hai assalammualaikum..

apa khabar korang semua...harap-harap sihat-sihat belaka..ade masa lapang ni, nad nak buat entry kejap...huish penat pun tak hilang lagi..blog taknak terabai..blogwalking pun baru sikit...kesian my blog and my blogger friend..masa amat mencemnburui nad lor..line broadband pun dengki semcam je..hahaha..haishh banyak jugak yang dengki dengan nad..hhahha..bukan retis pun nak dengki-dengki..yang penting nad punya keje dah setel..weeee...bukan keje opis ye..keje untuk hari esok...hehhee...bersinar-sinar muka..blushing pulak..hehe..

esok adalah hari bersejarah nad..untuk step kedua selepas step pertama..ikut adat step pertama ofkos merisik..ape itu merisik??..Merisik merupakan langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan untuk dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluaraga tersebut sama ada sudah dipinang orang atau belum,serta menyatakan hajat pihak lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif,maka pihak lelaki boleh membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya....
nak tau kisah nad mase dirisik..TENGOK SINI

step kedua plak mestilah bertunang...nak bagitau sikit ape itu bertunang...hehee.. 
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia...

nak tengok hahaa..sabar belum lagi..nak bagitau je yang tema nad memang nak warna biru..wajib..tau jela saya wanita yang suka warna biru..tapi..tapi kan..dah ajdi lain tau..tema dah bertukar taman bunga..hahhaa..tak nampak biru pun..tapi okla..cantik..sebab sume family cakap biru je..tak menyerlah sangat..ok nad paham..nad turutkan je..dalam hati..huaaaaa....nak biru..hahaa...sabo jela cik kiah oiii..



ok tak..nk tengok penuh..tungguu...hehe
sekrang tak nervous..sok kang..ermm...msti nak gugur jantung..hhahah

BILA SI HENSEM NAK TUNJUK PANDAI

in , by Nadia Johari, 18:00:00
hai assalammualaikum..

waaa majlis esok hari..tinggal sehari..nad dengan family bertukus lumus buat keje...penatt..penatt..sabo jela..nak kene sapu rumah..lap rumah..semua nak kene kemas..bilik nad lagi..cadar..langsir..macam-macam..nak kene buat bunga telur untuk 200 orang...nasib baik ade anak buah..lehla tolong..tolong ke??...makin menyepahkan adela...waaaaaa....paling besar pun baru darjah 3..dia sorang jela leh harap..tapi..tapi kannn..die tak tau nak ikat gula2 dekat bunga telur tu..waaaaa...hampeh punyer anak buah permpaun nad ni..haishh...terpaksala buat sorang..akak-akak yang lain sibuk jaga anak kecik masing-masing..sabo jela..

pastukaann..tetibe datang hero ni menyelamatkan dunia..hahahha...hero ni hensem..datang je tempat nad..terus amik bunga telur dan ikat gula-gula kat bunga telur tu..sambil cakap "apela akak ni, tu pun x pandai..macam ni la ikatnyer, pusing atas ni "..nad dengar pergh pandai plak die ikat erk..nad tak ajar pun..haisyeyy macam mana ni..laki lagi pandai dari perempuan..akaknyer ikat tali kat gula-gula, si hensem ni amik ikat gula-gula tu kat batang bunga telur plak..boleh tahanla..tapi bila si hensem ni bagi..nad tengok..nak gelak tapi tahan...hahhaa..klakr die ikat..tapi okla tak jatuh..hahaha...pandai sangat die ni..hehee..

nak tengok cara die ikat..meh tengok perbezaannyer..hehe..sepatutnyer ikat dekat tengah2 batang bunga telur tapi die..hhehe..


yang A si hensem punyer...hehehe..yang B ofkos nad punyer...


hahaa..x kisah la mana-mana..janji siap kann..hehee..nak tau sape si hensem tu..jap erk..

ni la SI HENSEM TUNJUK PANDAI TU..

