Huawei Memperkenalkan Produk Inovasi Tercanggih Semasa Pelancaran Creation Of Beauty - Huawei memperkenalkan barisan inovasi tercanggih termasuk MatePad Pro 13.2”, MateBook D 16, FreeClip dan WATCH GT 4 semasa pelancaran Creation of Beauty di The Exchange 106 aras 57. Nad berpeluang menjadi orang pertama melihat sendiri produk terbaru yang dikeluarkan Huawei dan teruja melihat sendiri kehebatan produk tersebut.
Terpegun dengan bentuk dan spesifik setiap produk yang dipamerkan, membuatkan hati ini nak memilikinya. Sesuai la dengan mereka yang bekerja, mampu melakukan pelbagai tugas dengan mudah.