SUP TULANG DAGING KORBAN HASIL TANGAN MAK

in , by Nadia Johari, 14:35:00
hai assalammualaikum

Bila Hari Raya Korban telah tiba , benda yang ditunggu ialah menyembelih lembu, itu bagi pihak lelaki manakala bagi pihak perempuan menunggu untuk dimasak..Pada aku pula, daging korban ditunggu untuk masuk ke dalam perut ku.,.hahaa..orang kuat makan memang macam ni..Sesetengah perempuan memang ada yang tak suka daging lembu, macam adik aku ler..rugi..rugi..Aku pulak tersangatla suka, lagi-lagi kalau mak nad yang buat. Mak buat memang marbelous dan mengikut citarasa..nyum..nyum..Nad paling suka daging tu dibuat sup..ooppss bukan daging sahaja, termasuk tulang-tulangnyer sekali. Nad suka makan mcam tu je tanpa nasi. Sekali hirup..sedapnyer..sekali ratah..marbelous..berkali-kali hirup dan ratah...memang tak ingat dunia..hahahaa

hahaha..yang ni nad dah ratah separuh..baru teringat nak amik gambar..wakakka..takpela..dapat tengok separuh pun ok..Mum you are the special one..Thanks masakkan sup tulang ni..

MY JAGUAR SMASH REVO BLUE

in , by Nadia Johari, 12:19:00
hai assalammualaikum

satu-satu impian nad dah tercapai..orang cakap bersabar itu separuh daripada iman. Alhamdulillah berkat kesabaran nad, akhirnya dapat gak benda ni..mula-mula dapat beli smartphone dan sekarang dapat benda ni..hehe..kebanyakan perempuan tidak akan memilih benda ni, tapi bagi nad benda ni paling bagus dan berguna kepada nad, sebab ape? Sebab pertama mudah dibawa, mudah menyelit dan cepat sampai..tapi ade keburukannya apabila hujan atau yang ini. hehee..dah boleh agak ape bnda tu..jeng jeng jeng..



inilah dia..motor kesayangan nad. Akhirnya dapat jugak nad memiliki motor sendiri. dan paling penting warnanyer semestinya BIRU. Nad beli moto ni pun sebab member dah ada kereta sendiri, so nad segan nak tumpang dia je. Jadi nad decide nak beli moto sebijik, lagipun itu termsuk dalam list impian nad. Pada mulanya nad nak beli seconhand je..tapi tengok keadaan pergi ke temat kerja dengan jalan yang sangat mencabar, better beli yang baru terus. Motor ni  berharga lingkungan RM 4000. Motor ni versi tiada electrict starter, so kene gune kaki la kalau nak start..hehe. Pertama sekali, kick starter, memang lembut betul. Langsung tak jadi masalah kepada golongan wanita untuk guna kick starter.


Motor ni sangat bagus sebab dia ringan sesuai dengan nad yang kecil ni. Pemanduan sangat lancar dan laju walaupun nad hanya press dengan sedikit sahaja. Bawah seat dia ade ruangan kosong untuk menyimpan barang. Memang amat sesuai untuk wanita bagi menyimpan barang-barangnya seperti beg tangan di dalam ruangan itu untuk mengelakkan kecurian.Untuk lebih maklumat boleh pergi ke LAMAN WEB INI..Perempuan bab-bab motor ni mana tau sangat. Tau guna je..hhohoho. walaupun tak dapat macam ini yang ada ni pun sudah memadai.alhamdulillah..



EVENT CHURPOUT 2013

in , , by Nadia Johari, 23:32:00
hai assalammulaikum


Pernah dengar churpchurp..semua blogger mesti la tau apa itu churpchurp. Churpchurp ni adalah sebuah media pengiklanan yang digunakan atas platform social networking. Hanya dua jenis laman sosial yang digunakan iaitu facebook dan twitter. Churpchurp merupakan anak syarikat kepada nuffnang. Konsep churpchurp dengan nuffnang lebih kurang sama je, tapi apa yang membezakannya ialah churpchurp tak mengeluarkan iklan seperti di dalam blog. Ahad lepas churp-churp ada mengadakan event dia di Setia City Mall di Setia Alam. Memandangkan Setia Mall berdekatan dengan rumah nad, nad pun bercadang nak pergi melihat event tu. Nad pergi dalam pukul 4 petang sebab pagi tu nad kerja dari pukul 10 pagi- 2 petang dekat petaling. 


