PETUA SEJUKKAN DIRI DI MUSIM PANAS

in , by Nadia Johari, 01:35:00
hai assalammualaikum

Petua Sejukkan Diri Di Musim Panas Ni - Baring tak kena, tidur lagila tak kena. Nak jalan keluar, lagila malas dengan keadaan cuaca yang teruk ni. Kalau dah rasa panas macam ni, mesti terfikirkan aircond je..sejuk je, tapi bila dapat bil, melompong kau..bila cuaca dah panas ni, macam-macam la idea kreatif mula datang. Petua yang diambil dari group whatsup dan google..hehe..tengok pun macam best je..meh tengok petua ni..

BERLAKU KEAJAIBAN SELEPAS MINUM EPHYRA

in , by Nadia Johari, 12:00:00
hai assalammualaikum

Berlaku Keajaiban Selepas Minum Ephyra -
" Mak, fariza dah taknak minum susu tepung. Tapi dia ok, tak meragam, berak pun ok, kadang-kadang sendawa".. kata-kata nad dekat mak di dalam telefon. 
Mak pun jawab " ko minum ephyra lagi ke".
 Nad: " ahak"..


Itulah yang terjadi dekat nad selepas minum ephyra. Ya, nad amalkan minum ephyra sebelum mengandung dan semasa mengandung bila usia kandungan 5 bulan ke atas. Ada nad buat entry dekat SINI. Klik la baca. Selepas fariza lahir, nad stop dulu minum ephyra, sebab kita tak tau kesannya kepada anak kita walaupun nad tau pelakon memey mengamalkan ephyra sejak dia berpantang lagi. Lain orang, lain bodynya, mungkin ada yang boleh terima dan takda apa-apa kesan dekat baby, mungkin ada yang tak. Untuk keselamatan, nad berhenti dulu minum.

Ya, masa berpantang sampai usia baby fariza 2 bulan, dia terpaksa minum susu formula sebab susu badan nad tak banyak. Walaupun orang cakap susu ibu ni pasti ada, tapi takkan nak biarkan anak merengek je kelaparan. Kalau susu banyak mesti baby kenyang, mesti baby senyap tidur lena, ni tidak..sendawa takda, asal baring je merengek tak sudah. Jadi terpaksa bagi campuran susu formula.


Sebagai ibu, siapa taknak bagi full breastfeed. Mesti nak kan, sebab susu ibu susu terbaik. Selepas baby fariza dah masuk 3 bulan, badan pun dah kuat sikit, nad start balik minum ephyra. Baru minum satu sachet, baby fariza minum susu badan dengan kenyang. Tiba-tiba, susu badan nad jadi banyak, sampai kadang terpancut susu tu. Allahuakbar...macam tak sangka kau...nad surirumah, jadi nad tak pam pun susu. Nad bagi direct dekat baby fariza. Baby fariza pulak, kalau sedut, sedut sampai kempis..Tapi kempis-kempis pun kalau dia sedut lagi, air susu tetap mengalir. Siapa jadi ibu, taula macam mana susu mengalir tu. Alhamdulillah..nad dapat bagi susu badan dekat baby fariza.

Memang tau ephyra ni boleh tambahkan susu, tapi kadang-kadang produk yang dikatakan milkbooster boleh jadi killerbooster, tapi alhamdulillah, ephyra serasi dengan nad dan banyakkan susu badan nad.


Sekarang nad masih minum ephyra. Alhamdulillah takda apa-apa kesan dekat fariza, elok je. Lepas minum ephyra, baby fariza dah taknak susu formula atau hisap botol. Mula-mula risau gak, tapi tengok dia ok je, berak pun ok. Jimatla sikit sebab dah tak perlu beli susu tepung. Sekarang pilih baju, kene baju yang nursing friendly, senang nak nyusukan baby fariza.


Alhamdulillah, dengan susu badan ni, fariza membesar dengan sihatnya. Tengok aje pipi dia, tu simpan susu la kot..hehhe..terima kasih ephyra. Korang nak dapat ephyra boleh whatsup no 0176127097 ok..