HARI YANG AMAT SIBUK

in , , by Nadia Johari, 16:00:00
hai assalammualaikum..

bulan ni merupakan bulan yang sangat sibuk..sibuk sampai ari ahad ni je..hehhee..semua nak kene selesaikan secepat mungkin..dah selesai baru senang hati..selagi tak selesai, mulala dalam kepala ni asyik pikir sahaja..selain sibuk dengan keje, ade satu lagi perkara yang perlu diselesaikan..hari penting bagi nad dan juga keluarga nad...masing-masing dah ada tugas masing-masing...planning semua dah dibuat..ade planning semua berjalan dengan lancar..

hari ahad nanti ade 2 majlis yang berlaku serentak..siang majlis nad..malam mjlis untuk anak buah.cuba bayangkan, dua majlis..berapa banyak lauk nak buat, berapa banyak cenderahti nak buat..pergh memg letih..sebab tu kalau sabtu ahad nad balik rumah nad tak buka blog pun..sebab sibuk buat ni semua..tak dapat nak join segmen..tak dapat nak blogwalking korang..kalo on facebook pun on sekejap..pastu tido sebab mata dah ngantuk..kalo dekat rumah sewa lagi takyah cakapla..line lembap sangat...(penat berulang mesti korang jemu ayat ni kan..hohoho)...

untuk nad punyer barang sikit-sikit nad buat..dan alhamdulillah semuanyer hampir siap..hanya beberapa sahaja yang belum..In Shaa Allah, setel nanti mse hari ahad..agak2 mana yang tak sempat tu buat2 sempat jela..hahahha...oo penin2...ni pun tengah buat sikit2 barang and..malam nyer plak majlis cukur jambu anak buah..meriahla rumah ni..dan akan banyakla pinggan mangkuk kene dibasuh..hhahaa..sabo jela..Isnin nad dah amik cuti..cuti sebab nak kemas rumah..hahaa..takkan nak suruh mak buat sorang kan..tak sabar nak setel semuanyer...

penat sampai takleh kata apa-apa dah..nasib taip je..hehe..

I'M BACK

in , by Nadia Johari, 00:15:00
hai assalammualaikum

haaiii semua..i'm back (speaking konon)..wahhhh..misz my blog laa..ape dah jadi ni..banyaknya lalang..kene tebas bagi licin..takut banyak binatang yang bersarang jap lagi..wahh.ape citer korang sume..rindu nak baca korang punyer cerita..rindu nak mengomen kat korang punyer blog..kelembapan internet dan kesibukan diri ini membataskan untuk memblogwalking dan membuat entry...banyak dah tersimpan..tapi tak dapat dilepaskan lagi...rindu nak bertaip kat laptop..hahhaa..dah terkial-kial ni menaip...dah tunggang terbalik menaip..diri ni pun dah tak terurus..hahaha...

walaupun dah lama tak berblogwalking tapi nad takkan lupakan korang sume..blogger apit, blogger shida, blogger aina..blogger emas putih, blogger iwan, blogger lyeen, blogger innanie, bloger lisa, blogger mama maszul, blogger kak mia, blogger abang TA, blogger paly, blogger aku seorang kulikatif, blogger ibu berbicara, blogger yumida, blogger budak poyo, blogger ummi, blogger nadia, blogger deno, blogger niera.blogger bang hanif..blogger didiey..blogger najiha dan semua blogger2...rasa nak senaraikan semua je...rinduu wooo..nama nadia johari dah lama takde bertapak kat komen blog korang kan..hohohoho...nasib baik ade facebook..lehla nad tengok blogger2 post entry..tu pun tak dapat tengok lama sebab kat opis...=(..

takpe..pasni nad try...nad nak blogwalking semula..nak aktif mcm sebelum ni..weeee...wait ye korang semua..nad tengah bz untuk ari ahad ni..penting2..=)

rindu tak dengan budak yang suka warna biru ni...hehhee..

SIJIL DARI BLOGGER SABAH

in , , by Nadia Johari, 00:00:00
hai assalammualaikum


sebenarnya benda ni dah dapat sabtu lepas..tapi arini baru nak update entry..yela kalo hari minggu sekrang nad buzy menyiapkan beberapa persiapan...kadang kene jaga anak buah..hai bnda penting pun tak siap lagi..lagi 2 minggu tu..sabar jela..ape2 pun family is first...balik sabtu lepas mak cakap ada surat untuk nad..pergh dari sabah tu..hheee..nad dah tau dah sape..sebab aritu blogger ni  mintak alamat nad..hehehe...sory awak..lambat update..bukan nad yang nak..harap2 blogger ni tak marah..ehehee..nak tau pasal ape nad dapat..

tadaaa...top commentor untuk Februari..memang nad selalu baca entry Uzu ni..die selalu je update kat blog..sehari ntah berapa die update..bagus die..kalolah nad boleh jadi macam die..update banyak2..dan nad selalu gak komen kat tempat die..sekarang sedih..nak komen pun susah...dengan line kat rumah sewa yang meloading agak lama sampai nad nakk tertido..