Nad pergi bersama kawan baik nad Ani. Memandangkan dia free, nad ajak la dia. Dia bawak tunang dia sekali. Churpout 2013 ni merupakan open event. Jadi sesiapa pun boleh datang, dari budak kecik sampaila ke dewasa. Sebelum tu korang kene daftar dulu untuk mendapatkan goodie bag. Kalau rasa taknak beratur boleh register dengan on9 kalau belum lagi bolehla register dekat booth yang disediakan. Nad dah register goodie bag dia biasa-biasa je..ingat awesome sangat..perkara tak bestnyer dia sediakan beg untuk goodie bag tu. so korang kenela pegang. Untung nad bawak beg besar. Leh sumbat dalam beg..hahha..


Pelbagai aktiviti yang dijalankan di event tu. dalam pukul 4.30 tiba-tiba hujan turun. Nasib ada shoping Mall boleh lepak kat dalam dulu sementara hujan berhenti. Masa tu nad dah tau Blogger Ayu datang event ni. So wechat dengan dia then kitaorang jumpa. Masa tu Farid Laham jejaka pinky Utusan Malaysia pun ada, wah bersama retis..hahaha..Blogger Nizam Ijam pun ade. Lepak sambil berborak dekat Starbucks. Nad dengan ayu ada jodoh kot, sebelum ni pergi ice skating dua-dua biru, sekrang dua-dua kuning..kalau kali ketiga sama gak mesti kuat sahabat tu..hahhaa


Bila hujan dah berhenti nad dengan member pergi berjalan ke event tu. First thing ternampak booth makanan korean. Kat gerai tu dia jual ayam. Ayam korean tu dijual dengan harga RM10. Boleh beli 6 ketul yang sama jenis atau Combo ( campur2)..Nad beli yang combo ( 3 biasa + 3 pedas )..walaupun kecik tapi sedap..hehe..sempat bergambar dengan artis korean lagi..hahaha..Walaupun Nad kurang minat korean..hahaa..


Pergi ke booth mameechef pulak. Ada game kat situ. Game cari benda sama..hahha..giler senang..apa lagi join ler..having fun with this event..


Pelbagai gerai yang dibuka, gerai makanan, gerai pakaian dan game yang disediakan. kat Tengah-tengah padang pun ade persembahan.


Masa ni memang tak sangka boleh terserempak dengan retis Hanis Zalikha..auww..apa lai amik gambar la..Dia ade buka booth collagen.. Dapat bergambar je, kalau dapat free produk dia ok gak..hahhaa..Hanis memang cantik, dahla putih, gebu, tinggi plak tu..fuhfuh..kalau nad pakai kasut tinggi pun tak mampu melawan ketinggian dia.


Permainan istimewa dekat sini ialah Churpbungee..err nad nak naik ..kene pikir banyak kali tu..haha..mau taknyer ditarik pastu melayang..ade tu sampai berpusing..Blogger Ayu dapat naik dah..die memang suka yang adventure2 ni..masa ni yuyu zulaikha pun nak naik tapi tak boleh sebab berat dia tak sampai. Masa ni nad tak dapat jumpa Yuyu Zulaikha, nad dengar nama die diumumkan je..hehe..Ayu yang dapat jumpa yuyu..tengok gambar dia ler..

Dah selesai jalan, time to go back. Sebelum tu anta Ayu dulu ke klang. Kesian dia pergi sorang-sorang. Tapi nad respect dia, dia boleh survive sendiri dengan transport awam. Kalau nad..haishh tak tau la..hehe..

