Blueberry Wonder Workshop Oregon Washington Blueberries - Siapa tak suka dengan buah bluberry? Saiznya yang kecil berwarna biru keunguan dan mempunyai banyak khasiat serta rasanya yang manis, memang disukai semua orang. Haritu, nad menyertai Blueberry Wonder Workshop yang dianjurkan oleh Oregon Washinton Blueberries yang berlangsung di KL Wesness City Bukit Jalil untuk mengetahui lebih berkenaan Oregon Washington Blueberry.

Pelbagai aktiviti disediakan pada haritu, dari merasa blueberry, maklumat tentang blueberry, demonstrasi masakan menggunakan blueberry dan aktiviti menyediakan hidangan dengan blueberry. Teruja nad bila dapat aktiviti ni, sekurangnya kita tau banyak berkenaan blueberry.
 hai assalammualaikum

Roti John Crispy Cili Pandan Jaya Padu Betul - Pernah tak korang makan roti john yang ada cili? Bukan sikit tau cilinya tapi banyak. Bila makan tu memang pedas gila, memag padu!! Salah satu tempat yang jual roti john crispy cili adalah di Pandan Jaya. Nad beli masa bulan ramadan tahun lepas. Lepas tu mesti akan beli dan beli lagi dekat kedai ni.

Roti john ni hanya roti panjang, disalut dengan telur dan daging. Telur dan daging kisar yang sudah dimasak dicampur bersama bawang, kemudian dituang ke atas kuali leper. Kemudian diletakkan roti di atasnya dan diterbalikkan. Ditambah dengan sayur dan sos cili berserta mayonis. Haishh, tetiab terliur pulak..hahha.
SUPER™  Klasik Baharu : Kopi Hitam Segera Dibuat Dengan 100% Biji Robusta - Kebanyakan rakyat Malaysia penggemar kopi. Orang dulu-dulu pun suka minum kopi. Tak kira la pagi petang malam, kopi dicarinya. Kopi SUPER, kopi kegemaran semua, kini menampilkan SUPER™  Klasik Baharu, Kopi Hitam Segera Dibuat Dengan 100% Biji Robusta.

SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.
Cara Bersihkan Siput Sedut Dengan Mudah - Siput sedut masak lemak cili api memang kegemaran nad. Bukan nad je, suami dan anak-anak pun suka..hahaa. best bila makanan kegemaran orang lain pun suka, takdala pening nak masak apa kan. Siput sedut ni, paling sedap masak lemak cili api, pergh!!, mantap ye. Kita sedut dia, dengan kuah masak lemak tu, surrrr..terbaik.

Sesetengah orang tak suka siput sedut ni, sebab bentuknya yang lembut dan berlendir bila keluar daripada cengkerang. Tapi orang yang suka ni, memang tak fikir dah semua tu, fikir sedap je..hehee. Selama ni, kita beli siput sedut dekat pasar yang dah siap bungkus. Pernah tak korang terfikir, siput sedut ni dekat man, cara orang kutip siput sedut dan cara bersihkannya? Ni nad kongsikan tentang siput seduta.
Bacaan Sujud Sahwi Dan Cara Melakukannya - Pernah tak korang lupa dalam solat. Contoh macam terlupa atau terlebih rakaat? Biasalah kita ni manusia, sifat pelupa tu mesti ada. Bila dan terlupa atau terlebih rakaat, jangan batalkan solat, tapi korang boleh buat sujud sahwi. Kewujudan perkara seperti ini menunjukkan Islam adalah agama yang tidak membebankan umatnya.

Mungkin ada yang tak tau lagi bagaimana sujud sahwi ni. perlu dibuat pada wkatu bila? Adakah sujud sahwi hanya satu rakaat atau dua rakaat? Ini nad kongsikan bacaan dan cara melakukan sujud sahwi.
BOH Pure Green Tea Berwajah Baru, Perkenalkan Azira Shafinaz Sebagai Duta - Baru-baru ini,  Nad telah dijemput ke majlis BOH A Wellness In A Cup untuk pelancaran BOH Pure Green Tea dengan wajah baru dan turut diperkenalkan duta baharu BOH Pure Green Tea, Azira Shafinaz di Aurum Theatre Gardens Mall. 

Majlis dihidangkan dengan minuman BOH Pure Green yang sememangnya segar dan mempunyai banyak khasiat dan bagi mereka yang inginkan gaya hidup sihat. Ada teh, ada wellnes in a cup.. gitu. 
Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul - Setiap pagi, bila rasa nak makan telur setengah masak mesti buat, atau bila ke kedai mamak, mesti order telur setengah masak. Sedapnya bila dapat telur setengah masak yang putihnya masak lembut dan kuningnya cair meleleh. Dapat pulak makan dengan roti atau makan tu sahaja campur dengan lada sulah dan kicap. Pergh!! sedap..hahaha. Sebenarnya nad baru pagi tadi buat..hahaha. Nak dapatkan telur setengah masak yang betul-betul lembut dan cair tu ada caranya yang betul. Biasalah, kadang ada terlebih masak, terkurang masak, kita kena try error selalu ye.

Nak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat. Kalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus.
Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat - Tersiksa ya bila kena pepijat ni. Sekali dia gigit, habis gatal semua badan, lepas tu badan kaki jadi bekas hitam. Paling benci dengan serangga pepijat ni. Selalu pepijat ni kebanyakan dekat celah tilam tu atau toto. Serangga pepijat ni kecik je, tapi kalau dah gigit darah, terus jadi gemuk. Bila geram, kau pukul je dengan tangan, habis keluar darah dekat badan dia. Nad pernah kena dekat rumah dan rumah sewa. Nak tidur pun tak selesa.

Kita ni tak sedar pun ada pepijat sampaila bila bangun pagi korang tengok seluruh badan korang gatal, awas ya, ini petanda bilik tidur korang diserang pepijat. Kalau korang kene gigit dengan pepijat, habis berbintik badan. Kesan gigitan pepijat ni dahla lambat baik. Memang akan tinggalkan kesan hitam pada kaki atau tempat yang terkena gigitan pepijat.
Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu- Apabila seseorang lelaki bernikah sahaja dengan pasangannya, secara tidak langsung akan terus mendapat ibu bapa mertua, begitu juga bagi wanita. Taraf dan penghormatan terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri. Ada tanggungjawab yang kita sebagai menantu perlu laksanakan kepada mereka.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. 
Anak Nombor Dua Seorang Yang Keras Kepala Dan Pelik Ke? Ini Fakta Menarik Tentang Anak Nombor Dua - Selalu sahaja orang akan cakap, anak nombor dua ni pelik ye? Lain dari yang lain dengan anak sulung dan anak nombor tiga dan seterusnya. Anak nombor dua ni boleh dikira penyeri kepada keluarga, selepas anak sulung. Anak sulung adalah kawan bila ada anak nombor dua ni. Dalam sesetengah kes, anak kedua dilihat sebagai pelengkap kepada keluarga, memberikan perspektif yang berbeza dan membawa kebahagiaan dan kehidupan kepada rumah.

Macam nad, mempunyai dua orang anak perempuan yang memang berlainan sifat. Betul la orang cakap, perangai orang ni berbeza, takkan sama. Apa yang nad tengok, anak kedua ni lebih menonjol dan berkeyakinan berbanding anak pertama. Yela, bila tengok Fariza, sangat lembut dan mendengar kata, masuk Farhanah, macam-macam ragam dibuatnya
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2