SELAMAT HARI RAYA SEMUA

in , by Nadia Johari, 10:07:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Alhamdulillah, selesai kita berpuasa, harini kita menyambut Hari Raya. Awal pagi dah bangun persiakan diri. Hujan rahmat pgi hari ni. Syukur Alhamdulillah. Kali ni beraya di kampung. Semestinya seronok, sebab beraya di kampung lebih meriah. Semua sepupu sepapat berkumpul memeriahkan suasana.


Tema nad sekeluarga ialah oren salmon..hehee. Lain dari yang lain. Warna ni pun belum ada lagi dalam almari baju..hahaha. Nad dengan anak dara Fariza pakai baju kebaya..auchh..hehe. Mommy vogue anak kiut gitu. Mr mafia pulak baju melayu jela..hehehe.

Pagi ni lepas solat raya, baru nak gerak pulang ke kampung. Baru tiga keluarga, dah pening nak isi baju. Yela balik kampung bukan sekejap. Dengan baju raya, baju malam, baju tidur, makeup, barang mandian, eh banyaknya la..adoii..hehee..sabar jela perempuan ni kan.

Di kesempatan ini nad ingin ucapkan

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri..
jika ada terlanjur kata, terkasar bahasa, terlajak perbuatan atau tersinggung hati...
Mudah-mudahan menjelang Syawal yg Mulia Ini, Menjadikan Kita Insan yg Memaafkan...
Semoga Ikatan Ukhwah Kekal Erat Terjalin...

Pantun jap..

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Cicak meninggal tetelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
ahad depan raya posa akan menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

10 jari jemari menyusun kata,
mohon ampun di pinta,
buat sahabat semua,

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri🎉🎊

hai assalammualaikum

Punca Tak Lalu Makan Nasi - Tujuh hari akhir Ramadhan, tiba-tiba nad tak lalu makan nasi. Pandang nasi pun tak boleh. Kalau nampak nasi mesti nak termuntah. Masa tu nad ingat, mungkin malam tu nad ada minum kopi jenama kopiko. Nad ni memnag tak boleh sebarang minum kopi. Kalau salah minum kopi mesti termuntah, pening, loya, semuala, kecuali kopi badang, nad ok minum. Tapi malam tu saja nad cari pasal minum kopi jenama lain. Tujuh hari akhir Ramadhan tu, nad lalu makan mihun atau makanan berkuah je.


Walaupun dah tak lalu makan nasi, tapi tetap nak berpuasa. sebab takda fikir apa pun. Tiga hari pada tujuh akhir Ramdhan nad masih berpuasa, walaupun lemah longlai dah sebab tak makan nasi. Pertama sekali memang teringin makan mihun. Tapi tak dapat, sudahnya makan meggi. Ada buat entry meggi dekat SINI..hehe. Lepas tu esoknya, teringin pulak makan mihun sup. Bila dapat, Allahuakbar, lega tekak. Sampai licin kita makan. Kita hirup kuah dia, nikmat betul masa tu.



Kali ketiga, nak makan laksa pulak. Samalah bila dapat makana yang kita inginkan, nikmat lain benor..hehee. Pastu rasa tak cukup satu laksa..dasyat..

Lepas tiga hari, setiap sahur mesti muntah dan tak lalu tengok nasi. Masa sahur memang kena makan nasi, sebab takut lapar, buat pun untuk mr mafia. Tu pun termuntah-muntah masa masak. Tahan jela. Rasa tak boleh masuk dapur dan tak boleh berdiri lama, sakit pinggang.


Lepas tu rasa lain macam, pergi beli Urin Test. Balik tu, terus cuba. Patutla tak lalu makan semua. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan Allah nak beri. Nad mengandung rupanya. Patutla lain sangat rasa ni. Sekali jelas double line tu. Alhamdulillah..alhamdulillahh..Hajat nak bagi Fariza adik tercapai. Kesian kadang-kadang tengok dia sorang-sorang. Bila ada kawan bukan main suka lagi. Harap-harap munculnya adik dia nanti, dia gembira dan jadi kak long yang baik.