LELAKI MEMANG HEBAT MEMASAK

in , , by Nadia Johari, 01:17:00
hai assalammualaikum

Lelaki Memang Hebat Memasak - Bila tengok chef, ramai yang lelaki kan. Lelaki ni memang hebat memasak kalau diaorang minat atau rajin. Kenapa nad cakap rajin???. Bila bujang mestila kene masuk dapur, masak sendiri, bila kawin, kau rasa dia nak masuk dapur selalu..hehehe..faham kan maksud nad..

Lelaki ni kalau dah kawin, mesti akan datang malasnya. Yela nak rasa air tangan isteri selalu. Nak bermanja dengan isteri. Kalau boleh taknak tunjuk skill yang diaorang ada. Tapi, bila tiba-tiba dia datang mood rajin tu, mesti dia akan beli bahan-bahan dia nak masak tu. Kalau boleh taknak campur dengan isterinya punya..itu mr mafia la..hahaha


Dan bila dia dah start masak, bau tu dah harum semerbak. Lepas tu, bila dah siap diletak atas meja. Dan hasilnya seperti dalam gambar..fuhh..kemas, bersih, tersusun rapi macam seorang chef buat. Bila makan tu..mak aihh..sedap macam kat kedai..hahaha..siapa sokong..huhuhu

Salah satu menu kailan ikan masin mr mafia buat. Memang marbeles..kalau nad buat mesti nad potong kecik-kecik sayur tu..haha..sebelum ni dia ada buat gak, sambal sotong masa nad mengandung dulu..hahaha..sedap sangat..sampai licin makan..

Tu la cakap, orang laki ni sebenarnya hebat memasak. Cuma bila kawin, diaorang nak rasa makanan air tangan isteri..huhuh..kalau boleh nak suruh dia masak selalu..kita pulak nak rehat..hahaha

IKEA TEMPAT ILHAM DEKORASI RUMAH

in , , by Nadia Johari, 16:50:00
hai assalammualaikum

Ikea Tempat Ilham Dekorasi Rumah - Bila masuk ikea je, mesti mata terjuling tengok dekorasi diaorang buat. Cantik-cantik semuanya, barang nampak teratur. Macam-macam perabot ada, yang unik dan menarik. 


Nad dengan Mr Mafia kalau pergi ikea mesti ada sebab, iaitu nak cari barang untuk rumah. Selalunya tengok-tengok dulu barang tu, tak beli terus sebab takde duit lagi..hahaha. Nad pulak suka tengok dekorasi, nak buat macam tu 100% tak mampu, kami bukan orang kaya..haha..jadi cari ilham macam mana nak susun rumah sama macam dekat ikea dengan kos yang rendah.


Feling-feling macam dekat rumah sendiri..huhuhu..


Kali jalan dengan ada sekali baby fariza. Senang je bawak dia ni, tak meragam, suka tengok keliling, lepas time dia, tido jela dia..hahaha..bila dah bawak baby fariza ofkos, akan cari barang baby. Memang tengah cari almari baju baby untuk fariza. Sekarang masih guna bakul merah tu lagi. Nad suka almari yang ade siap gantung, dan almari tu memang sampai dia besar..haha..jimat ok.


Satu hari fariza akan ada bilik sendiri..hehehe..

Sikit-sikit kumpul duit nak jadi kan rumah sekarang seperti rumah yang diidamkan..insyallah.


Sampai sini tak lupa nak makan meatball ikea..hehehe..tak tau kenapa, sedap sangat meatball dia ok. Macam ketagih..sekali beli ada 15 ketul, memang cukup kenyang.



Nampak kerakusan tu..huhuhu..ok lain kali datang ikea lagi..hehehe.. 
hai assalammualaikum

Sentiasa Nampak Muda Dengan Serum Mawar - Dah jadi mommy pun muka macam anak dara. Umur dah meningkat tapi raut wajah nampak berseri muda dan menawan. Siapa yang taknak jadi muda remaja selalu kan...hehee..Apa rahsianya???. Takde rahsia sangat pun, cuma spray-spray dekat muka je, terus datang aura dia.

Bila dapat laki berusia, takkan kita nak ikut jejak dia, jadi berusia kan..hahaha..perempuan ofkos nak still maintain muda remaja. Tak memasal nanti orang cakap " laki kau tak jaga kau ke".. adududu..dah cukup sempurna mr mafia jaga nad dengan baby fariza. Takkan nak dengar orang cakap " baru anak satu dah rupa macam mak nenek".. masa berpantang yela, pertama kali rasakan..lepas tu kene jaga penampilan..taknak nampak mak nenek atau hantu ke...hahaha..


Mesti nak kene bagi muka segar dan memberi aura. Ni la produk nad cakap tu, SERUM MAWAR ANTI ANGING. Spray-spray je dekat muka, terus segar dan muka jadi anjal. Sebelum ni tak pernahla nak guna serum-serum bagai ni, tapi once dah pakai serum mawar zeeta ni, bagus sangat, bukan sahaja buat muka jadi segar malah dapat aura dari wangian mawar tu.

Serum ni hasil daripada bunga mawar. Sememangnya mawar mempunyai aura tersendiri. Ada aura dari mawar yang boleh kita pinjam dan sebarkan untuk kebaikan diri. Selain rupa bentuk dan warnanya yang cantik menawan, aroma segar dan keharumannya juga mampu menaikkan perasaan tenang.


Bukan sahaja bermanfaat menyerlahkan aura, serum mawar juga membantu mengecilkan liang pori wajah, mendapatkan kulit anjal, segar dan sihat serta menaikkan seri wajah. Serum yang membantu korang terapi minda,hilangkan mengantuk dan stress. Serum ini tahan lama dan sesuai dijadikan teman karib wanita.

Simpan sahaja sebotol dalam beg tangan dan spray bila perlu. Lebih elok digunakan sebelum dan selepas bersolek kerana serum ini membantu mengekalkan solekan tahan lama. 



Serum Mawar Anti Aging, serum paling banyak jualannya, top seller kau..macam mana tak top, harga pun murah bebeh..tak beratus pun, cuma RM20 je ok..percayalaahhhh...cepatla beli..kau orang akan rasa lebih bersemangat..huhuhu...

Nak tau lebih lanjut boleh pergi ke laman sosial
Facebook:
http://www.facebook.com/nida.hashim.16
Instagram
: https://www.instagram.com/mawarnida/
Contact: 012 265 5056 ( Nida Hashim)
hai assalammualaikum

Wasabi Roce Wrap KFC Tak Sedap - Alkisahnya dah lama nad tak makan kafc. Yela surirumah berjaya ni kerjanya masak sahaja dekat rumah. Jimat katanya. Tapi sebenanrnya teringin makan dekat luar. Jadinkita carila tempat yang tak mahal, mana lagi kalau bukan KFC. KFC yang dekat ialah dekat tesco ampang tu.


Masuk je KFC, mula teringin nak makan benda baru dekat KFC. Memula order dinner plate untuk dua orang, makan dekat situ. Lepas tu tengok menu yang belum dicuba lagi, iaitu Wasabi Rice Wrap ni. Dan lagi satu potato load bowl. Tengok gambar macam sedap je..nafsu mula datang, jadi orderla, mintam bungkus..hahaha..nampak kenapa nafsu perempuan ada 9..ish2..



Sampai rumah mula tak sabar nak buka dan nak tengok macam mana rupa sebenar Wasabi Rice Wrap ni. Sedap ke??. Sekali buka, ermmm..tak seperti dalam gambar. Mana wasabi..tak nampak pun..tengok gambar punya gah nampak warna hijau..tengok real, takde pun hijau. Sekali masuk mulut, nasi dia ada jugakla rasa macam nasi shushi. Tapi tak sehebat shushi..shushi lagi sedap..hahaha..lagi satu tak pedas langsung. Wasabi patutnya pedas..ni tak rasa apa..huhuhu

 Wasabi Rice Wrap, dibalut dengan roti tortila, ada ayam, nasi dan sayur. Sayur pun macam masam..ayoyoyo..ke tu jeruk sayur..nak taknak makan jela..cicah sos sedap la sikit.


Lagi satu nad beli Potato Load Bowl, disebabkan nampak ayam dengan kentang..menarik..rasanya biasa je..boleh la..nak cuba rasa punya pasal. Hehehe...kenyang jugakla sebab kene habiskan jugak..sebab duit ni..membazir kalau buang..hahaha..

Kadang KFC tempat lain buatnya lagi sedap. Tengok tempat juga, mayb tak semua KFC tak sedap...kann..Lepas ni beli jangan ikut nafsu..


FARIZA ADA PEMINAT DARI KOREA

in , , by Nadia Johari, 21:54:00
hai assalammualaikum

Fariza ada peminat dari Korea - Huh bila anak lagi femes dari mommynya..mula mommy cemburu..hahha..takpe kecik lagi..memang comel..harap dah besar pun fariza comel dan cantik..auchh..hahaha..yang tak boleh blah, fariza dah ade peminat dari korea. Korea kau!!!.. 

Semalam jalan-jalan dekat shoping mall ecurve, sebelum nak ke ikea. Jalan-jalan masuk satu kedai adidas. Mr mafia memang suka barang adidas ni. Nad suka tengok jela, nak belinya tak mampu dengan harga macam tu. Tapi tertarik dengan satu kasut adidas ni. Lawa giler..kalau bawak p korea lawa ni..hahaha..tak pun bila pervi travel..terbayang-bayang kasutnya..


Lepas tu, nad nampakla cermin, apa lagi bergambarla dengan anak dara depan cermin. Orang perempuan, biasalah, pantang nampak cermin. Tiba-tiba datang satu perempuan, terus pegang tangan baby fariza. Dia sebut dalam bahasa yang nad tak paham..hahaa..memula ingat orang nepal ke, tapi dia ada sebut perkataan " otoke, otoke".. nad pun fikir jap bahasa apa tu erk..jepun ke korea???.. hahaha..


Lepas tu terpaksa bercakap dalam bahasa englis dengan perempuan yang berspek mata. " where are you from" . Dia cakap " korea". Wahh!!. "You holiday here".. tunggang terbalik english ku..haha.. dia cakap " no i study here".. ok..

Habis digomol-gomol baby fariza. Weii dia lagi suka..dia memang tak takut dengan orang..hahaha..lagi senyum ada la..untung la awak ye..kecik-kecik dah ada peminat..
hai assalammualaikum

Seminar Dari Wanita Untuk Wanita - Nad akui bukan mudah kehidupan kita setelah meningkat dewasa. Makin dewasa makin besar tanggungjawabnya. Macam-macam perkara perlu difikirkan seperti kewangan, keluarga dan rutin harian.

DULU LAIN SEKARANG DAH LAIN

Kalau dulu ketika remaja, nad masih tanggungjawab ayah dan mak. Semua benda dah diuruskan. Tapi semenjak dah bergelar isteri, baru nad paham bukan senang nak uruskan semua dalam satu masa.


Lagi sekarang nad dah jadi ibu. Pergh!!! memang tak terkata, sana sini nak kene buat. Walaupun surirumah, tapi nad pun ada buat pendapatan dari rumah melalui blog. Semua nak kena uruskan, hal rumah, hal anak, suami lagi. Jadi isteri, jadi ibu dan businesswoman dalam satu masa, memang besar tanggungjawabnya.

HIDUP BEKERJAYA YANG PENUH TEKANAN


Ni baru surirumah, cuba fikir yang bekerjaya dan mempunyai keluarga.?? Sekarang ramai di kalangan wanita mempunyai kerjaya sebagai pemimpin, organisasi syarikat dan kakitangan, malah ada yang membantu menambah pendapatan suami, dan ada juga menanggung sepenuhnya sumber ekonomi rumahtangga.Tuntutan di tempat kerja pula menjauhkan diri wanita daripada urusan rumahtangga sehingga sukar meluangkan waktu bersama keluarga.

Malah kegagalan sebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak atas dasar kesibukan kerja di luar rumah sering dikaitkan dengan punca gejala sosial. Dan terjadilah keretakan rumahtangga. Itu yang kita taknak kan!!..

Apakah puncanya?? Puncanya kita tak tau macam mana nak uruskan semua benda dengan betul dan tak tau nak bahagikan masa untuk diri dan keluarga. Nad "salute" mereka yang mampu membahagikan masa dengan baik, tapi tak semua wanita mampu lakukan..

Bila sebut wanita, mesti nak nampak cantik, disebabkan tekanan dalam hidup, nak uruskan diri sendiri pun tiada masa.
 Sebab tu, bila kita nampak, banyak yang dah jadi ibu ni, penampilannya dah tak sehebat masa waktu remaja.

SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA - KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA

 Situasi macam ni, .semua faktor perlu diambil kira. Bukan sahaja kecantikan fizikal malah kecantikan dalaman seperti tahap kesihatan, makanan rohani atau spiritual perlu dititiberatkan. Sebagai wanita, kita mesti nak semua "perfect" dalam kehidupan, tapi tak tau bagaimana???Sebab itu kita, kaum wanita perlu mendapat ilmu yang betul untuk dijadikan budaya hidup. 


 Wanita yang bijak mampu mencapai kebahagiaan dan mempunyai kerjaya yang hebat. Jom ikuti ke satu seminar khas buat wanita. Tidak kira mereka yang bergelar suri rumah, pelajar atau yang bekerjaya. SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA : KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA. 

Sebab apa perlu pergi ke seminar ini?? 
1) berkongsi banyak tips-tips yang merangkumi semua kehidupan daripada sudut fizikal dan mental
2) Panel-panel jemputan yang bertauliah dan disegani semua orang
- Dr Robiah K. Hamzah : Pakar Motivasi dan kaunselor keluarga
- Dato Dr Nora Ashikin : Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora.
- Datin Sri Dato Dr Fadzillah Muhammad Ali - Pakar Motivasi dan Aktivis
- Ibu Halimah : Usahawan daripada Jamu Mak Dara.
3) Berkongsi bagaimana hendak berjaya dalam hidup disamping membahagikan masa dengan betul.
4) Cara menangani perkara tanpa tekanan.
5) Mempelajari teknik merias wajah dengan betul

Seminar akan diadakan pada:
Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)
Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur
Masa: 8 pagi hingga 5.45 petang

Bayaran hanya RM200 seorang, TAPI kalau ada satu kumpulan 10 orang, bayaran hanya RM180 seorang. Hah, lagi senang bawak ramai-ramai ada geng. Badan-badan korporat, agensi kerjaaan dan swasta digalakkann menghantar atau menaja peserta dikalangan ibu tunggal, golongan asnaf dan persendirian. Seminar pu bagus. Daftar Sebelum 26 Mac 2016.

Hah macam mana.. Berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut?  Sila hubungi...
Pengarah Program Puan Normala Hamzah (0192683579)
Rahana MD (012 2813848) 
Huda Khalid (0123031005) dari Huda Hana Media Communications
hai assalammualaikum


The Lion Guard: Return Of The Roar : Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.

“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.


Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.


Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!

“The Lion Guard: Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.

Ford Riley (“Special Agent Oso”)  telah membangunkan filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif. Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya..

Jangan lupa tonton ok. Kalau fariza tengok mesti dia fokus..hehehhe..

hai assalammualaikum


Kisah Telefon Pintar - Semua orang ada telefon pintar, sebab senang buat kerja. Tapi apa yang nad tak suka bila kita berkumpul dengan keluarga, atau kawan, time tu main telefon pintar. Sibuk dengan handphone masong-masing. Berborak, memang takla..sekejap-sekejap je. Nad tak buat macam tu melainkan hanya amik gambar saja. Tapi takdalah amik gambar dari mula datang sampaila nak balik. Amik gambar sekejap..then telefon letak tepo, borak. Nad taknak ajar anak nad, lebihkan gadjet. Kalau boleh bila bersama, habiskan waktu bersama.

Kadang baby fariza pun macam tak bagi mommynya main telefon masa dia tengah nyusu badan. Bila dia nampak mommy main handphone mula dia buat onar, ditarik- tarik masa nyusu..aduduud..dia nak mommynya pegang tangan dia masa dia nyusu..see..pandai betul..

Ini kisah sedih seorang guru yang tanda buku anak murid dia..

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2