HISAP PUTING KOSONG SEBAGAI SYARAT JE

in , by Nadia Johari, 12:23:00
hai assalammualaikum

Hisap Puting Sebagai Syarat je - Masa mengandung dah fikir dah takmau bagi anak hisap puting..sebab takut gigi jongang..hahaha..sebab anak buah den gigi jongang dah..lepas je keluar baby fariza sanggup ngempeng kan dia. Ngempeng tu apa??.. hahaha..ngempeng tu dia hisap puting breast ibu tak sedut susu pun. Sampai breast mommy terluka.



Tapi tak lama, sebab mommy pun dah penat duk pegang dia je, dengan hasutan mak suruh beli puting..hahhaa..dengar la..lepas tu pergi beli puting kosong yang jenis lembut. Baby ni tau, kalau keras dia tak mau..lembut macam puting breast mommy je dia nak. Jadi belila puting bentuk macam ni dekat littlewiz.com dekat setia alam.


Masa mula-mula beli, cubala bagi fariza puting kosong ni, dia susah nak hisap...pastu mr mafia cakap, bagi puting tu lepas dia kenyang. Okla kita pun dengar..Alhamdulillah..aikit-sikit dia dah pandai hisap.Apa nad buat, nad bagi hisap puting kosong masa dia nak tidur je. Sebab masa nak tidur fariza ni suka ngempeng..jadi alternatifnya bagila puting kosong ni.


Fariza ni bijak, sebab apa??. Dia macam tau mommynya tak suka, jadi masa tidur selepas beberapa saat dia tanggalkan puting tu sendiri..huhuhu..okla kan..tak lama.

Takde masalah pun nak hisap puting kosong ni. Fungsi bagi puting kosong ni sebab nak bagi bayi diam sebab " sucking reflex" atau " rooting reflex" bayi yang semulajadinya nak menghisap susu


Disini ada beberapa perbahasan mengenai Puting Palsu ini:
  • SIDS -  Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS. 
  • Lebih baik dari menghisap ibu jari - Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong. 
  • Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang - Ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik
  • Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi - Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru.                                                                                                                                                Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. 


Adakah puting bayi ini elok atau buruk:
  • Puting dan jangkitan telinga - Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia "menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka."
  • Puting boleh membawa kepada pendakap gigi - Walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari. Masalah-masalah ini termasuklah:
  •  -  Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut 
  • Pertumbuhan gigi yang tidak teratur
  • - Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit)
         
Semua ada pendapat sendiri. Ikutla hak masing-masing ye untuk kebaikan anak.

TAK RETI MEMBACA ATAU BUTA ??

in , by Nadia Johari, 15:18:00
hai assalammualaikum

Tak reti Membaca Atau Buta?? - Malam tu nad follow mr mafia pergi jumpa kawan dia dekat aatu R&R ni. Lepas tu terpandang la satu lelaki ni. Cukup sifat, takde cacat cela. Duduk minum air sambil baca suratkhabar..


Terpandang dekat tangan dia, ada sebatang rokok. Dia hisap rokok dengan selambanya.Oiii!!!.. tak nampak ke banner depan ko tu tulis "KAWASAN REHAT ADALAH TEMPAT DILARANG MEROKOK".. tak paham dengan manusia sekarang ni kan..benda sebesar alam pun tak nampak..

Sikap segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Kalau laki nad, dah lama kene sound..huhuhu..sound lembutla..takpun amik banner tu tampal dekat muka..hahaha..kadang-kadang ade jugak yang merokok sebelah budak..kesian budak tu..tapi bukan mr mafia..dia tau sendiri, asap rokok ni tak baik untuk kanak-kanak.Dia akan hisap rokok jauh-jauh.

Tak tau asap rokok tu tak baik untuk diri sendiri jugak..orang dah selalu hisap rokok memang susah nak berenti..boleh je nak berenti, kene pekan-pan, tapi laki nad cakap susah..ermm...kadang kalau nad geram, nad cakap " abang nak sakit baru nak berenti ke, kan membazir beli rokok tu..baik duitb tu bagi sayang..sayang simpan duit tu untuk emergency ke apa..mesti dah beribu duit kalau tak beli rokok..hahhaa"

Ermm..lepastu boleh die ketawa gak..ceh..tak kisahla nak merokok tapi biar kene tempatnya ye..
hai assalammualaikum

Lipstick Aloevera - Lipstick ni ada macam-macam warna yang membuat kaum wanita rambang mata tengok. Kalau boleh nak beli semua warna, lengkap. Yela, dalam seminggu ada 7 hari, jadi kalau boleh nak lain-lain warna setiap hari..hahha..Selalunya wanita memilih gincu yang sesuai dengan bibir mereka. 