nad takkan terlepas komen2 kat blog2 korang erk..malam ni nad terjah..tapi sebelum tu nad nak siapkan persiapan benda penting ni dulu..hehee...tata..

p/s:..terpikir nak wat page sendiri tuk blog..hohoho..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISOD 12

in , by Nadia Johari, 16:23:00
hai assalammualaikum

pergh lama bebenor nad tak ada dalam blog ni..sedih weii..nad dah lama tak tegur korang semua dalam blog..korang tau kan kenapa..mana yang tak tau nad bagitau sekali lagi..rumah sewa nad line die lembap..nad pun tak tau kenapa..nad sabar jela..nad boleh tunggu hari sabtu sebab nad balik rumah dekat meru ni..menunggu seminggu bukan lama..korang mest banyak update cerita..nad dah ketinggalan...tengokla malam ni nad usha habis2 blog korang..nad tak kira..arrghhhhhhhh.... (menjerit sekejap)..nad nak update entry pun haishh...takda semangat..ni nak update Fear Factor Selebriti Malaysia pun dah lambat..tapi takpela..nad buat gak..


hanya 4 kumpulan sahaja yang masih bertahan di Fear Factor Selebriti Malaysia separuh akhir..segala cabaran yang menyakitkan dan menguji kekuatan mental sudah mereka tempuhi..siapakah peserta separuh akhir itu..mereka adalah..Ajak dan Elfira, Hafizul dan Hafni..Dafi dan Zoey serta Dazrin dan Hairul..respect dengan Elfira yang masih bertahan sehingga separuh akhir...dialah salah seorang wanita yang masih bertahan dan tidak gentar dengan kumpulan-kumpulan jejaka yang lain...hehhee..

Terdapat tangki kecil, salah seorang ahli pasukan akan duduk dan dimasukkan kepala dalam helmet berbentuk kaca dan helmet itu akan dimasukkan air..dalam helmet itu disediakan corong untuk bernafas dan selepas itu akan dimasukkan sotong kurita yang besar di dalamnya bagi menganggu dan menggugat keberaniaan peserta. Peserta perlu membuka skru di sekeliling helmet (yang berwrna hitam)..pasukan yang terpantas membuka skru akan dikira sebagai pemenang...geli mak aihh sotong merayap dekat muka..melekat sedut2 kat muka..hehe

Peserta pertama yang melakukan aksi ni ialah hefny..pasukan kedua pula Elfira yang melakukan aksi ini..manakal peserta ketiga ialah Dafi..muka jambu dan peserta terakhir ialah Dazrin.pemenang bagi cabaran ini ialah kumpulan Hefny dan Hafizul..so mereka yang mencabut giliran sape yang akan melakukan aksi kedua..tetapi malangnyer nama mereka sendiri yang melakukan aksi pertama..hehe

cabaran kedua pula ialah setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam balang kaca..sorang ahli apsukan akan mengambil triplu berwrna hijau dan sorang ahli pasukan akan memasukkan triplus ke dalam balang yang disediakan...balang tersebut akan dimasukkan ais bagi menguji ketahanan mereka..mereka perlu mengambil kesemua triplus (hijau) itu dengan masa yang ditetapkan..dan selepas habis mereka perlu meanrik tali untuk menjatuhkan mereka ke dalam air..ini adalah cabaran pertama pada waktu malam..jikalau mereka tersilap sama ada tidak sempat mengambil triplus atau tidak mengambil kesemua triplus, itu akan mengugat mereka dalam Fear Factor..

dalam cabaran ini kumpulan Hairul dan Dazrin tidak dapat mengambil kesemua triplus kerana kesilapan dazrin yang tidak perasan satu triplus lagi..manakala group Ajak dan Elfira juga tidak dapat kesemua triplus kerana salah satu triplus telah masuk ke dalam air semasa Elfira hendak memasukkan ke dalam balang kaca..





siapakah yang tersingkir..siapakah pemenang dengan masa yang terpantas??..pemenangnyer ialah Dafi dan Zoey..abang jambu kita..hehe..mereka mendapat RM 10 ribu ringgit..tahniah..peserta ke Final ialah Zoey dan Dafi..Dazrin dan Hairul dan Hafizul dan Hefny..perserta tersingkir ialah Ajak dan Elfira kerana masa yang begitu panjang untuk menghabiskan aksi setelah dicampur dengan aksi pertaman.....namun.......................

