hai assalammualaikum

Logitech X100 Wireless Speaker -  Tempoh hari, nad ada terima Box Of Joy dari Lazada. Salah satu barang yang nad terima dan membuatkan nad teruja dan suka sangat sebab pertama kali jumpa produk ni..heehhe iaitu Logitech x100 Wireless Speaker. Selalunya bab speaker ni, nad cuma tau yang apsang dekat laptop tu, dan kene cucuk dekat laptop. Tak sangka ada juga speaker yang boleh bluetooth dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sukaanyaaaa......!!!!

Nad memang suka dengar lagu sambil buat kerja. Kalau sebelum ada speaker ni, nad pasang lagu dekat laptop, bila pasang tak dengar sampai ke dapur walaupun dah pasang kuat. Lagi satu laptop nad ni tak boleh pasang kuat sangat, nanti speaker laptop pula rosak. nak bawak laptop memang tak la masa masak kan..haaha. Phone pulak memang tak bawakla, kang nanti sikit-sikit nak tengok whatsup..sikit-sikit nak online..hahahha..susah betul..


Nasib baik ada Logitech x100 Wireless Speaker ni..mudah sikit. Speaker ni memang berbaloi korang beli, sebab banyak kelebihannya..Dengan reka bentuk yang bulat dan comel ni, ia sesuai untuk semua orang yang sukakan muzik.

Kelebihan Logitech X100 Wireless Speaker

1) Sangat Ringan


- Logitech Wireless Speaker ni sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja. Bahan yang digunakan kombinasi getah di bahagian bulatan berwarna itu. Mudah untuk dipegang dan dicengkam pada tangan. Tidak licin dan keadaan pepejal. beratnya hanya 162g

2) Selamat untuk kanak-kanak


Paham-paham jela,kalau ada anak ni, semua benda nak tau dari mana datang bunyi tu. Mula la dai mencari. Dan bila nad cuba pakai Logitech x100 Wireless Speaker ni, dia terus lari dan amik speaker tu sebab nad pasang lagu Didi and Friends. Terus dia pegang dan dengar..hehee. Selamat dekat budak-budak sebab tak berat dan takda elektrik dimana-mana. Kalau dicampak, mungkin ok lagi sebab dia bukan kaca.

3) Mudah digunakan.
Masa nad buka, ingat susahnya la nak guna. Rupanya, senang je..Korang akan dapat kertas intruction yang tunjukkan cara nak gunakannya.

Ada 4 butang navigasi yang mudah digunakan.

Wireless speaker ni ada dua cara nak gunakan.
- satu cara secara bluetooth
- satu cara boleh guna USB cable.



Sebelum korang blueetooth atau apa, korang tekan butang on dulu ye. Yang ada simbol eperti dalam gambar. Lepas tu annti ada cahaya biru kecil-kecik dekat speaker dia..hah!! dah hidup la tu. Lepas tu ikut korang nak blueetooth atau guna USB cable.

Macam nad suka bluetooth je, boleh bawak dan dengar dekat mana-mana. Ia serasi dengan mana-mana peranti yang mempunyai Bluetooth. Tak kisah mana-mana telefon Android, peranti iOS atau komputer riba. Hanya tekan blueetooth, dan cari connection. Nampak nama Logitech dan connect. Terus boleh guna. Bluetooth dengan jarak linkungan 30ft


Untuk cara cable, pasang wayar USB cable yang disediakan dan gunakan dekat laptop atau phone korang..mudah je..Macam tak biasa guna USB cable..

4) Suara yang sangat jelas



Kalau korang nak kuat boleh tekan simbol tambah, simbol tolak untuk kurangkan volume. Kualiti bunyi yang baik adalah bagus juga. Ia mengandungi 96 mm audio output Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengharapkan ultra tertinggi output bunyi yang jelas dari yang dah disediakan. Bila korang nak kuat lagi, dia ada bunyi "bib'..tu maknanya dah tak boleh kuat. Sampai situ je kuat dia. Tapi memang jelas la.

5) Boleh digunakan untuk Telefon.