Sepatutnya boleh puasa penuh, tapi disebabkan loya terpaksa 4 hari skip..huaaa..Takpela, demi adik Fariza. Mohon korang doakan terbaik untuk kandungan nad. Syukur alhamdulillah.

SYAMPU SAFI SHAYLA PILIHANKU

in , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Syampu Safi Shayla Pilihanku - Nad memang pengguna Syampu Safi Shayla. Memnag best shampu Safi Shayla ni sebab ada habastussauda. Sejak dikeluarkan, terus berkenan dan beli. Memang sesuai dengan rambut nad yang ada banyak masalah ni. Shampuu Safi Shayla ni banyak pilihan, ikut masalah rambut korang la ye. Macam nad, banyak kelemumur, rambut gatal. Jadi nad guna shampu Sfi Shayla Anti Kelemumur. Alhamdulillah, masalah kelemumur dah berkurang. Rambut sentiasa segar je.
hai assalammualaikum

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, . Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan tertentu (asnaf) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang LIMA.


Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ( tiada institusi lain yang dilantik untuk mengutip zakat harta selain PPZ-MAIWP di wilayah persekutuan ) . PPZ bukan uruskan untuk semua negeri, lain negeri lain nama pusat pungutan zakat dia ye. Sila ambil tahu tau!!.

Setiap zakat yang telah dikutip akan diserahkan kepada Baitulmal-MAIWP. Baitulmal-MAIWP akan mengagihkan setiap zakat kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya. Boleh nampak kan dia punya prosedur supaya setiap asnaf yang berhak dapat menerima zakat secara adil dan saksama.

Isu Membayar Zakat Kepada Amil Yang Tidak Bertauliah

Dalam dunia ni, zakat pun ada juga orang nak ambil kesempatan. Ada antara individu yang sanggup menipu bahawa dia la pengutip zakat. Umat Islam selaku pembayar zakat dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak mempercayai individu tertentu yang mungkin menyamar sebagai pengutip zakat bagi pihak institusi zakat atau organisasi. Sebelum membuat pembayaran zakat, eloklah selidik dulu, amil yang telah didaftarkan oleh PPZ-MAIWP.

Masyarakat harus mengambil berat mengenai isu ini bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Contohnya, PPZ-MAIWP selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan di Wilayah Persekutuan turut menegaskan pihaknya kini telah menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan  di sekitar Wilayah persekutuan bagi membendung gejala ini di kalangan masyarakat. Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada umat Islam di negeri ini ditipu oleh individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah.












Pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah, MAIWP melantik amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumpulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.

MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974.

Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal

Akta Kesalahan Jenayah Syariah  (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559).

Perbuatan individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah bukan sahaja salah kepada penerima tetapi juga kepada pembayar kerana membayar zakat pada bukan yang hak

Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’

Manakala pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada  mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’

Orang Islam diseru supaya membayar zakat kepada agensi pungutan zakat bertauliah yang dilantik kerajaan bagi memastikan agihan bantuan zakat disalurkan secara adil kepada golongan yang layak. Sebab itu kita menggalakkan umat Islam membayar zakat masing-masing sama ada zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat simpanan, kepada agensi yang bertauliah seperti Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kerana agensi ini mempunyai sistem yang lebih lengkap termasuk maklumat dan data mengenai golongan berkaitan.


Bersesuaian dengan MOTO PPZ-MAIWP, “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan. Sama ada untuk mendapatkan maklumat zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat, semuanya dipermudahkan.

Setiap lapisan masyarakat akan mendapat maklumat berkaitan zakat melalui aktiviti-aktiviti turun padang yang mempunyai sasaran yang berbeza. Kini, kepelbagaian dakwah secara kreatif dilaksanakan bagi sasaran yang menyeluruh meliputi, ceramah; forum di
a.    Pelajar sekolah / Universiti
b.    Para pekerja (kerajaan / swasta)
c.    Syarikat-syarikat
d.    Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown


Tidak terkecuali menerusi teknologi ICT yang kini menjadi pilihan utama masyarakat dalam urusan harian. Dakwah di alam maya turut dibuat bagi menyasarkan generasi-generasi muda / generasi gadget / generasi Y (GEN Y). Sekarang kan dah zaman moden, mestila media sosial menjadi pilihan anak muda. Antara media sosial yang digunakan ialah :
a.    Facebook
b.    Portal
c.    Twitter
d.    Blog

Setiap kempen / promosi yang di jalankan oleh PPZ-MAIWP mempunyai sasaran kumpulan tertentu dan dilakukan di beberapa tempat. Jika anda ingin mengetahui tentang zakat, anda boleh datang ke 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP iaitu di boleh ke Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Plaza RAH, Masjid Negara, Wangsa Maju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya, Masjid At Taqwa, TTDI, Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong, Masjid Imam Al Ghazali, Kepong, UTC Pudu Sentral dan Labuan Times Square, Labuan.

Harapan PPZ-MAIWP agar semua yang berkenaan dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jujur. Sebagai badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PPZ-MAIWP mengharapkan dengan segala kemudahan yang telah mereka sediakan akan memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat untuk mereka membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t.  Selain itu, dengan zakat yang dikutip inilah menampung kehidupan seharian  kepada asnaf-asnaf yang  bergantung harap kepada Baitulmal. Tunai zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf dan disalurkan kepada mereka yang layak dengan adil dan saksama.



Ada contest untuk mereka yang ingin membayar zakat dengan potongan gaji..wah..menarik kan!!..Ye, sekarang boleh bayar zakat menerusi potongan gaji., jadi kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan zakat atau apa sahaja boleh layari
Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my
Facebook: Facebook.com/myzakat

Talian zakat: 1 300 88 5757








hai assalammualaikum

Hah!!, siapa suka tengok cerita puteri-puteri cantik seperti Rapunzel. Nad suka tengok cerita kartun macam ni. Dah jadi mak orang pun tetap layan cerita macam ni..hehee..best kan..Hah!!, korang baca sampai habis tau, sebab nad ada buat contest, nak bagi korang hadiah best punya..baca sampai habis ok..contest mudah je..hehee..
hai assalammualaikum

Susu Kambing Hayra Untuk Kesihatan Dan Kecantikan - Sepanjang bulan puasa ni, nad amalkan minum susu kambing setiap kali bersahur dan berbuka untuk dapatkan tenaga. Lagi nad sekarang masih breasfeeding anak, jadi kena la ambil minuman yang boleh buat badan kita bertenaga selain ambil makanan berat. Seperti kita tau, susu kambing kan bagus untuk ibu yang menyusu. Bukan ibu je dapat khasiat, malah anak pun dapat. Tapi kali ni, nad minum susu kambing yang bukan sahaja beri kesihatan tubuh badan malah kecantikan. Hah!!, terkejut!!..hehee.
hai assalammualaikum


Budak ni kalau tak tidur petang, dia akan tidur awal dalam pukul 8 malam gitu, lepastu mesti terbangun pukul 12 tengah malam..pastu paham-paham jela, mata dia segar bugar, yang kita dah ngantuk kena tidur nak masak sahur karang.

Paksa tidur balik takmau, sudahnya pergi bilik kerja daddy sebab dia ajak. Paham benor bila dia ajak pergi bilik kerja daddy dia. Main la dekat situ. Agak-agak macam dah lama main, ajak tidur..ok dia nak ikut. Kitaorang tidur depan tv.

Tutup semua lampu, baring dan susu. Ingatkan dah tidur bila tutup lampu dan susu, rupanya sampai ke sudah dia tak tidur..kejap-kejap kejut mommy bangun..menangis-nangis taknak tidur..hishh nad ni dah tak larat. Kita biar jela Fariza nangis..nangis pun nangis laa..

Lepas tu buka tv, biar dia layan sorang-sorang. Kita ngantukk sangat. Sambil nangis, sambil layan tv. Lama-lama senyap. Kita tersedar, tengok, Fariza duduk sandar dekt sofa layan tv. Kita pun sambung tidur. Sekali suami kejut dah 4.30 pagi..

Turn suami pulak jaga Fariza, kita masak sambil mamai. Dah siap masak, makan la. Fariza sekali sahur. Dah selesai sahur, duduk dekat sofa kejap, layan online, anak layan tv, sambil susu. Heaven betul awak ye..hahha. Sekarang budak ni dah tidur semula lepas kenyang makan sahur.