TETAPI...rupernye2 tiada penyingkiran...perghh...suspended je...menangis kegembiraan la Elfira dan Ajak...tak terkata apa dah...tahniah buat mereka semua..


JANGAN LUPA SAKSIKAN EPISOD AKHIR FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA MALAM NI..SIAPAKH PEMENANG..




hai assalammualaikum

walaweh dah lama x jenguk blog (ini ayat semua poyo)..hahaha..haii korang sume..lama dah nad tak blogwalking kan..line internet yang menghalang nad nak blogwalking dan buat entry..yang ada pun autopublish..okla kan..ni pun dapat on9 kat opis..keje sabtu..sob..sob..tapi nasih halfday je..hehe..ni nad nak join GA yang dibuat Mak Dara..sape tak kenal..sepak nak..huhhu..nad dah ditag oleh Apit..sapa tak kenal apit..belasah nak..hehe..sape yang tak kenal lagi pegila terjah blog diaorng erk..ok stop membebel..jom join segmen ni..tempek banner..nak join lik banner..




58 buah hadiah hadiah hebat sedang menanti untuk dimenangi!!! Semua hadiah tersebut adalah ikhlas dan tajaan daripada 30 penaja dan juga teman bloggers Mak Dara...kau tengok ramai sponsor die..jom la join

mangsa terhormat:



GAYA MEREKA SAMA

in , , by Nadia Johari, 21:30:00
hai assalammualaikum..

wah molly dah ade gengla..hahha..terbaikla...style dah sama..warna mereka je lain..hehehe...jom nak tengok apa yang sama..

ni molly..kalau dekat lantai die akan tido gaya macam ini...gaya kaki melunjur..haha..mayb nak sedapkan badan atau nak sejukkan badan...lena je dia tido macam..

yang ni pulak kika..hehehe...kucing blogger YUI...yui ada upload dekat facebook..so nad perhati kucing die tido..haha..memang sama macam molly tido..motif tak tau la..hanya kucing je yang tau..hehehe...

nad bukan curi erk gmbar kucing yui..nad mintak izin lagi..hehehe..disebabkan nak buat entry ni..hehe..ok..byee..


GAYA SI MOLLY TIDUR

in , , by Nadia Johari, 19:30:00
hai assalammualaikum

kesian molly..kene kurung dalam sangkar..sebab takut dia hilang dan merayau..yela dulu ada nad lehla die bermanja..mana nad pegi die ikut..nad panggil je die datang..kalau die berak merata nad akan cuci..tapi sejak nad duduk rumah sewa..molly kene kurung..sebab takut die merayau dan tak berak merata..haritu sebelum dikurung mak cakap die demam..pastu kaki die terhencut-hencut jalan..mak cakap mayb kene langgar..nad dah risau..sedih pun ada..masa tu nad kat rumah sewa..rasa nak balik je terus..pastu mak kurung dia..alhamdulillah..molly semakin baik..lega sikit..

setiap hari sabtu tempat keje nad ganti-ganti keje..so kalau tak keje sabtu..jumaat tu dah habis kerja terus balik rumah..firstly mestila rindukan masakan mak..hehe..then rindukan anak buah..dan ofkos rindukan si molly..nad balik rumah je terus buka sangkar dan panggil die..sukanyer bila die cam suara tuannyer ni lagi..yela suara comel kan..hehe..molly datang dan mengingau manja..molly takdapat main lagi sebab kakinya masih sakit..soknya sabtu nad mandikan molly..yela orang lain malas buat..nad je rajin mandikan die..pas mandi urut kaki dia..kesian dia..pas makan je..datang dekat nad dan bermanja

tengokla tu..datang-datang je terus landing...masa ni kaki dia masih sakit lagi..tu pasal nak bermanja dengan tunannyer..hehe..nad suka tengok molly ni..yela kalau dah manja..comel je..kalau nak main..suka main kejar0kejar..hehee..sampai anak buah pun suka main dengan molly...tapi tula time nad balik je molly boleh keluar dari sangkar...lena je molly tido..hangat sangat kot

hah yang ni cara molly tido..mula-mula nak tido mesti selit-selit kat mana-mana..tutup muka die..macam manusia tido tutip muka dengan bantal.molly plak tutup muka dengan menyelit..lepas tu tangan die tergerak-gerak macam anak kucing nak minum susu..hahhaa...biarkan jela..mse ni tuannyer tengah blogwalking...hahaha..