Bestnya, bila orang telefon pun boleh guna logitech wireless speaker ni. jelas dengar suara orang tu. Contohnya macam dalam kereta,  dia boleh menjadi pengganti kepada earphone..haaha. Yela kadang korang nak telefon nak guna earphone, dalam kereta,tiba-tiba earphone rosak jadi korang pun buat loudspeaker. Tak dengar pulak bila Loudspeaker. Kan dalam kereta tak boleh telefon,kena tahan dek polis nanti. jadinya guna jela Logitech wireless speaker ni. Mudah..boleh buat panggilan telefon bebas tangan lepas ni.




Tapi korang kena pastikan korang ada AUX cable untuk penggunaan telefon. Macam nad takda, jadi tak boleh nak cuba. Ada cuba secara blueetooth tapi bunyi ninong..ninong..hahhaa..

6) Bateri Tahan Lama

Bateri tahan selama kira-kira 5-7 jam yang merupakan satu lagi ciri yang besar pembesar suara ini. Okla tu kan..lama tau.. Kalau nak cas boleh je, cas lebih cepat dengan 90mm kabel mikro USB yang disertakan.

7) Boleh dibawa kemana-mana


Disebabkan speaker ni ringan dan mudah dimasukkan dalam beg, jadi ia boleh diabawa kemana sahaja. Tak semestinay dalam rumah, luar rumah pun boleh. Masa travel pun boleh..hah!!,,best kann..Pergi pantai atau taman, dengar muzik. Masa jogging..seronoknyaa..hehee..

Waktu meeting pun boleh..perghh hebat tak..

8) Boleh diletak atau digantung

Logitech ni korang boleh letak atau gantung dekat mana-mana.



Itulah antara kelebihannya..Dahla mudah dan ringan. Selamat pulak tu. Ada banyak lagi warna yang korang boleh pilih dekat Lazada. Korang boleh tekan link dekat  Logitech X100 Bluetooth Mobile Wireless Speaker - Yellow Purple
- Bluetooth wireless speaker
- 3.5 mm audio output
- Support phone calls
- 30ft wireless range
- 5 hours batteri life

System Requirements

- For audio playback
- Smartphones, tablets and other devices that support Bluetooth wireless audio - profile or 3.5 mm audio output
- For phone calls
- Phones that support Bluetooth Hands Free Profile

Apa yang anda akan dapat?

- Logitech X100 mobile wireless speaker
- Micro USB charging cable
- User documentation
- 1 year warranty


Apa tunggu lagi..Lazada sales tengah ada lagi sampai 12 December you allss..cepat-cepat shoping dan beli. Klink banner tu untuk pergi ke Lazada Online Revolution. Atau klik SINI je. #LZDMYrevolution


hai assalammualaikum

Jom Ke Jepun Sempena Ohara Matsuri - Bila kau teringin nak pergi Jepun, tapi tengok duit poket tak cukup, tapi kau nak rasa juga macam berada di Jepun, hah ini la masanya..hehehe. Masa ni la korang kena bergambar sebanyak yang boleh, sebab dua hari je korang dapat rasa berada di Jepun. Dekat mana?? Hah!! ..dekat Citta Mall sempena Ohara Matsuri.

Ohara Matsuri Citta Mall


Apa itu Ohara Matsuri?? Ohara Matsuri sebenarnya bermaksud Autumn Festival di Jepun. Ia adalah sambutan perayaan di mana pelbagai kebudayaan , lagu dan tarian dengan pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun yang korang boleh rasai.  Nad dan beberapa rakan blogger dah merasai pengalaman budaya dan suasana di  Jepun sempena Ohara Matsuri ni, korang jangan lepaskan peluang. Seronok sangat tau. Ni antara aktiviti yang nad lakukan sempena Ohara Matsuri di Citta Mall.

Aktiviti Seperti Di Jepun Sempena Ohara Matsuri Citta Mall

Lepak Santai di Jombali



Sebelum itu kami semua lepak di Jombali untuk basahkan tekak dan alas perut sikit. Orang cakap lepak santai sebelum ke dunia Jepun..hehee. Datang sini, korang kena rasa  aiskrim kelapa dengan topping jagung dan kacang  ni. Penuh dengan isi yang sedap. Rupa dia macam Sangkaya. Yummy!!!..



Ada juga jeruk asam mangga ni dekat sini..hehehe..Yang sup tu korang kene cuba juga..sedap juga.

Baju Kimono di Citta Mall Snowman Village


Ok jom kita ke Jepun. Banyak dekorasi suasana Jepun korang akan dapat lihat di sini..hehee. Pertama sekali,Selamat Datang ke Citta Mall Snowman Village. Dekat sini aktiviti yang paling best sekali iaitu pakai baju kimono. Akhirnya dapat juga pakai kimono, baju Jepun tu kau. Aktiviti yang memang ditunggu. Yela, sebelum ni kalau nak pakai, kena pergi Jepun, nah!! dekat Citta Mall korang boleh pakai kimono ni secara free je. Wajib tau!!....Korang pergi ke tingkat satu dan nampak kawasan Citta Mall Snowman Village. Ada dekorasi patung snow ni. Feeling seperti di musim salji gitu..





Jangan risau, ada orang tolong pakaikan baju ni. Memang amik masa, tapi disebabkan teruja, nad tetap sabar..hehee. Bila pakai kimono ni, memang rasa terus dekt Jepun, sebab hiasan dia, reka bentuk seperti di Village Jepun..hehe..Terus terkeluar ayat ..hait!! Konichiwa..Ohaiyoo..hehee..


3D Art Wall Painting / Trick Art





Seterusnya korang boleh bergambar di 3D Art Wall Painting di sepanjang tingkat satu di Citta Mall. Korang jangan lepaskan peluang, bergambar la dengan rakan-rakan dan keluarga..hhehe..Background dia semua cantik-cantik, seperti korang betul-betul berada dekat situ. Lagi cantik kalau korang poses dengan kreatif..hehe..


Ada dekat daun berguguran, depan gunung dan paling lawak jatuh bangunan tu..hehee..Alloo Fariza relaks je, maknya over siap riak muka senyum pulak..lorrr..

Restoran Tokyo Kitchen Japan


Masa untuk makan. Setelah penat, perut pun nak diisi. Kami semua di bawa ke Restoran Tokyo Kitchen. Selalu makanan jepun, nad rasa shushi je, tak pernah pulak rasa menu lain. Harini, nad dapat rasa makan-makanan Jepun yang lazat dan enak. Memang dah lama teringin nak rasa makanan Jepun. Korang pun boleh cuba, memang puas hati makanan dekat sini.




Masuk dalam restoran ni dah macam berada di Jepun. Restoran ni berada di Ground Floor ye.





Ni antara menu yang ada di Tokyo Kitchen. Ya Allah, memang membangkitkan selera. Ada sashimi, set bento, teppanyaki, shushi dan banyak lagi. Semua menu ni nampak mengiurkan. Perut pun dah berbunyi, apa lagi, makanla. Yang sup tu Fariza boleh makan. Jangan risau, restoran ni " Pork Free " dan Halal..hehee..

Manjakan Diri Di A Beauty Secret Studio


Dah puas bergambar, perut dah kenyang, sekali sekala nak manjakan diri bolehla pergi ke A Beauty Secret Studio. A Beauty Secret Studio telah beroperasi di Citta Mall selama lebih daripada 5 tahun.  Dekat sini, korang bukan sahaja boleh buat rawatan rambut malah menyediakan perkhidmatan full package, dari rambut,muka, badan kuku dan kaki. Kebanyakan produk di sini menggunakan barangan daripada Jepun.





Istimewanya kedai ni, bagi orang Melayu , kalau korang nak buat kuku, mereka ada sediakan produk Halal iaitu sejenis kuku Inglot. Macam inai la gitu. Tapi ada banyak warna. Mudah ditanggal.Dan untuk urutan, ada satu urutan yang menarik minat nad, iaitu urutan Lympahatic Drainage iaitu rawatan Ovari dan Uterus. Pertama kali dengar ada rawatan ni kan..ehhee..Kalau korang nak cuba boleh datang ke sini.


Bukan ni sahaja, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Apa nad buat hanya preview sahaja, hanya setengah je. Event sebenar adalah pada 26 dan 27 November ni. Bawakla anak-anak korang enjoy dekat sini, sebab aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Mesti diaorang seronok habis.

Korang boleh datang dan menyertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini pada majlis 'Ohari Matsuri' di Citta Mall. Terima kasih kerana Citta Mall untuk event ni, saya seperti berada Jepun.