BLOGGER GIRLS BER ICE SKATING DI SUNWAY

in , by Nadia Johari, 02:24:00
hai assalammualaikum

Bukan senang nak jumpa rakan bloggers lain, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing, nad pula jarang join event blogger disebabkan time event blogger tidak sama dengan time nad dengan nad yang bekerja makan gaji. Memang susahla nak ambil cuti melainkan waktu tu memang nak sangat jumpa mereka sebab dah lama tak jumpa dan hari minggu yang takda apa-apa nak buat bolehla nad join bersama rakan blogger. Hari ahad lepas nad dengan tiga rakan blogger ni dah rancang nak pergi Sunway Piramid. Rancang ajak ramai blogger lagi tapi yang on tiga orang je. Siapakah tiga orang blogger tu??

 nah inila blogger-blogger tu. Blogger Ayu, Blogger Tya Cinonet dan Blogger Aina. Diaorang datang bertiga naik ktm, nad plak biasalah dengan encik driver a.k.a jejaka mafia. Bukan nad taknak naik tranport awam ni, nak pergi ke bus stop pun kene ade orang antar, tapi takda sape nak antarkan nad. Lagi satu nad dah lama tak naik ktm. Takut ke tempat lain plak nanti..hahha..for safety ajakla sorang jejaka ni, sekurang-kurangnya boleh tolong amikkan gambar kitaorang ni.

Aktiviti apa yang akan kitaorang buat dekat Sunway selain bershoping dan menonton wayang...hahaa..mestilah semua orang tau..satu-satunya tempat untuk mereka yang ingin bermain ice skating. Setau nad dekat Sunway je ade kot, ade tempat lain ke erk..Kadang-kadang singgah sini tak pernah main sebab takut tapi bila ada member ni senangla sikit, pastikan ada member yang reti main kalau tak memang dindingla korang akan cari..hahahhatengok ramainya orang..hari ahad kot.

 Inilah budak pertama kali nak main ice skating..first time ok..perasaan tu macam-macam ada..pikir boleh ke aku jalan dekat tempat licin ni, jatuh ke tak, kuat ke aku pegang dinding tu..hohoho..tapi pada masa yang sama gak enjoy..sekurang-kurangnya dapat main gak. Ok first sekali sebelum masuk kenala pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Harga kat sini berlainan mengikut orang biasa dan ahli kelab. Harga juga berbeza mengikut Hari Biasa, Hari Minggu, Cuti Sekolah dan Cuti Awam. Harga masa nad pergi RM 22. Perkara wajib untuk bermain perlu ada sarung tangan dan stokin. Nad tak tau semua tu yela first time, so kene la beli. Kalau nak jimat korang belila kat luar sarung tangan dan stokin yang murah sebab kat sini penambahan RM 8 untuk sarung tangan dan stokin RM 5..tengok mahal kan. Selepas tu dia akan bagi satu tiket lekat dekat lengan. Dengan tiket tu la korang boleh masuk dalam. Kepada yang taknak bermain korang boleh masuk gak dengan bayaran RM 4. Kesian jejaka mafia tak masuk, tak tau ade pas untuk yang taknak bermain. Tapi okla dia amik gambar dari luar..hehe..Nak tau lebih lanjut boleh pergi ke http://www.sunwaypyramidice.com/publicSkating.asp


AYU JEAN
Ececeh..tengok gaya macam pro..haha..yang pro sebelah tu. yang tudung biru tu bolehla..hahahha..nak jugak..Ayu cakap dia pertama kali bermain ice sakting..hahhaa..okla nad percaya. Tapi tengok dia main ice skating macam dah selalu main. Rahsianya ialah dia pro dalam permainan roller blade. Ala yan kasut roda di darat tu..hhhaah..okla kan..walaupun kasut berbeza tapi dia mampu lakukan juga. Dia la tolong nad pimpin masa main ice skating..haaha..

ATHIRAH (TYA CINONET)
Jangan pandang badan dia kecik, cinonet dia tak boleh buat apa dia suka..Halloo..this is Tya ok..badan comel hati garang tau..hahhaha...Nad jeles dengan Tya, dia pun reti main..sungguh..syok je tengok die berjalan dengan seimbangkan badan die. Tapi kesian dia, jatuh jugak sebab ade orang tolak dia..jahat itu orang kesian adik Tya, bengkak kepalanya..Adik Tya tolong pimpin nad gak..haha..biasalah nad baru belajar, macam mak ajar anak baru bertatih jalan..hahaa..

