hai assalammualaikum
Aneka Resipi U.S Potatoes Yang Sihat Sempena World Nutrition Day 2023 - Pada 28 Mei adalah Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition Day ) dimana ia adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan yang betul kepada orang ramai. Hari Pemakanan Sedunia adalah amat penting untuk rakyat Malaysia terus meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan mereka. Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah melalui pengambilan pemakanan yang baik dan pilihan makanan yang sihat.
Tema Hari Pemakanan Sedunia pada tahun ini adalah "Fuel For The Future" yang menggalakkan kita belajar tentang membuat pilihan makanan yang betul dan membangunkan tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Selaras dengan itu, nad nak kongsi dengan korang antara salah satu makanan sihat yang kita boleh ambil ialah dengan US Potatoes yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas.