SEGMEN BLOGLIST BY AKUPENGHIBUR.COM

in , by Nadia Johari, 14:54:00
hai assalammualaikum


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016

Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram :

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu



hai assalammualaikum

Hidangan Chinese Muslim Yang Lazat Di Bukit Jalil - Haritu Nad dengan Mr mafia ke Bukit Jalil atas urusan kerja. Dah alang-alang dekat Buki Jalil, ada kawan rekemenkan satu tempat makan dekat Taman Puncak Jalil. Ni kali pertama kitaorang pergi masuk ke kawasan yang ada perumahan dan kedai. Sebelum ni kalau pergi Bukit Jalil, kitaorang sampai Stadium je. Kitaorang tak biasa dekat kawasan situ, tapi disebabkan kawan cakap makanan situ sedap, kitaorang pun wazela dan cari tempat tu. Memang senang, bila waze je terus sampai Restoran tu.


Tengok dari luar, kedai biasa je, tapi yang biasa tu jela kadang sedap kan..Selalu kalau makan tengahari, kitaorang suami isteri lebih suka makan-makanan yang berlauk, iaitu ada nasi, sayur, ayam atau ikan. Kitaorang suami isteri memang suka makan..hehee..Restoran yang nad pergi ni merupakan Restoran Blue Ginger Chinese Muslim Food. Nad ada berborak dengan owner restoran ni, dia kata restoran dia tengah diubahsuai. Ooo..patutla banner dia guna kain je..Takpela yang penting makanan sedap, tu dah puas hati..Pekerja dia pun layan ok je.

Untuk menu, korang mesti agakla macam mana kan bagi yang biasa pergi Restoran Chines Muslim ni. Tapi dekat sini berbeza sedikit menu dia. Ada makanan yang nad tak pernah rasa dekat mana-mana Restoran Chinese Muslim. Ada banyak menu special dekat sini, ada bergoreng ada stim dan pelbagai masakan seafood yang ada. Banyak sangat menu pilihan. Rasa nak order semua je. Ok meh nad tunjuk lauk pauk yang order dan dihidangkan. Memang menusuk hidung bau dia yang sedap ni. Perut pun dah tak sabar nak menelan makanan ni..hehee

Salted Egg Squid. Ni pun pertama kali nad makan. Selalunya nad makan goreng tepung, udang yang disalut tepung dan goreng. Tapi yang ni, sotong yang disalut dengan telur masin. patut rasanya ada masin sedikit. Tapi sedap.

Beef With Ginger And Spring Onion. Yang ni daging. Daging dia lembut je. Memang menambah makan daing ni.

Four mixed Beans Withe Dried Shrimps And Chilli. Yang ni paling nad suka. Sebab ada petai..hehehe..Ni campuran sayuran iaitu terung, kacang panjang, bendi dan petai, diletak cili padi sedikit.

Broccoli With Assorted Mushrooms. Nad memang suka sayur brokoli ni. Kalau ratah macam tu je pun dah sedap. Ditambah lagi dengan cendawan tu..Aduh teringat balik ni..sedap sangat..

Dry Butter Prawn.
 
Ikan Siakap Tahiland Style. Dia punya kuah menyengat sangat. Memang cukup rasa semua.

Steamed Tofu With Soya Sauce. Ni pertama kali nad makan. Selalu tauhu nad suka goreng je, tapi ni tauhu dengan kuah soya. Lembut sangat tauhu dia. Ni baby Fariza pun suka tauhu dia.

Kam Heong Chicken.
Pandan Chicken. Ni pun pertama kali nad nampak dekat kedai makan. Kesian kan daku semuanya pertama kali. Tapi seronok sebab dapat rasa dekat Restoran Blue Ginger ni. Ayam dibalut dengan daun pandan. Sedap sangat.

Alhamdulillah , memang kenyang teramat dengan jenis lauk pauk yang disajikan oleh Restoran Blue Ginger Chinese muslim Food ni. Bagi nad makanan kat sini memang semuanya cukup rasa, sedap dan tersenarai dalam restoran kegemaran kami suami isteri. Apatah lagi, suami seorang yang cerewet dalam memilih kedai makanan, tapi dia cakap Restoran Blue Ginger ni terbaik dan sedap.Tak heran la ramai pelanggan yang datang makan di situ , silih berganti sebab memang sedap semua makanan dan minuman di sini memang terbaik.



Bagi korang yang nak mencuba boleh pergi ke sini.
Blue Ginger Restaurant Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2 taman Puncak Jalil
43300 Seri Kembangan Selangor
Contact : 012 2102710 ( bro jon )
Facebook: Blue Ginger
Instagram :  https://www.instagram.com/jon_syarilldean/

Open:
Close Isnin

Weekday
Bukak 12pm sampai 3pm
Break sejam setengah
Bukak 4.30pm sampai 10.30pm

Sabtu dan Ahad
Bukak 1pm sampai 10.30pm

PERMAINAN MEMBINA MINDA SI KECIL

in , by Nadia Johari, 00:57:00
hai assalammualaikum

Permainan Membina Minda Si Kecil - Selalunya ibu bapa kalau beli mainan anak-anak, diaorang fikir, bagi anak gembira sebab dapat mainan. Berbeza dengan Mr mafia, kalau bab permainan Fariza, Mr mafia yang selalu beli dan pilih.  Mr mafia kalau memilih barang mainan, bukan pilih suka-suka, tapi pilih mainan yang boleh membina minda Si Fariza. Tu la cara pemikiran seorang daddy untuk anaknya.  Orang cakap " budak tu masih kecik lagi, apa dia tau. Lagi dicampaknya mainan tu adala"..Tapi bagi suami, dia tau cara nak didik anaknya. Dari kecil macam ni la kena didik.

Bermain itu adalah sesuatu yang gembira dan paling disukai. Namun, Mr mafia menerapkan sambil bermain sambil belajar dan mengembangkan mindannya dalam permainan dia dalam suasana yang gembira. Lagipun belajar melalui bermain dalam tahun-tahun awal boleh merangsang perkembangan otak kanak-kanak. Budak-budak sekarang pun dah semakin bijak. Itulah yang nad nampak dekat Fariza. Masa Fariza bermain, Mr mafia atau nad akan main sekali dan tunjuk caranya. Penggunaan gajet untuk Fariza mungkin nad cuba nak elakkan.


Ni mainan yang Mr mafia baru beli untuk Fariza, anak dara berumur 10 bulan sekarang. Mainan berbentuk mangkuk dan berwarna , dan disusun bertingkat. atas sekali letak bola kecil. Bukan main seronok Fariza dapat mainan baru dia ni. Memang selalu dia kacau mangkuk maknya dekat dapur, nah daddy belikan mainana mangkuk.


Khusyuk betul dia. Kalau nak tengok segala mainan dia, boleh lihat dekat entry SINI.


Video nad ambil semasa dia bermain dengan mainan mangkuk ni.

Daripada semua mainan dia, nad berfikir, bila dah besar bolehla gunakan mainan dia untuk mnegajar warna, haiwan atau lain-lain. Bergun ajuga mainan dia sebab berwarna.hehee..Sebenarnya, banyak benda disekeliling boleh digunakan untuk perkembangan minda.. kurangkan gadjet dan tv... lebihkan kepada aktiviti fizikal. Ibu bapa pun kena kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak. anak happy ibu bapa pun senang hati.
hai assalammualaikum

I G-Nius Luban - Makanan Sunnah Tambahan Untuk Anak Anda

Perlancaran produk I G-Nius
 

I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.  Produk yang dikenali sebagai I G-Nius ini berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.


MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.


Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai Hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di Malaysia.


Apakah keistimewaan luban?
- Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
- Meningkatkan keyakinan diri.
- Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
- Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
- Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
- Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
- Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
- Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.

(pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya.)
 
(ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera .)
Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.

Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban


Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!



Promosi & tawaran berganda.
- hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
- berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
- macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.

Jika berminat, hubungi kami segera!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: www.Ig-nius.com
Facebook rasmi:  ig-nius hq
Instagram : #igniushq 
Email: mhsmahakarya@gmail.Com
hai assalammualaikum

Banyak Syaitan Dekat Ikea - Sebelum kawin, tak pernah langsung jejak Ikea ni. Tak tau pun ape tu Ikea. Sedangkan selama ni, nad beli kat kedai perabot biasa je, atau kedai ah cong atau kedai dua seringgit..hehehe. Sampai dah kawin, mr mafia kalau nak beli barang dia akan pikih Ikea. Sebab dia cakap barang Ikea tahan lasak. Sejak tu, nad pun dah terikut cara dia..ish..ish..ish..




Niat nak pergi Ikea, nak beli bakul baju kotor je untuk anak dengan nad.  Biasalah sampai sana, kena berjalan satu pusingan dulu baru dapat cari barang. Bila kau tengah jalan, kau tengok, pastu berfikir. Lepastu tengok cantik ke tak. Bila hati dah suka, kau nak beli pulak. Nampak tak, niat datang nak beli satu barang, tapi nampak lain, beli juga.




Tu baru part orang dewasa, untuk anak pulak, tiba-tiba ternampak flitig ( palypen) ni. Memang tengah cari untuk Fariza, sebab dia dah mula merayau sana sini. Tak boleh nak buat kerja. Jadi kalau ada ni, takda la nad risau. Dia main jela dalam ni. Siap dah tanya dekat pekerja Ikea mana tempat section dia bagai. Tapi nasib ade mr mafia tegur. " Cukup ke duit sayang ni ". Errmm entah tapi cantik kan playpen tu. " memangla, tapi kita beli la nanti, beli jangan ikut nafsu tapi keperluan. Banyak syaitan hasut sayang ni.".. nad pun iyakan jela..hahaha..nasib baik tak beli..Untuk fariza daddy belanja anak patung arnab tu jela.

Memang susah kalau dah datang ikea ni. Lagi bila Ikea dekat Cheras. Dekat sangat dengan rumah.



Dan hasilnya, dari nak beli bakul baju kotor, tiba-tiba terbeli tempat iron baju, dengan besi.

Nampak tak, macam ni la jadinya kalau pergi Ikea..suaah orang perempuan ni.
hai assalammualaikum

Kereta Sewa Paling Murah Di Kuching, Sarawak - Siapa bercadang nak pergi bercuti di Sarawak? Nad pun tengah nak kumpul duit nak pergi bercuti ni. Rancang macam nak pergi Sarawak..kihkih. Sebab tengok banyak tempat menarik dekat Sarawak ni. Air Asia pun kadang ada buat promosi tiket murah kan.

Jadi sebelum pergi bercuti, selain search tempat menarik, perkara paling penting ialah cari perkhidmatan kereta sewa paling murah kan?? Wajib oo, yela nak pergi sana sini mestilah nak ada kenderaan, takkan nak guna public transport kan. Lagi bagus kalau ada driver sekali, yela takut tak tau jalan. Pertama kali datang kan..kalau sesat kang naya..huhuhu..

Selepas nad research dan compare harga semua kereta  sewa, nad rasa kereta sewa ni yang paling murah. Lagipun dah direview dari member blogger juga dan dipercayai. Jadi nad tak teragkla nak pilih kereta sewa ni nanti. Nad pun nak suggestkan dekat korang yang nak bercuti dekat Kuching Sarawak, better amik kereta sewa Cikgu Halid ni. Ada macam-macam kereta dia ada, kereta kecik sampaila kereta besar.

Tanpa segan silu, nad pun wahtsup la Cikgu Halid ni bertanyakan tentang hasrat nak ke Kuching. Sambil tu nak tau harga kereta sewa tu. Senang nad nak bajet belanja..hehee..Cikgu Halid layan nad baik je. Ni senarai harga kereta nad tunjukkan. Murah kan!! Semua harga mampu milik. Ni harga untuk perday ok. Kalau rasa nak diskaun, boleh je berurusan dengan Cikgu Halid ni. sempoi je dia jawab..hehe. 

Senarai Harga Kereta Sewa Murah
1) Viva / Axia / Kenari / Kelisa - RM100
2) Saga Flx / Myvi - RM120
3) Alza / Exora / Grand Livina / Avanza - RM180
4) Innova - RM250
5) Toyota Hiace RM 250
6) Nissan Urvan- RM 300
7) Kia Pergio - RM 230

Ni nah share gambar kereta. Kalau pergi bercuti beramai tu, nak selesa atau nak sumbat barang shoping ke, bolehla naik yang besar terus. 





Kalau korang nak driver, kena tambah RM60 sahaja. Driver akan tunggu dan bawak korang ke mana sahaja. Mudah kan. Jimat masa, jimat tenaga, korang boleh pergi banyak tempat bila ada driver.

Lepas ni takyah la pening-pening kepala nak pilih kereta sewa mana. Nad dah chop dengan Cikgu Halid ni..hehee..Korang kalau nak kereta sewa murah dekat Kuching ni, nah boleh call Cikgu Halid  di 016 - 8559 792 atau 019 - 8787 101. Selamat bercuti.









hai assalammualaikum

Makanan Penyebab bau Mulut Tu La Yang Sedap - Mungkin sesetengah orang tak suka dengan makanan yang menyebabkan punca bau mulut. Yela siapa yang suka mulut bau busuk. Tapi ada juga yang suka makan tapi takut nak makan, yela takut orang lain tak selesa dengan bau mulut kita. Ada juga yang belasah makan je dan tak kisah mulut bau ke ape, dah sedap kot..hahhaha..Macam nad la, tapi lepas makan, kena la jaga mulut supaya tak berbau. Lagi teruk masa buang air dalam jamban, kena la wangikan balik..ehehe..Nanti nad bagi petua ye.

Makanan penyebab bau mulut umumnya terjadi karena makanan tersebut memiliki kandungan sulfur yang kuat. Kandungan inilah yang menjadi sumber utama penyebab bau pada makanan. Nad tak kisah semua tu, yang penting  kita yang nak makan, makan jela. Antara makanan penyebab bau mulut ialah Ulaman seperti Petai, jengkol dan durian.

Petai


Ni salah satu kegemaran nad. Kalau makan dekat luar, makan tempat nasi berlauk, mesti tengok bahagian ulaman. Ada petai ke tidak. Kalau boleh tengok petai tu elok sikit kadang ada ulat, geli nak makan. Petai ni berbau, tapi memang dah suka nak buat macam mana kan. Selain baunya yang menyengat, petai ternyata memiliki manfaat yang baik bagi para penderita diabetes karena biji petai mampu meningkatkan produksi insulin dalam tubuh. Nad pernah buat entri pasal kebaikan petai. Boleh rujuk di SINI.

Durian


Durian. kadang orang tak suka sebab bau dia. Tapi durian ni kalau dah rasa sekali, dapat pulak yang manis, memang takkan berhenti makan. Masa tu lupalah segala bau dia tu..hehehe. Lagi sedap kalau dimakan dengan budu. Pertama kali nad belajar makan durian dengan budu masa dekat kolej. Ada entry dekat SINI. Masa tu dapat rasa macm tempoyak. Dan sejak tu suka makan tempoyak..Tak kisahla sambal tempyak, ikan patin masak tempoyak..memang tak terkata bila dapat makan.

Jengkol


Spesis macam petai juga. Cuma jengkol ni kadang ada yang pahit. Nad jarang makan jengkol, tapi kalau ada memang cuba..hahaa..

Ok kalau korang makan makanan yang berbau ni, mesti nak hilangkan bau mulut tu kan. Ni petua nad bagi
- Kunyah chewing gum
- Kunyah timun
- makan beras mentah dalam 10 biji selepas makan benda2 bau
- berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur dgn listren
- Masa buang air, semburla bau wangi supaya bau tu tak terperap dalam jamban.

KERJA SURIRUMAH TAKKAN HABIS!!!

in , by Nadia Johari, 22:29:00
hai assalammualaikum

Kerja Takkan Habis - Setiap hari ada je kerja yang akan dilakukan. Tak kisah la kerja dekat pejabat atau dekat rumah. Kerja memang takkan habis. Ada je yang baru..huhuhu. Macam nad, surirumah sepenuh masa, setiap pagi sampai ke malam, kerja je. Padahal kerja tu dah buat, tapi akan buat lagi, dan lagi dan lagi. Memang takkan berhenti. Lagi ada anak kecik, lagilah bertambah kerja. Orang cakap " takpe dapat pahala"..syukurlah dapat pahala, tapi pelik kerja tak habis-habis..hahaa..Takyah pelik sangatlah nad, dah benda tu pun kau guna hari-hari..Memang takkan habisla kerja kau..


Pagi-pagi akan kemas dapur, basuh pinggan mangkuk. lap dapur sampai licin. Bukan tu saja, siap lap meja makan lagi sebab nak makan biar bersih. Sedangkan kejap lagi akan masak balik dan makan. Benda yang dah dicuci tu akan kotor balik. Dan akan berulangla kerja mengemas tu..hahahha.. Apa nak buat sifat perempuan. Kalau tempat tu tak bersih, nak masak dan makan pun tak senang. Kalau la ada dapur yang masa masak tak kotor terus bersih atau meja makan masa makan dah siap hilang nasi yang bersepah tu..hahaa..senang hidup. Kalau taknak kemas, kau makan kat luar je. Kan bersih je dapur dan meja makan..hahaa..


Lagi setiap hari kau akan mengemas rumah, kau mop rumah sampai harum satu rumah kau. Tapi dalam beberapa minit, tengok rumah bersepah balik, gara-gara anak..hahaa..Nad mampu gelak jela. Nak larang tak boleh, sebab anak tengah meneroka. Kadang-kadang senang hati bila tengok lantai dah berkilat bagai, tapi tiba-tiba ada je benda kotor yang datang. Kau rasa!!!

Tapi tak heran pun sebab rumah pun sebelah jalan, memang habuk akan ada selalu la. Taknak buat kerja, kau tidur jela. Mampu ke nak tengok lantai hitam dengan kekotoran. Takkan..jadinya buatla kerja tu..hahaa..


Lagi satu, kerja takkan habis bila baju kotor yang baru dikumpul masuk dalam bakul, dan baru lepas dicuci. Tersenyum kau tengok bakul takda baju kotor. Semua baju dah dicuci dan dilipat. Tapi, esoknya kau tengok ada balik baju kotor. Tiba-tiba sekejap je dah penuh. Padahal kau baru habis basuh baju, tetiba datang baju kotor yang baru..hahaha..Macam "like what"..ternganga japla kau. Ajaib bin heran kan.

Takyah ajaib sangatla, sebab pakai baju pun hari-hari. Lainla kau bogel. Eh!! nak ke kau bogel keluar..ahhaha..takkan. Tak pun pakai baju pakai buang, macam lampin baby dah pakai buang. Kaya kau nak buang-buang baju..ahhaa..Jadinya, kau terpaksa juga basuh baju. Ini menandakan kau memastikan dalam rumah tu sentiasa paai baju cantik dan bersih. sebab tu baru kau cuci baju ada baju kotor..hahaa


Macam ni la kerja surirumah. Tambahan lagi kerja sebagai ibu. Siapa kata surirumah duduk melenggang je. Ewah-ewah..sedap mulut kan. Surirumah lagi banyak kerja tau. Memang penat buat benda yang serupa berulang kali, tapi ni la kerja kita. Kadang macam tak sempat je kau nak rehat. Tidur, lagilah macam tak cukup.. Anggap jela sebagai senaman..hehee..Kerja Surirumah walaupun tak dapat gaji yang banyak, tapi dapat pahala yang banyak.
hai assalammualaikum

Appletoner.com Jual Ink Dan Toner Printer Secara Online - Printer adalah alat yang dapat kita gunakan untuk mencetak documen (tulisan, gambar dan tampilan lainnya) dari komputer ke media kertas. Bila ada printer, mudah kerja kita kan. Siapa ada printer dekat sini, tak kisahla dekat rumah atau dekat pejabat?? Masalah utama printer, mestilah ink printer kan. Bila dah banyak print kerja, mesti ink printer akan habis. Masa tu la nad akan bersusah payah nak pergi kedai printer. Kadang rasa malas nak keluar pergi kedai. Kalau boleh nak semua benda datang dekat kita. Kita cuma tunggu benda tu sampai je..hehe..


