hai assalammualaikum

Kempen Derma Darah Anjuran Renora Clinic Di Aeon Maluri - Tahukah anda yang 1 beg darah yang kita derma boleh selamatkan 3 nyawa? Jika korang berkelayakan untuk menderma silalah derma ya sebab bank darah kita semakin lama semakin menipis bekalan darah. Sabtu lepas, Renora Clinic bekerjasama dengan Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Aeon Maluri. 

Alhamdulillah, nad tengok ramai yang hadir menderma darah pada hari itu. Renora Clinic terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Nad teringin juga nak derma darah, berat pun dah ok, tapi apakan daya, nad ada masalah lain yang membuatkan nad tak boleh menderma darah. Takpe, mungkin lain kali kita boleh.
hai assalammualaikum

Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Cawangan ke 13 Dan Terbesar - Lama betul tak lontarkan suara ye..hehee. Sekali sekala, lepaskan stress dengan berkaraoke dengan kawan-kawan dekat pusat karaoke syok oo..hehee. Menyanyi, melalak, tak kisahla suara sedap ke tak sedap, yang penting enjoy!!..hehehe. Jadi, haritu dapat jugala menyanyi beberapa lagu dekat Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Shopping Centre yang baru dibuka dan merupakan cawangan yang ke 13 dan terbesar.

Loud Speaker Datum Jelatek, telah menari perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa. 

Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.
 hai assalammualaikum

Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga - Hari minggu haritu, keluarga dari Meru datang KL, rumah nad la.. Hehehe. Bila keluarga semua datang mestila masak sedap-sedap. Diaorang bagitau nak datang pun seminggu sebelum tu. Jadi bolehla prepare makanan apa nak masak. 

Seminggu sebelum datang tu, diaorang dah request nak masakan kampung. Permintaan ditunaikan, mula la kita fikir menu kampung apa nak dibuat. Bila dah buat list baru boleh beli barang apa yang patut.

Hari Jumaat beli barang masakan semua, malam siap-siap buat pesnya dan potong apa yang patut. Hari Sabtu tinggal campak sahaja.
 hai assalammualaikum

HUAWEI P60 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia - Baru-baru ni nad berpeluang menghadiri ke pelancaran Huawei P60 Pro yang diadakan di Convention Centre Sunway Pyramid. Pada haritu juga HUAWEI turut melancarkan flagship product seperti HUAWEI Mate X3 , HUAWEI Watch Buds, HUAWEI Watch Ultimate, HUAWEI FreeBuds 5 dan HUAWEI MatePad 11-inch. 

HUAWEI P60 Pro, legenda dilahirkan semula yang mentakrifkan semula tahap baharu fotografi mudah alih, reka bentuk estetik dan pengalaman pengguna yang menyeluruh. Teruja dapat tengok HUAWEI P60 Pro ni. Design menarik, gambar cantik, apatah lagi video.
hai assalammualaikum

Korban Di Tanah Suci Boleh Percaya Ke? - Korban atau qurban dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.

Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).

UMAT Islam di seluruh dunia melakukan ibadah korban bagi menghayati semangat pengorbanan agung Nabi Ibrahim ketika Allah menguji Baginda supaya menyembelih anakanda yang disayanginya, Nabi Ismail. 

Semua orang berlumba-lumba nak buat korban, tapi saban hari, harga korban semakin mahal menyebabkan ramai yang tidak melaksanakan korban disebabkan kekangan kewangan, lagi-lagi mereka yang kurang berkemampuan. 

Ibadah Korban hanya setahun sekali sahaja,mestila ada yang berkeinginan melakukan ibadah korban. Kalau tak mampu buat korban di tempat sendiri, boleh je buat korban di Tanah Suci Mekah dengan menggunakan khidmat UTS Trading. 
 hai assalammualaikum

RMHC Malaysia Raikan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Majlis Iftar bersama lebih 100 anak yatim di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur.

Nad berkesempatan menghadiri majlis ini dan turut sama meraikan Ramadan dengan anak-anak yatim ini. Sayu hati nad tengok anak-anak yatim ni semua. Dari raut wajah mereka tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di hati. Alhamdulillah, majlis seperti ni, sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka.
 hai assalammualaikum

Kemeriahan Hari Raya 2023 - Dah masuk hari ke 5 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk menyambut Hari Raya. Hari Raya kalini disambut dengan meriahnya tanpa ada sebarang SOP dan diberi kebebasan. Ramai pulang ke kampung dan kembali dengan suasana seperti sedia kala, berkumpul dengan keluarga dan ziarah rumah saudara mara.

Untuk tahun ni, nad beraya pagi di kampung Meru Klang, petang sampai malam pulak di KL. Ya, tahun ni kitaorang buat macam ni, sebab petang tu kat kampung memang takda buat apa. Malam baru sambung tapi dah raya kat KL tak dapat la join raya kat kampung waktu malam.

HUAWEI P60 PRO LAUNCHING ON 11 MAY

in , , by Nadia Johari, 21:47:00
hai

Huawei's Most Anticipated P60 Pro Sets To Launch On 11 May - Malaysians will be getting the latest in smartphone advancements through the HUAWEI P60 Pro’s launch, and that’s not all!
 hai assalammualaikum 

Ayam Kilau Menu Baru The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan dan Hari Raya - Wah, The Chicken Rice Shop ada keluarkan menu baru you alls. Sempena Ramadan dan Raya  The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Nama menu ni unik betul ye, lepas makan kene bersilat ke..hehehhee. Mestilah nad nak cuba, asyik makan ayam sama je selalu kan, tak bestla, kena cuba yang baru ni.

Menu baru 'Ayam Kilau' boleh didapati mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi The Chicken Rice Shop (TCRS). Hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza sama ada nak makan seorang atau secara berkumpulan pada bila-bila masa sahaja.
hai assalammualaikum 

Minuman The Indulgence Series Coolblog Kembali - Ingat dulu, nak minum air boba mesti cari Coolblog, sebab masa tu satu-satunya air boba yang ada. Setiap kali Coolblog keluarkan minuman baru mesti nad pergi beli. Nak tau tak minuman The Indulgence Coolblog yang disukai ramai sebelum ni dah kembali tau dan ada perisa baru dalam The Indulgence series. 

Coolblog jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk perintis Malaysia mencipta pelbagai perisa dan sentiasa berinovasi supaya dapat memenuhi pilihan citarasa yang berbeza pelanggan. Bermula 13 April 2023 korang boleh dapatkan minuman The Indulgence yang popular dengan empat perisa.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2