ni gaya molly dah tido nyenyak..hahahha...style die macam-macam...ke tengah mimpi ni..hehee..nad kene duduk diam..sebab kalau gerak nant molly terbangun..kesian plak..masa die tido kene usap..bulu die lembut..sebab tu and suka die..nad suka kucing nad yang lain gak..semua nad bagi kasih sayang sama rata..wah dah macam anak-anak nad plak kan...

rindu dengan die..nak tengok molly main-main macam dulu..nak tengok molly cergas macam dulu...setiap hari tak sabar nak balik rumah..alhamdulillah..sekarang molly semakin sihat..harap-harap dia sihat selalu..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISOD 11

in , by Nadia Johari, 18:00:00
hai assalamualaikum..

Fear Factor Selebriti Malaysia  dari Cape town Afrika Selatan..setiap hari sabtu jam 9 malam..yang dihoskan oleh Aaron Aziz..nad takkan ketinggalan tengok cerita ni..kalo terlepas tengok ulangan die..hahaha..Fear factor Selebriti Malaysia telah sampai kemuncaknya..bermula dengan 15 pasukan, 9 pasukan telah tersingkir dan 6 kumpulan masih bertahan, mereka semakin gerun dengan cabaran yang semakin sukar, persaingan semakin sengit, namun mereka berjuang demi merebut wang tunai RM200 ribu ringgit...setiap kumpulan masing-masing mula berusaha dan membuat bersungguh-sungguh...Fear Factor untuk episod kali ini terdapat dua penyingkiran...

cabaran pertama, salah seorang ahli pasukan perlu berada di dalam meriam gergasi sebagai "peluru" dan rakan sepasukan perlu berlari mendapatkan kunci yang tergantung dan mencari kunci yang betul untuk membuka kotak hitam bagi menekan butan merah bagi menggerakkan kerusi yang diduki rakan sepasukan dalam meriam itu..rakan sepasukan yang berada di dalam meriam itu akan terpelanting ke dalam air..kemudian berenang ke boyan dan mengambil kunci..selepas itu lonceng dibunyikan bagi menamatkan masa...

peserta pertama yang tersingkir ialah kumpulan Arja dan Alam..disebabkan Arja telah tersilap amik..sepatutnya cabaran ini perlu mengambil kunci di boyan kuning..tetapi Arja telah mengambil boyang kuning tersebut dan dia tidak sedar..aksi ini Arja di dalam meriam dan Alam menekan butang..disebabkan Alam tidak reti berenang..namun mereka tersingkir juga..waa sedih..tapi takpe..usaha mereka dah sampai episod 11..


 seorang ahli pasukan pula perlu mengeluarkan kunci yang berada di dalam balang melengkung dengan memasukan cecair campuran bermacam2 jenis makanan sehingga kunci itu naik ke atas..kemudian ambil kunci tersebut dan membuka kunci gergaji yang dikunci..kemudian gergaji palang yang berada di atas balang kaca untuk menyelamatkan rakan apsukan anda.

cabaran kedua pula..seorang ahli pasukan yang tidak berada dalam meriam semasa aksi pertama perlu masuk ke dalam balang kaca yang berisi air..ooppss bukan air sahaja tapi dimasukkan dengan katak..oongg gedek2..hehehe..bukan hanya satu katak..tapi banyak jenis katak...ade yang besar punya..hohoho..geli mak kauu..bertahan la selama yang mungkin sehingga rakan pasukan menyelamatkannya..

geli2..bila ade katak main-main kat kaki..bunyi ong gedek2 kat telinga..time ni kesian dekat Elfira..die terpaksa masuk di dalam balang kaca..menangis-nangis die..hehe..salute sebab die seorang wanita yang tinggal di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia..dan kerana itu pasukan Elfira dan Ajak telah memenangi wang tunai sebanyak RM 10 ribu ringgit..TAHNIAH...

untuk peserta kedua pula yang tersingkir ialah Faris dan Akim..kerana masa mereka yang paling lama..well done u alls...sekurang-kurangnyer mereka telah melalui pelbagai aksi yang mencabar..pengalaman itu penting..weee..

tak sabar nak tengok yang alst punyer..siapala yang bakal merebut wang tunai RM 20 ribu ringgit





© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2