hai 

Kebaikan Semulajadi California Blueberries - Apa kita nak buat dengan blueberries harini, nak buat pencuci mulut, kek, minuman atau makan macam tu sahaja? hah, macam-macam kita boleh buat dengan blueberries ni. Nampak sahaja saiz dia yang kecil tu, tapi banyak kebaikan semulajadi California Blueberries ni tau.

Memandangkan sekarang musim blueberries, rasai sendiri kemanisan buah California Blueberries dan sediakan hidangan berasaskan blueberries yang sedap dan berkhasiat. Nad suka makan blueberries, nampak sahaja kecil tapi hebat . Jom nad kongsikan kebaikan semulajadi California Blueberries ni.
 hai assalammualaikum

Cetaphil Bright Healthy Radiance Serum Dan Pencuci Muka Baharu, Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera - Cetaphil sememangnya dikenali sebagai rangkaian produk penjagaan kulit yang hebat telah  melancarkan Duo Hebat Multi-Tindakan, iaitu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser dalam rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance. Dengan penambahan dua produk dalam rangkaian ini, pastinya ia lebih berkesan membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. 

Dengan inovatif terkini dan terbukti secara klinikal, Duo Hebat Multi-Tindakan Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser dapat memberikan hasil kulit yang cantik dan berkekalan dalam masa 14 hari dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh digunakan seawal usia 18 tahun.
hai assalamualaikum

Pemenang Kempen Sushi King 1 Milliom Happy Members - Tahniah kepada pemenang hadiah utama Kempen Sushi King 1 Million Happy Members, Vyvian Elvy Jefry from Sabah, seorang surirumah, yang memenangi hadiah percutian untuk 2 orang ke Jepun. Memang bertuah ye dapat ke Jepun. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang telah diadakan di Sushi King Sunway Pyramid.

Kempen 1 Million Happy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei telah berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan! 
 hai

Tips To Keep Your Long Distance Relationship In Full Bloom


True love always finds its way, no matter the distance. Though, the fact stands tall that long-distance relationships can be challenging and a bit difficult to manage. But with the right strategies and a little creativity, you can keep the flame of love burning strong. Especially, in today's interconnected world, where technology bridges the gap between distant souls, maintaining a thriving long-distance relationship becomes easier with the added convenience of virtual communication platforms. 

For instance, if your partner lives far away in Malaysia, Indonesia or Singapore, you can express your love easily in different ways to nurture your relationship and keep it flourishing. For such innovative tips, continue reading and strengthen your relationship even more.
 hai assalammualaikum

Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs® Di Maeps Serdang - Semalam nad dapat melihat anak-anak Little Caliphs melakukan ibadah haji di Maeps Serdang. Bukan betul-betul pergi haji, tapi hanya praktikal sahaja..hehee. Comel je semua, kanak-kanak lelaki dengan pakaian kain ihram manakala kanak-kanak perempuan memakai seperti telekung siap dengan beg kecik disangkut di leher.

Program Simulasi Haji Little Hajj 2023M/1444H merupakan program kali ke-7 yang dibuat oleh Little Caliphs® sejak tahun 2016 lagi. Selain acara ikonik, anak-anak berpeluang melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah dengan ketinggian 10 kaki. 
hai assalammualaikum 

Aneka Resipi U.S Potatoes Yang Sihat Sempena World Nutrition Day 2023 - Pada 28 Mei adalah Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition Day ) dimana ia adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan yang betul kepada orang ramai. Hari Pemakanan Sedunia adalah amat penting untuk rakyat Malaysia terus meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan mereka. Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah melalui pengambilan pemakanan yang baik dan pilihan makanan yang sihat.

Tema Hari Pemakanan Sedunia pada tahun ini adalah "Fuel For The Future" yang menggalakkan kita belajar tentang membuat pilihan makanan yang betul dan membangunkan tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat. Selaras dengan itu, nad nak kongsi dengan korang antara salah satu makanan sihat yang kita boleh ambil ialah dengan US Potatoes yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas.
hai assalammualaikum

Daia Memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, Penyelesaian Inovatif bagi Mengawal Bau Peluh: Segar Untuk Hijab, Segar Untuk Keluarga! - Siapa sini pengguna sabun baju Daia, kita serupa..heehe. Suka sangat lepas basuh baju dengan sabun Daia, baju jadi wangi semerbak. Tak perlu dah pakai pewangi lain. Jadi, sebagai pengguna Daia, nad teruja bila dapat tau Daia memperkenalkan produk baru iaitu Daia Hijab All Day Freshness. 

Cuaca di Malaysia sekarang panas, cepat berpeluh, mula rasa tak selesa dan berbau terutama sekali untuk yang berhijab. Daia Hijab All Day Freshness adalah penyelesaian inovatif bagi mengawal peluh agar sentiasa dan segar sepanjang hari. 
 hai assalammualaikum

KAHF Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) Kembali! - Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali untuk kedua kali bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak selepas kejayaan penganjuran buat julung kalinya tahun lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 30 kumpulan komuniti dan lebih 1000 orang peminat aktiviti luar dari seluruh negara.

Lenggong sekali lagi dipilih menjadi lokasi utama penganjuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima tahun lalu selain keistimewaan bentuk muka bumi yang menarik serta bersesuaian untuk pelbagai aktiviti luar di samping mempromosikan daerah Lenggong dalam industri pelancongan Malaysia.
hai

Dari Biasa ke Luar Biasa: Tingkatkan Gambar Pasport Malaysia Anda Menggunakan Telefon Anda Sahaja!



Katakan Keju: Menangkap Gambar Pasport Sempurna

Adakah anda bosan dengan gambar pasport yang hambar dan tidak menarik? Adakah anda ingin menonjol dari orang ramai dengan gambar yang mencerminkan keperibadian anda? Jangan cari lagi! Dengan hanya telefon anda, anda boleh mengubah gambar pasport Malaysia anda daripada biasa kepada luar biasa. Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda tentang proses cara membuat gambar bersaiz pasport yang menakjubkan melalui pembuat gambar bersaiz pasport yang memenuhi keperluan pihak berkuasa pasport Malaysia. Bersedia untuk menarik perhatian dengan potret sempurna gambar anda!
hai assalammualaikum

Sesuaikan Gaya Anda Dengan Koleksi ZCOVA Gemstone Jewellery - Perempuan dengan batu permata memang tak dapat dipisahkan. Barangan kemas yang dihiasi dengan batu permata berwarna-warni menjadi pilihan para wanita dan menambat hati pencinta perhiasan itu. Rasa teruja bila berpeluang menghadiri majlis She's A Gem by ZCOVA di Brasserie Leon Taman Tun Dr Ismail semalam.  

Di majlis She's A Gem yang dianjurkan ZCOVA ni, Nad belajar setiap batu permata mempunyai keunikan sendiri dan tidak akan serupa antara satu sama lain . Setiap batu permata mempunyai makna dan sifat tersendiri. Batu permata menyerlahkan lagi penampilan si pemakai jika dia memilih Gemstone yang sesuai dengannya dan disesuaikan dengan personaliti diri sendiri.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2