hai assalammualaikum
Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Cawangan ke 13 Dan Terbesar - Lama betul tak lontarkan suara ye..hehee. Sekali sekala, lepaskan stress dengan berkaraoke dengan kawan-kawan dekat pusat karaoke syok oo..hehee. Menyanyi, melalak, tak kisahla suara sedap ke tak sedap, yang penting enjoy!!..hehehe. Jadi, haritu dapat jugala menyanyi beberapa lagu dekat Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Shopping Centre yang baru dibuka dan merupakan cawangan yang ke 13 dan terbesar.
Loud Speaker Datum Jelatek, telah menari perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.
Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.