Bila Ayu dengan Tya bawak nad ke tengah dan lepaskan nad, nad tak boleh gerak, susah nak fokus kat kasut, nak fokus untuk seimbangkan badan. Bila diaorang lepas Nad mesti mengundur..haahhhaa..korang hado0..Biasalah pada yang tak reti bermain semestinyer dinding yang akan dicari untuk pegang. Masa nak pegang dinding nad dah tak hirau orang kat luar yang tengok kitaorang main. Nad tak sedar, tapi masa tu ade orang lelaki menggatal then Ayu tarik nad dia cakap kat laki tu " hoii jangan menggatal la"..nad terkejut..pastu adik Tya sound laki tu " hoi dia tunang orang la..takyah nak menggatal "..jangan main2 dengan diaorang..diaorang la sahabat nad walaupun jarang jumpa.

AINA ROSEBERRY
 Aina si tinggi, semua orang tau kan..Diala plan nak main ice skating. Tengok gaya dia macam pro, orang paling tak sabar masuk diala..hahhaa..sekali masuk, sama gak pegang dinding macam nad..hahhaha..kene pimpin dengan Ayu dan Tya. Sekurang-kurangnyer die pegang dinding pun dia leh jalan cepat, yang nad terkedek-kedek macam itik..haha..

Dah penat main mestilah lapar. Menu Mcd menjadi pilihan..Nad tak kisah pun yang penting makan..lapor seh..habis semua satu badan lenguh main ice skating ni..boleh tahan effectnyer...haha..dah jadi macam orang tua.

MR KEREX
Terima kasih kepada jejaka mafia sebab sudi temankan tunangmu ini walaupun awak sorang je lelaki..hoho..Terima kasih sebab amik video kami tengah berice skating (waiting you video)..macam mana la nad agaknyer dalam video tu. Sadis..

Untuk lebih info berkenaan ice skating di sunway boleh layari http://www.sunwaypyramidice.com/#












U MOBILE PILIHAN TERBAIK

in , by Nadia Johari, 21:01:00
hai assalammualaikum


Sebelum nad beli smartphone nad terpikir nak pakai nombor apa untuk telefon smartphone tu nanti. Mula-mula nad nak pakai maxis sebab semua keluarga nad pakai maxis, tapi kalau untuk internet mesti mahal kan.Jadi kawan nad mengesyorkan nad dengan nombor U Mobile, dengan data plan yang sangat murah. Menjimatkan dan line dia pun sangat bagus. Jadi nad pun tak berpikir panjang, nad terus pergi kedai telefon dan beli simcard U Mobile. Nad beli pada harga RM18 dan dapat topup RM25 free..RM25 tu..mencukupi tak. So far nad guna memang sangat ok. 

Kenapa nad memilih U Mobile


1) U Mobile memberikan SMS dan panggilan percuma untuk mana-mana nombor U Mobile yang lain. Bila nad guna U Mobile ni memang menjimatkan dan memang boleh tahan selama sebulan. Takdela membazir asyik topup je kan.





2) Selain itu U Mobile menampilkan  promosi internet pra bayar menawarkan Unlimited Mobile Internet mampu milik pada harga serendah RM18 – RM28 sebulan untuk Bolehberhubung secara online dari peranti mudah alih dengan rakan-rakan juga ahli keluarga. Dapatkan kad sim U Mobile terlebih dahulu, masukkannya ke telefon pintar kemudian aktifkan Unlimited Mobile Internet. Setakat ni nad guna internet Unlimited 18. Walaupun hanya 250MB, tapi nad guna memang laju dan tahan sampai sebulan. Kadang-kadang dah sebulan pun still boleh gune lagi dalam 2-3 hari.amzing kan.



Jangan teragak-agak untuk menggunakan U Mobile..Langganla sekarang.








hai assalammualaikum


Pada hari selasa iaitu pada hari esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban demi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Perkara-perkara yang perlu diamalkan semasa menyambut Aidiladha ialah:-

Takbir
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh. 


Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

Ibadah Korban
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing. Selepas itu daging bolehlah dibahagi-bahagikan kepada orang-orang kampung. 


Di sini nad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. Ampun silap dan salah..

MY SONY XPERIA J (ST26i)

in , , by Nadia Johari, 00:49:00
hai assalammualaikum

dah dekat setahun rasanya nad tak pakai samrtphone selepas sony ericson K80i nad dah rosak..bukan telefonnya yang rosak tapi baterinya cepat je habis..pastu nad beli bateri lain.bateri murah..ermm lagila cepat habis sebab tak tahan lama. Lagi-lagi nad jenis suka bergambar, suka telefon dan sms..masa tu la..hahhaa..hidup orang yang sedang mencari jejaka pilihan..kihkihkih.


Pastu dah tak tahan, nad pun beralik kepada nokia. nokia cikai-cikai je..almaklumla masa tu student lagi, tak cukup duit nak beli telefon canggih, bagi nad masa student paling penting buku, so banyak duit nak guna untuk beli buku (poyo je kan ayat..hahha)..Nad guna Nokia 1280..korang mesti akan ada salah satu telefon ni kan..istimewanya telefon nokia cikai ni bateri tahan lama dan kalau jatuh pun dia takde rosak sangat melainkan korang hempas kuat-kuat memang hancurla..dan paling tak bestnya telefon nokia ni tak boleh amik gambar.


Selepas kerja, nad mula cemburu dengan kawan lain yang ada smartphone.. yela diaorang boleh wechat, whatssup, bergambar dan macam-macam lagi. Temapt kerja nad pulak sudah mengunakan whatssup sebagai hubungan perantaraan antara pekerja. Yela dengan whatssup semuanya free, tapi memerlukan internet..korang nak cakap apa, sebanyak mana pun pun boleh..sebaba FREE..Keinginan membuak-buak untuk membeli smartphone, lagi-lagi bos asyik" tanya je nadia bila mau beli telefon baru, bila mau ada whatssup"..aiyooo..

Gaji ke 7 nad baru mampu beli smartphone..hahaa..nad gunakan rebat RM200 yang kerajaan bagi tu..so inggal tambah beberapa je untuk telefon ni..kesiankan nad baru guna rebat tu..hahaa..nad mula-mula penin nak beli telefon apa, then abang ipar cadang beli sony, mula-mula nad taknak sebab pengalaman bateri cepat habis apabila menggunakan sony. Nad pula nak yang kamera gambarnya cantik, abang ipar cakap sony. Dia cakap sony ni dapat harga murah. Ok nad tiada pilihan, nad pilihla sony. Nak tau sony apa?.. SONY XPERIA J..penah dengar ke tak..haha..dapat je telefon tu memang excited, download whatssup, wechat dan seangkatan dengannya.

 Kelebihan Sony Experia J ST26i
  1. Jaringan 3G HSDPA yang menawarkan akses internet cepat, namun jika pengguna tidak berada di area 3G tetap bisa tersambung ke internet melalui GPRS dan EDGE
  2. Ukuran fisik yang cukup ringkas yaitu 124.3 x 61.2 x 9.2 mm sehingga tidak memakan banyak ruang.
  3. Layar yang cukup lebar iaitu 4 inci
  4. Resolusi layar yang cukupan iaitu 480 x 850 piksel dengan kerapatan piksel 245 ppi
  5. Layar dilapisi dengan corning gorilla glass sehingga dapat memberikan perlindungan dari goresan yang tidak diinginkan
  6. Layar dilengkapi teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine
  7. Adanya slot penyimpanan eksternal jenis microSD untuk menambah kapasitas penyimpanan hingga 32 GB
  8. Adanya wifi hotspot
  9. Kamera depan yang cukupan dengan kekuatan 5 mp, dengan resolusi maksimum 2599 x 1944 piksel, dilengkapi dengan fitur autofokus, lampu flash led, Geo-tagging, touch focus, image stabilization
  10. Adanya kamera depan, namuan hanya jenis VGA
  11. Menggunakan sistem operasi yang cukup modern iaitu android ICS ice cream sandwich, bisa diupggrade ke android jelly Bean
  12. Adanya radio
  13. Adanya Fitur GPS mendukung A-GPS, yang bisa membantu pengguna dalam mengetahui titik lokasinya