Untuk maklumat lanjut mengenai acara Ohara Matsuri, sila layari laman
Ohara Matsuri Citta Mall
Date: Saturday, 26th – Sunday, 27th November 17
Time: 11am – 6pm.
Venue: 1st Floor, Citta Mall

Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1a/48
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301, Petaling Jaya
Tel:  +603- 7662 5000

Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm

Facebook : CITTAMall
Instagram : @cittamall


hai assalammualaikum

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Wanita - Penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting. Walaupun ada sesetengah wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk dan mengambil masa yang lama, ia sudah menjadi keperluan para kaum hawa dalam menjaga tubuhnya agar tetap sihat dan tampil menawan. Dalam menjaga kesihatan tubuh wanita biasanya memerlukan cara yang khusus kerana tubuh wanita biasanya lebih sensitif.

Kesihatan tubuh memang sangat penting untuk wanita apatah lagi pada saat wanita sedang mengalami kitaran bulanan mereka yakni haid. Wanita wajib menjaga tubuh agar tetap sihat dan bertenaga dalam menjalani aktiviti harian dengan lebih semangat, tidak kira semasa haid atau tidak. Ini antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh wanita untuk tetap menjaga kesihatan tubuhnya secara semula jadi dan praktikal.
hai assalammualaikum

Mengemas Beg Tangan, Barang Hantaran dan Luaskan Bilik - Sikit-sikit bilik nampak kemas. Kalau sebelum ni, masyallah, penin kepala tengok. Penuh dengan barang. Rasa sempit je ruang bilik tu. sebab banyak sangat benda disumbat dekat bilik. Jadinya kena la ada alternatif lain untuk susun bagi kemas bilik.
hai assalammualaikum

Watermark Simple - Teringin sangat nak ada watermark sendiri yang ada nama nad dan link blog nad. Selalu tengok orang punya, lawa betul, siap ada corak, bagai bentuk dan tulisan yang lawa. Selalunya untuk gambar, nad buat watermark dengan tulis link je guna picsart. Memang tak lawa, tapi nak buat macam mana, nak bagitau untuk gambar kita, kena bubuh juga. Nak tempah, duit banyak guna untuk lain yang lebih penting. Jadi pendamkan jela..huhu..

Dan semalam, nampak kawan blogger post gambar, siap ade watermark. Lepas tu dengan tak malunya nad komen, " buatkan watermark "..hahaa..Tiba-tiba kawan blogger kita tu massage onbox kita dekat facebook..dia cakap " Salam puan yg rock lagi bergaya , nk watermark ke , boleh je kalau nk..sbb tadi komen nk watermark ".. hahaha..terus suka..yeahhhhh...Terus cakap nak yang macam mana??..terus nad tunjuk contoh..

Lepas tu dia buat..Mula-mula dia buat tak cantik..hahaa..Nad pun cakapla macam mana nad suka, Tulisan apa nak guna, siap tunjuk lagi. Dia pulak tak tau tu tulisan apa, tanya blogger lain tulisan nad nak tu apa, blogger pun tak berapa pasti, dia suruh cek dekat satu tempat ni. Tiba-tiba kawan yang nak bagi watermark tu dah jumpa tulisan yang nad nak..ehhee. Macam tu sekali..Orang dah nak bagi, kita banyak songeh pulak..hahahhaa. Nasib nad ni jenis mintak simple je..hehee..Dia pun baik hati layan kecerewetan nad ni..






Mula-mula ingat guna nama Nadia johari dan link blog sahaja iaitu www.miszrockers.blogspot.com. Tapi bila guna tulisan tu huruf tak berbentuk lengkuk-lengku macam yang dikehendaki. Jadinya sebab terfikir untuk letak Miszrockers..yeahh akhirnya jadi juga tulisan lengkuk-lengkuk tu..suka sangatt..Simple, cantik dan nampak pro gitu kauu..hehe.

Bukan satu dia bagi, tapi dua..Satu warna hitam satu warna kelabu. Jadi sesuai untuk letak gamabr dekat mana-mana. Terima kasih awak..Memang memenuhi kriteria yang nad nak… kalau letak kat tengah-tengah gambar sekalipun watermark tu tak mencacatkan gambar atau mengganggu gambar…Ada watermark ni senang dah, tinggal masukkan je dekat gamabr yang kita nak guna watermark tu guna PICSART. Mudah je..nanti nad bagitau caranya.