Hah!! jangan risau.. Betapa mudahnya kehidupan kita sekarang. Macam-macam benda kita boleh beli secara online. Ink printer pun ada dijual secara online. Selalunya kita nampak pakaian, perabot, kecantikan yang dijual secara online, tapi kali ni barang printer pulak. Kedai onlineyang menjual ink printer yang nad maksudkan ialah Apple Toner. Memang tersenyum la bila tau ada printer catridges yang dijual secara online.  Bila nad tengok website Apple Toner ni, kedai online ni bukan sahaja jual ink malah dia jual printer juga. Dari Office equipment printer atau untuk kegunaan rumah pun ada. Semua brand printer ada, dari printer biasa sampailah heavy user macam Xerox Machine.

Bila nad tengok bahagian ink catridges ni, banyak jenis ink catridges yang dijual. Dekat sini ada macam-macam jenis brand ada, macam HP, Canon, Brother, Dell, Samsung, Oki and even Xerox pun ada. Harga dia pun sangatla berpatutan. Ada Corporate Order untuk mendapatkan diskaun.


Bila nad tengok lagi, bahagian Toner di setiap gambar ada tulis Compatible Toner dan Original. Kalau korang nak tau, dia ada bagi information berkenaan ni di bahagian sidebar. Dekat situ korang boleh baca. Mula tak paham, lepas tanya dekat customer service, diaorang terangkan. Compatible Toner yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pihak ketiga dan dijual di bawah jenama yang berbeza. Selalunya compatible toner mungkin berbeza pada rupa, reka bentuk dan hasil  dengan original. Compatible toner ni plak bukan yang fake atau re-fill tapi dibuat oleh kilang untuk memenuhi keperluan brand-brand yang ada kat market.



Kalau korang rasa macam tak tau nak pilih ink printer atau toner mana yang bagus, atau nak tanya pertanyaan, korang tak perlu risau, sebab website Apple Toner ni ada support chat yang boleh bantu korang untuk jawab pertanyaan korang tu.Nad lagi suka yang ada customer services jenis chat ni, sebab dia akan jawab dengan pantas dan cepat. Masa tu nad nak pilih barang pun tak amik masa yang lama. sambil chat sambil kita tengok barang mana yang disyorkan.

Puas hati sangat dengan servis yang ditawarkan. Lagi best di Apple Toner, diaorang ada buat free delivery penghantaran dengan pembelian RM100 keatas. Selain itu,masa penghantaran pun cepat, beli harini, esok dah dapat barangnya. Tapi!! korang kena pastikan order sebelum pukul 2 petang. Untuk mereka yang tinggal di lembah klang lagi untung sebab boleh dapat pada hari yang sama jika order barang sebelum pukul 12 tengahari. Berkenaan waranti dia 365 hari bermaksud setahun.

Kalau sebelum ni, nad beli printer, ink dan toner kena pergi lowyat atau kedai komputer. Tapi sekarang semua benda kena berjimat..hehe. Dah mudah dengan adanya Apple Toner ni. Nad memang recommend habis korang beli je barang-barang printer tu dekat sini. Kepada mereka yang ada printer lagi-lagi di pejabat tu, semoga memudahkan kerja korang. Korang boleh layari :
Website: https://www.appletoner.com.my
Address: No.B-2-10, Block B, BBT One, Lebuh Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang. Selangor.
Phone: 012-362 1360 / 012-361 8182
Email: sales@appletoner.com.my
Fax: 03-3325 1579

Working Days/Hours:
Mon - Fri / 8:30AM - 6:00PM



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2