hai assalammualaikum

nad tau semua orang pasti inginkan sesuatu kejutan yang boleh membuatkan hati mereka menangis, terharu dan menjadikan sesuatu kejutan tu sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan tidak kira sama ada kejutan untuk meminang si dia, atau kejutan semasa harijadinya. Jika seseorang itu ingin membuat sesuatu kejutan, orang itu perlulah pandai berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun kadangkala kejutan tidak terjadi disebabkan ada yang terlepas cakap atau tidak pandai menyembunyikannya. Hah benda ni la yang terjadi dekat nad semasa birthday nad dan bila nad inginkan kejutan tapi tak dapat-dapat..sob..sob..ni plak terjadi dekat dalam keluarga nad..hahaa..



minggu lepas merupakan birthday kakak ipar nad..pada 7 october. Demi bro tersayang yang dah buat perancangan sebaik mungkin kitaorang adik-beradik turutkan. Perancangan abang nad die bawak family dia keluar makan, then balik rumah kitaorang satu family buat kejutan dekat isteri dia. Disebabkan masa tu kitaorang asyik sms dan call abang je..isteri dia dah mula syak dah..hahhaa..tapi kitaorang yang dekat rumah ni setia menunggu kepulangan mereka..kitaorang plak yang excited nak sambut..hahhaa..setiap kali dengar kereta je siap-siap depan pintu tapi asyik tersalah je bukan kereta abang.. tapi kali ni betul kereta abang..kitaorang standby tapi birthday girl tak masuk-masuk..pelik plak setau kitaorang kak lina la paling awal masuk rumah..haishh..takpela tengok jele video ni..abaikan suara bising tu..



dan harini 12 october merupakan birthday abang aku..see suami isteri sama bulan..dan malam ni kitaorang buat barbeque..yang ni nad tak tau sapa punyer plan. nad balik je dengar-dengar diaorang nak buat berbeque. Tukang makan nad la..hahaha..dan malam ni akak ipar pulak cuba nak buat kejutan..tapi tak jadi jugak sebab abang dah syak..pelik malam-malam isterinya cakap nak bersenam..wakakkaa..padahal nak amik kek dekat rumah cousin ni..








hai assalammualaikum


Air Terjun Kalumpang

Hari ahad semalam nad dengan budak-budak office pergi bermandi manda di air terjun. Hari untuk merehatkan minda, otak dan jiwa. (nampak sangat stressnyer disitu). Kitaorang rancang seminggu sebelum nak pergi lagi, yela kalau nak pergi beramai-ramai ni kene plan awal, biar semuanyer berjalan dengan lancar.
 
Memang dah lama tak pergi mandi air terjun dan tempat yang dicadangkan nad tak pernah pergi lagi. Hari kitaorang keluar adalah hari ladies out. haha..semuanyer perempuan ok, tiada lelaki. 
 
Mana nad pergi ahad semalam..hah!! Pernah dengar Air Terjun Kalumpang?  Dekat situla kitaorang semua berkelah. Air terjun Kalumpang ni terletak di Kuala Kubu Bharu Kampung Pasir Putih, Hulu Selangor.Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai ke sini (macam aku ), nak masuk ke kawasan air terjun ni perlu melalui kawasan perkampungan Kg Pasir Putih, Kalumpang dan kawasan dusun yang luas. 
 


Perancangan awal yang kitaorang buat ialah berapa orang yang pergi dan nak bawak apa. Kitaorang berkumpul dekat petron Bukit Rajah. Pastu pergi naik satu kereta sahaja, kereta Alza ok..nasib baik besar kalau tak berhimpitla..hahaha.
 
Pastu kitaorang bahagi-bahagikan makanan pulak..bab-bab makanan kitaorang memang laju..dan menu untuk hari berkenaan ialah nasi putih, lauk sayur dan lauk nasi lemak, mihun, ayam goreng dan sosej. Nad bawak ayam goreng dengan sosej, senang dan mudah..laku plak tu..habis..hahaha..