Kawan nad ni tak suka dibagitau siapakah dia..ahhaa..sebab dia blogger low profile..gitu kau.hahaa..korang boleh pergi tengok blog dia ye..http://infosemasa.com/
hai assalammualaikum

Biskut Homemade Baby Untuk Fariza - Sebelum ni, nad ada belikan Fariza biskut kudapan dekat Tesco, entry ada dekat SINI. Fariza memang suka biskut tu, dia boleh makan dua ketul sekali, tak pun tiga ketul. Tak tau sedapnya dekat mana, hahaa..sebab nad rasa pun tawar je. Tulis dekat kotak takde perasa, garam semua tu, tapi susah nak caya kan. Tapi disebabkan Fariza cepat lapar dan nak makan sahaja, nad belikan jela dia. Kalau nak nad buat memang tak sempatla.

Sebenarnya, kalau boleh nak bagi makanan yang terbaik untuk anak kan. Makanan yang takda perasa, makanan yang berkhasiat untuk anak. Fariza ni apa sahaja yang disuap dekat mulut, mesti dia nganga dan makan. Budak ni disuap apa pun tak kisah. Dah macam maknya la kan, nak makan je..hehee. Jadi, haritu ternampak kawan buat biskut baby buatan sendiri. Bahan yang digunakan pun bagus, tanpa perasa, dan paling penting berkhasiat. Ada tiga perisa biskut ni, iaitu mangga, kurma dan kismis.

Biskut Homemade Baby By Mommylin


Jadi nad pun orderla dengan kawan nad. Ingat nak order tiga-tiga, tapi dia kata kismis dah habis. Ok takpela, dapatla kurma dan manggo. Ni la biskut dia, tanpa pengawet. Botol pun comel je, bukan kaca, so selamat untuk anak-anak kita pegang. Yela Fariza ni pantang tengok makanan dia, semau nak diambilnya.


Nad beli biskut ni pun, sebagai kudapan Fariza, waktu pagi, atau petang atau malam. Kadang nad tak sempat nak buat bubur dia, nad bagi makan ni. Makan empat ketul pun boleh kenyang. Lagipun Fariza ni susu badan nad juga, jadi lepas makan biskut, dia akan susu. Kenyang la kan. Kau tengokla gaya dia tu, sambil layan Didi and Friends, sambil makan biskut. Lagak macam "mem besar" pulak ye.



Fariza suka dua-dua perasa, Kurma dan Manggo..Kan dah cakap dia makan apa sahaja..hahaha. Bentuk Kurma bulat, bentuk manggo sangat comel, bentuk beruang..hehee..nak makan pun sayang.



Biskut ni jangan bagi budak pegang, sebab dia cepat hancur. Takut bertaburan di lantai..fuh banyak kerja pulak nak bersihkan. Lagi bahaya tu makan dekat tilam. Sebab tu nad yang suapkan dia. mak-mak ni aklau tak berhati-hati pegang pun boleh pecah. Jadi pelan-pelan angkat masa bagi amkan dekat anak ye. Cara nad buat, biskut ni kan dah dibalut, supaya cantik je bentuk dia dan untuk elakkan pecah, angkat perlahan-lahan, buka plastik tu perlahan-lahan, Takdela dia pecah

Biskut ni padat, jadi kalau makan, dia macam penuh dekat mulut. ala nak cakap pun susah..ahhaa.


Hah!!, biskut ni pun boleh bawak pergi travel, jalan-jalan tasik ke. Yela budak kan nak makan je kejenya..hehee. Lagi satu biskut ni boleh dilembikkan untuk bayi yang yang belum tumbuh gigi dan tak pandai kunyah. macam Fariza, dia dah pandai kunyah, jadi nad terus suap je dekat dia. Biskut ni bagus untuk budak-budak besar juga sebagai snek harian, yela bahan dia pun terbaik. Dari kita bagi makanan ringan tu kan. Biskut ni bukan budak-budak je suka, mak-mak pun suka..hahaa..

Korang yang nak order boleh wassap 019-252 3932 (Allene). Biskut ni pun boleh dipos. Nyum-nyum..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2