Semestinya kita kaum perempuan ni nak bibir yang cantik, lawa dan tidak merekah bila guna gincu ni kan. Tersalah beli habis bibir kita..tak lawa jadinya. Yela macam-macam bahan dalam lipstick tu..masalah yang selalu dihadapi bibir kering, merekah, pecah dan hitam. Kalau ada masalah macam ni..penyelesaiannya mesti korang akan cari gincu pelembap. Ala pelembap yang takde warna tu. Meh nad nak bagitau satu produk yang dapat selesaikan masalah bibir kering, pecah, merekah dan hitam ni.


Ni la produk lipstick yang nad guna. Lipstick Aloevera 99% Soothing gel. Lipstick macam lipstick mekah tu, warna je warna hijau tapi bila disapu dia akan menjadi warna bibir kita..bibir pun nampak bersinar dan lembap je..bibir nampak monggel gitu..hahhaa..

Kebaikan Lipstick Aloevera 99% Soothing Gel
- mengandungi pati aloe vera semulajadi
- berkesan melembapkan bibir
- membantu membaiki kulit kasar
- anti penuaan
- mengekalkan bibir yang sihat
- melembapkan bibir
- mengelakkan bibir dari kering dan pecah.




Lipstick Aloe Vera ni dapat melembapkan bibir selama 12 jam dan apabila di sapu di bibir, ia akan memerahkan bibir secara semulajadi. Pemakaian yang berterusan mampu menghilangkan noda atau bintik hitam. Bila pakai lipstick ni, bibir nampak lebih natural. Sesuai untuk mereka yang suka makeup simple ni..kann..


harga promosi lipstick aloevera ni RM10 ( tidak termasuk postage)

Sebarang pembelian atau nak tau info pasal lipstick ni boleh 
whatsuup: 014 513 5891
call/sms: 010 986 8215




TAZKIRAH JUMAAT : KELEBIHAN ATTAHIYYAAT

in , , by Nadia Johari, 11:34:00
hai assalammualaikum



ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)

Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul.
hai assalammualaikum

Empat Cara Saidina Umar Mendidik Anak - Anak ibarat selimut putih dan kita lah yang mencorakkannya. Salah corak, jadi tak elok la anak tu..setiap anak berbeza perangai. Lain umur lain perangainya..Masa kecik boleh lagi kita kawal, bila dah besar, diaorang dah ada penikiran sendiri, kita nak bentuk pun susah..jadi nad nak kongsikan bagaimana Saidina Umar Mendidik anak mengikut umur..untuk peringatan bersama..nad pun dah ada anak..kene belajar ni..huhuhu

Meh tengok..




Ni doa untuk anak..

BILA DADDY JAGA FARIZA

in , by Nadia Johari, 12:34:00
hai assalammualaikum

Bila Daddy Jaga Fariza - Siap mandi, pakaikan baju cantik-cantik..lepas tu pakai headband..nak nampak keperempuanan sikit..sebab rambut pun tak panjang lagi. Pakai cantik-cantik walaupun pergi ke pasaraya sahaja..itulah sifat ibu bila nak siapkan anak. Walaupun berjalan dekat luar rumah..tetap siapkan anak secantik atau sehensem yang boleh..

Tapi bila di pass kepada daddynya lain pulak jadinya..adoyaiii..nad suruh mr mafia jaga sebab nad nak bersiap pulak. Jadi daddy pun bawal fariza jalan keluar sekejap sambil tunggu mommynya bersiap. Bila nad dah siap..habis anak daraku..dah tak lawa seperti yang asal.adoila daddy..boleh pulak headband terpusing macam tu..


Dah macam pendekar mustar..hahhaha..tapi nasib comey lagi..ayoyo..
Hai assalammualaikum

Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Shatilla - Lama tak dengar pasal gosip artis ni..almaklumla kalau dekat kampung line macam siput..selalu nampak dekat facebook..tapi kadang jarang buka facebook, scroll pun sekejap je..lagila tak tau apa. Melodi pun jarang nengok sekarang. Tau pasal artis ni pun dari group whatsup atau dekat berita.