Sampai je tempatnya, masing-masing dah bersila, apa lagi makan time. Lapar sangat masing-masing tak sarapan lagi..hahhaa.
 
Mulala melantak...Di Kalumpang ni terdapat kawasan yang berbayar dan tidak berbayar..kawasan yang nad santai ni free je..so hanya boleh mandi manda je..hehe..



Seronok dapat berkelah sambil menghirup udara nyaman dengan deruan bunyi air terjun. Selepas makan dan kenyang mestilah berendam di dalam air. hahh segarnyaa..Tenang dari segala masalah. Dalam fikiran hanya keseronokan..ketenangan, kedamaian.. 
 
Seperti tempat lain, tempat ni juga ada menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti tandas, surau, wakaf dan tapak perkhemahan. Nad perasan tempat ni mempunyai tempat training khas iaitu Kalumpang Resort & Training Centre untuk mereka yang ingin bercamping dan ade juga flying fox  tapi kene bayarla. Korang juga boleh menyewa Chalet bagi yang hendak bermalam di situ. Terdapat 45 unit chalet  di situ.



KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

Head Office:
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang 
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Tel      :  (+603) 6049 1969
Fax     :  (+603) 6049 1087
Website : http://www.kalumpangresort.com.my/



hai assalammualaikum


nad ada cerita kan sebelum ni berkenaan  taman di dalam shoping mall.. sekarang nad nak cerita berkenaan makanan pulak di Food Republic One Utama..tempat ni sama macam foodcourt la..so kalau nak cari makanan berupa nasi atau pelbagai bolehla pergi ke Food Republic. terdapat pelbagai gerai yang dibuka di situ..ada Farmhouse Chicken Rice, Serimuka (Makanan melayu), Rama 9 (Makanan Thailand), Shokuji (Japanese bento set), Hot Plate (Fusion and local food on sizzling hot plate), Western Cuisine Express dan Teppanyaki Express dan macam-macam lagi.Pilihan jejaka mafia ialah makanan Pepper Lunch Express. Masa ni nad tak makan sebab dah kenyang. Jejaka mafia pernah makan dua kali di gerai Pepper Lunch Express ni. Dia cakap sedap.


Pepper Lunch express merupakan antara restoran makanan Jepun yang mempunyai rangkaian terbesar lebih 250 cawangan / outlets di seluruh Asia Pasifik. Meliputi negara seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan dan China. Pepper Lunch memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dicuba. Rahsia kelazatan Pepper Lunch ini ialah terletak pada penggunaan plat panas / iron plate yang direka khas dan dipatenkan.Keadaan plat panas / iron plate ini juga memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap hidangan yang ingin disediakan bergantung bagaimana cara masakan yang anda kehendaki. Menu yang jejaka mafia pilih ialah Sizzling Curry Rice with hamburger. Panjang giler nama die..


Terdapat pelbagai menu di Pepper Lunch Express dan menu terpilih adalah Sizzling Curry with hamburger. Dalam bekas ni ada nasi diletak pepper, telur dan hamburger..bekasnya sama macam makan sizzling yee mee. Masih mengelegak dalam bekas, macam tu gak dengan bekas di atas. Jadi masa korang makan masih hot2 lagi..sedapla kan


Kenapa disebut cuury rice? Sebab dia ada kuah kari yang diletak di bekas lain. Curry ni sebagai kuah kepada makanan. Tak sedapla makan tanpa kuah kan. Tengokla tu melelh curry dia. Nyum-nyum.


Menu ni juga ada disertakan sup. Sup ni sebagai sampingan sahaja. Sama ada korang nak bubuh atau tidak ke dalam makanan atau korang nak hirup je pun boleh. Harga untuk satu makanan RM 12++


ok kalau korang nak cuba rasa Pepper Lunch Express ni hanya ada di Pavillion Kuala Lumpur, Sunway Piramid.Midvalley Megamall, One Utama dan Suria Klcc

Alamat One Utama Outlet
Food Republic second floor
One Utama shopping Centre

Working hours : 10 am-10 pm






© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2