalammualaikum 

Minuman The Indulgence Series Coolblog Kembali - Ingat dulu, nak minum air boba mesti cari Coolblog, sebab masa tu satu-satunya air boba yang ada. Setiap kali Coolblog keluarkan minuman baru mesti nad pergi beli. Nak tau tak minuman The Indulgence Coolblog yang disukai ramai sebelum ni dah kembali tau dan ada perisa baru dalam The Indulgence series. 

Coolblog jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk perintis Malaysia mencipta pelbagai perisa dan sentiasa berinovasi supaya dapat memenuhi pilihan citarasa yang berbeza pelanggan. Bermula 13 April 2023 korang boleh dapatkan minuman The Indulgence yang popular dengan empat perisa.
 hai assalammualaikum

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch Untuk Wanita Aktif Dan Tampil Bergaya - Jam Tangan Pintar atau Smartwatch kini menjadi pilihan semua orang. Ini kerana, smartwatch bukan sahaja digunakan sebagai penunjuk waktu malah ia mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga dan memonitor kesihatan kita. Terdapat pelbagai jenis smartwatch yang ada, untuk wanita, yang inginkan smartwatch nampak cantik, boleh digayakan dengan apa sahaja outfit, hah, Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch sesuai untuk wanita, gabungan gaya dan utiliti sempurna untuk gaya hidup moden.

Nad memang suka pakai Smartwatch, sebab banyak fungsi yang bantu kehidupan nad yang sibuk ni. Sebelum ni, nad pakai Smartwatch jenis sporty, bentuk segiempat, mula nak mencari Smartwatch yang lain. Nampak la Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, tertarik dengan rekabentuk yang bulat dan fungsi dia yang banyak. Memang cantik dan nampak elegant tau.
hai assalammualaikum

Kebaikan DND369 Sacha Inchi Oil Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Bermula dengan nak cek Thyroid sahaja, lepas tu, terus kena follow up dengan doktor untuk cek kesihatan lain. Alhamdulillah, Tyroid nad tak berapa serius, normal katanya, tapi tetap kene jumpa doktor untuk check up. Nad pergi check up bukan sebulan sekali, dalam beberapa bulan jugala, kena ambik darah semua. Bagus juga buat check up ni, dapat tau tahap kesihatan kita seperti kolesterol, darah tinggi semua tu. Haritu kali kedua pergi check up, dan doktor bagitau kolesterol nad tinggi..huhu. Nad memang perasan berat badan pun makin naik, tak sangka kolesterol jahat ikut naik ye. Eeeee, jahat tau kolesterol ni.  Bahaya ya kalau kolesterol tinggi dan dibiarkan.

Sejak tu nad buat senaman, jaga pemakanan untuk turunkan kolesterol ni. Lepastu nampak produk DND369 Sacha Inchi Oil ni, ada yang rekemenkan. Terus nad cari info pasal produk ni. Huishh rupanya dekat Tiktok ramai dah ambil produk ni dan nad baca ramai bagi feedback yang bagus. sebab tu nad pun cuna untuk bantu turunkan kolesterol nad. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita ikhtiar dan berusaha.
hai assalammualaikum

Banyak Pilihan Baju Raya Di Butik Chenta Lunar Shah Alam Yang Cantik Dan Trendy - Selagi belum raya, selagi tu kita jalan-jalan cari baju raya.. Hehehe. Kali ni, nad cari baju raya di Butik Chenta Lunar di Seksyen 7, Shah Alam. 

Faham-faham jela, Seksyen 7 Shah Alam ni banyak butik baju raya. Memang syurga untuk semua orang cari baju raya dekat sini. Nad pilih Butik Chenta Lunar sebab dekat sini banyak pilihan baju raya yang ada. Lokasi butik betul-betul di hadapan Jakel dan bersebelahan dengan PKNS Biz Point.
 hai assalammualaikum

Raya Dengan Koleksi Baju Raya Shara Othman - Ramai dah mula sibuk shopping baju raya. Siapkan awal senang, takda kelam kabut. Macam en suami, dah selesai baju raya dia, hah ni tinggal mommy dan anak-anak pulak cari baju raya. Mak dengan anak-anak mestila nak sedondon. Mommy pergi ke Shara Othman di i-City Central untuk tengok koleksi baju raya dekat situ.

Butik Shara Othman ni terletak di level 2 dalam shopping mall i-City Central. Sampai je dekat butik, nad tengok banyak koleksi baju raya yang ada dekat sini, dari klasik sampaila ke moden. Pelbagai jenis design baju ada, baju kurung, baju kebarung, dress, kaftan dan lain-lain. Paling best ada baju sedondon mak dengan anak.
 hai assalammualaikum

Amalkan Minum Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin Untuk Kesihatan - Selalunya, kita makan buah kurma, tak sangka ada rupanya cuka kurma ni. Biasanya nad minum cuka epal, bila nampak cuka kurma, terus cuba dan amalkan. Sejak amalkan minum cuka kurma, perut jadi lawas dan badan pun rasa ringan je. Alhamdulillah serasi dengan badan dan teruskan pengambilan cuka kurma ni.

Kenal dengan cuka kurma ni pun daripada kawan. Bila dia bagitau kebaikan cuka kurma ni, tak teragak nak cuba. Cuka Kurma Oxymeal Khal Jabin ni produk homemade dan tiada campuran lain. Rasanya lebih sedap berbanding cuka epal..hehe.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah - Alhamdulillah, masuk hari keenam kita berpuasa. Ada yang masih mencari lokasi Buffet Ramadan untuk berbuka puasa? Hah, korang boleh datang ke Buffet Dewan Bakuet MBSA, Shah Alam.

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023 dengan tema ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.
hai assalammualaikum

Rangkaian Produk GKB Untuk Kesihatan Perut Dan Usus - Ada seorang akak ni, bila nampak nad makan mesti dia cakap ,'akak suka betul tengok kau makan nad, berselera sungguh'..hahaha. Pantang nampak makanan depan mata, asal sedap mesti makan. Tanpa sedar, berat badan pun dah mula naik. Bukan itu sahaja, kadang masalah sembelit, perut kembung pun terjadi.

Dengan umur yang makin meningkat, tambahan dengan kesibukan kerja, macam-macam penyakit boleh datang. Mula risau dengan keadaan ni, mula la cari rangkaian produk untuk kesihatan perut dan usus, dan nad jumpa produk probiotik GKB daripada kenalan. 

Tak teragak nak cuba, nad pun amalkan rangkaian produk GKB ni untuk usus yang sihat, cantik dari dalam dan luar. Penambahan probiotik yang sesuai boleh membantu mengekalkan kesihatan, meningkatkan fungsi penghadapan dan meningkatkan sistem imun badan kita.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2