Tentang perkahwinan Shaheizy Sam dan Shatilla ni nad tau dekat berita. Tak sangka Sam dengan Shatilla..huhu..jodoh kan..baru tau yang Shatilla dah bertudung. Ingat saje-saje je pakai untuk cerita Sha&Sha tu..alhamdulillah..nampak lawa..nad penah nampak Shatilla ni dekat ikea damansara, lawa sangat. Masa tu tak bertudung, memang sepadan la dengan Shaheizy Sam ni.


Alhamdulillah diaorang bakal berkahwin february ni. Majlis resepsi belah Shatilla pada 9 februari di bukit Jawi Golf Club manakala resepsi belah Shaheizy Sam pada 14 februari di Hotel Mandarin Oriental. Untuk peminat pula lada 20 februari.

Bila dilihat nilai tajaan 25 juta tu merupakan jumlah yang banyak dan ia adalah wedding of the year untuk tahun 2016..wowww..

“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” 

Tahniah buat kedua-dua pasngan. Semoga kekal hingga akhir hayat.
 hai assalammualaikum


Buka Mittens/Sarung Tangan Di Usia Dua Bulan - Mulanya tak tau apa itu mittens..rupanya sarung tangan baby..hahhaa..almaklumla sebelum ni tak pernah nak amik tau..hehhe..kenapa baby perlu pakai mittens/sarung tangan??

1) untuk mengawal suhu badan bayi dan mengelakkan bayi daripada sejuk. Pada peringkat awal kelahiran bayi, ada tiga tempat yang membuatkan haba badan bayi keluar dengan cepat ialah kepala(ubun-ubun), tangan dan kaki. Sebab tu baby dipakaikan topi khas, sarung tangan dan sarung kaki bagi mengekalkan suhu badan baby.

2) untuk mengelakkan baby tercalar dengan kukunya sendiri. Baby baru lahir ni memang kukunya panjang..macam anak nad..panjang dan tajam. Kalau terkene muka mesti tercalar,merah dan luka. Hah, sebab tu kene pakai sarung tangan.

Nad buka sarung tangan baby fariza usia dia dua bulan. Nad tak tau usia berapa yang sepatutnya buka sarung tangan ni..huhuhu..nad buka awal sebab biar baby fariza dah mula start nak merasa dan memegang sesuatu. Pada mulanya nad perasan baby fariza ni menghisap sarung tangan, tapi takde sampai basah lenjun. Jadi sebelum basah lenjun, baik buka aje..huhu.lagipun orang cakap kalau lambat buka sarung tangan akan lambat perkembangan deria sentih dan genggaman bayi.

Suka tengok cara orang putih, tak pakaikan sarung tangan sejak bayi diaorang sejak kecik lagi. Lepas je nad buka sarung tangan, fariza macam pelik..dia dapat lihat tangan dia..serius..dia usha tangan dia , belek-belek..hahha..nad tengok pun fariza dah boleh lihat. Muka dia ceria je bila buka sarung tangan.


Lepas tu ape dia buat..dia hisap jari la..hehhe..tula kegemaran baby kan. Dok hisap jari.


Nad ajar dia pegang barang. Mula-mula terkial-kial jugak..tapi lepas tu..hoyeahhh!!!.. berjaya pegang..tak lama tapi ade perkembangan..hehehe..


Alololo..anak mommy dah besar..tersenyum dia dapat pegang mommy..walaupun sebelum ni dapat pegang jugak, tapi rasanya mesti lain..hehe..fariza masih usap-usap muka jugak..tapi bila dia rasa sakit, dia takkan usap lagi..hehe..baby pun tau ok..
hai assalammualaikum


Sekolah SMK Meru Terbakar - Dapat dari group whatssup family, sekolah menengah di Meru terbakar. Allahuakbar..sekolah nad ni. Sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Banyak dah perubahan yang berlaku dekat sekolah ni. Rindu je rasanya bila lalu depan sekolah menengah kebangsaan meru ni. Rumah nad dengan sekolah tak jauh mana pun. Dulu pergi sekolah naik basikal je. Sekrang budak-budak dah advance, naik moto kau..bila dengar sekolah terbakar..Ya Allah sekah aku..

Ni sumber dari bh online

4 KELAS SMK MERU TERBAKAR


KLANG: Empat bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Jalan Bukit Kapar, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.30 pagi tadi. 

Pengarah Bomba Selangor, Zamri Che Din, berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian di tingkat dua bangunan sekolah itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian pada jam 5.37 pagi. 

"Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran. 

"Setakat ini punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata sesi pembelajaran akan berjalan seperti biasa kerana kebakaran membabitkan bilik darjah yang menempatkan bilik disiplin serta makmal. 

Katanya, tiada pelajar terjejas susulan kejadian itu. "Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi
hai assalammualaikum


Isu breastfeeding : Upload Gambar Di Media Sosial - Dah jadi ibu ni baru tau ape maksud BF (breastfeeding) dan DF (directfeeding).. kalau tak sebelum ni duk terfikir apa yang diaorang cakapkan..huhuhu..Seperti yang kita tau, susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil membesar dengan sihat. Yela susu ibu banyak khasiatnya untuk perkembangan si kecil. Dalam islam, disyorkan susukan baby sehingga umur mereka 2 tahun.

Yup, breastfeeding memang bagus, tapi isunya sekarang kenapa perlu diambil gambar dan diupload di media sosial walaupun tak nampak "teettnya".. walaupun breastfeeding ni normal, tapi disebabkan diberi susu melalui breast, ia mengundang kepada negatif oleh sesetengah masyarakat. Yela sekarang kan pikiran orang dah macam 3D..duk pikir gila-gila,lucah dan " menghairahkan..siapa tau kan..seram jugak..

Macam nad sendiri, pertama kali breasfeeding dekat hospital, kalau dengan ibu-ibu nad tak kisah, bagi susu je dekat baby fariza, selak je, tapi bila dah sampai doktor lelaki, segan weii..walaupun kita tau dia doktor..dia paham ibu-ibu ni tapi bagi nad, kita punya tu adalah aurat. Lagi kalau datang pelawat. Cepat-cepat amik kain, tutup. Terkial-kial nad, sebab baby fariza ni kalau lambat,ngamuk dia macam kene dera..fuhh..memamg malu..yela dengan tempat terbuka..lelaki tengok..lagi bila tempat awam..bila pertama kali pergi shoping mall, nad akan bagi fariza kenyang dulu dekat rumah atau dalam kereta. Walaupun ada tempat khas untuk ibu menyusu tapi kalau kita tak tau dekat mana, sama gak kan. Lagipun nad tak beli cover nursing tu, sebab tak tau situasi akan jadi macam ni..hahha..kalau macam ni pun dah malu apa lagi upload dekat media sosial.

Nad ade jugak dimasukkan dalam satu group BF ni..tapi nad cuma baca dan amik tips je.takdela komen atau bubuh gambar sebab takut apa yang dipost akan dilihat orang walaupun group tu private. Mana tau dihack ke apa..naya weii..orang sekarang pandai..bila dah viral macam ni la jadinya..habis page amran diserang..huhuhu..korang nak amik gambar boleh tapi buatla untuk peribadi..


Tips penyusuan
1) Fokus Dan Tenang
- sentiasa fokus kepada kebaikan semulajadi susu ibu. Tenang semasa breasfeeding. Bila tenang , automatik penyusuan semudah yang disangka.

2) Lokasi yang sesuai
- cari tempat yang tidak terlalu ramai untuk melakukan penyusuan. Macam nad la suka nyusu sorok-sorok..hehe..ketika susu baby perlukan ketenangan,kalau bising takut dia tak selesa.dah kalau tak selesa habis kaki tangan naik 360 darjah..hahha..tu kadang ibu jadi stress, sampai terus selak baju. Kalau ade tempat khas ibu menyusu, masuk dalam situ dan bagi susu.

3) Pakaian khusus
- Sejak dah tau menyusu anak ni macam ni, dah kene beli cover nursing siap-siap. Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan nursing cover atau "sling"  ketika menyusukan bayi. Pakai nursing bra untuk mudahkan ibu-ibu semasa menyusukan bayi. Bila ada nursing bra, takyah selak sangat, lagi bra yang hanya dibuka dekat bahagian nip.

4) bantuan
- perlukan bantuan suami atau orang ketiga menjadi dinding sementara penyusuan dilakukan. Kadang nad mintak tolong husband lindung..heheh..

5) Amik gambar..
- hahaha..bab ni kalau korang nak amik gambar boleh, nak selfie pun takpa TAPI janganlah dok p upload dekat media sosial. Silalah pikir tentang orang lain yang takleh breastfeeding. Diaorang ade perasaan.

ok itu sahaja. Sekian.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2