Huaaa..nak menangis rasanya bila tak cukup tidur..penat badan..baru nak lena..sekarang..kita nak sambung tidur..nite..hahahha

Macam ni la ada anak..
hai assalammualaikum

Haritu balik kampung, habis muka nad, sebab lupa nak bawak makeup remover dengan pencuci muka. Muka nad memang sensitif sikit, kena bersihkan dengan makeup remover, lepas tu baru cuci. Kalau tak, memang naik jerawat. Dah naik jerawat dua ketul dekat muka..geram je rasa. Membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda menggunakan alat solek ataupun tidak. Membilas air semata-mata tidak mencukupi. Jadi kenala buang makeup dulu dengan pencuci makeup, lepas tu cuci muka dengan sabun pencuci.
hai assalammualaikum

Siapa layan drama TV3 pukul 10 malam Andainya Takdir, kita gen..hehe. Walaupun jalan ceritanya agak menggeramkan dan menyampah, tapi tetap nak layan, sebab nak tau apa kesudahan cerita ni. Perasan tak, heroin dalam cerita ni, Fatihah, watak kejap lembut, kejap geram. Bila tengok, memang kita geram kan, yela dah tau kena pukul, lagi nak balik rumah, boleh je mintak cerai kan. Tapi disebabkan laki dia kadang-kadang lembut, tu susah sikit, atau mungkin disebabkan anak. Dah namanya cerita kan, kena tanya pengarah la kalau nak ubah cerita tu..haaha.















Sebenarnya nad macam pernah tengok Fatihah ni berlakon sebelum ni, tapi mungkin tak perasan atau muka lain, atau bukan jadi heroin, jadi jarang tengok dia berlakon. Nama panggilan Fatihah ialah Nina Iskandar. Dia ada nama betul lagi..Bila tengok lakonan dia, memang menjadi, dia menjiwai watak. Perwatakan yang lemah lembut, raut wajah yang ayu, sesuai la berlakon dengan watak yang ayu dan sopan. Cantik je muka dia kan..















Baru tau Nina Iskandar ni asalnya dari Brunei. Patutla lawa. Nama sebenar dia Nur Akmalina Iskandar. Lahir 4 Ogos 1991. Umur sekarang 26 tahun..muda lagi weii..nad pun 29 tahun..hehee.

Pernah berlakon beberapa drama dan Filem antaranya:
Filem: Perempuan Muka Surat Tujuh, Sniper dan Lu, Gua Bro, Cari, Muka Surat Cinta, Pengantin Malam, Ada Apa Dengan Rina

Drama: Balkish, Rintihanku, Jika Itu Takdirku, Raya Ni Mesti Kahwin, Dendam Semalam, Terlarang Sudah Rinduku (2016), Andainya Takdir (2017)















Banyak rupanya, mungkin bila makeup lain, jadi lain, tu yang tak perasan tu. Bila dia berganding dengan Syukri Yahaya memang menjadi. Bagus betul.

TENANG MAKAN MEGGI

in , by Nadia Johari, 01:44:00
hai assalammualaikum

Tenang Makan Meggi - Sekarang dah trending drama TV3 #AndainyaTakdir. Cerita kalau best memang akan naik, walaupun cerita ni banyak keburukan dan kekasarannya..Kalau korang tengok mesti korang faham kan, yela banyak aksi memukul, lepas tu berlaku depan anak. Bahay tau kalau budak-budak tengok..jadi orang dewasa, kalau nak tengok kene layan sorang-sorang..hahaa. Kalau tengok cerita ni, memang akan geram, atau pun akan buat darah tinggi..hahaa. Jangan over, drama je ok. Lepas habis drama sila hilangkan emosional anda itu..

Lepas je habis drama Andainya Takdir, tekak tiba-tiba nak makan meggi..hahaa. Geram punya pasal, nak makan meggi. Lagipun dah lama tak makan meggi oo..dalam beberapa bulan jugakla. Pergi dapur, tengok-tengok meggi habis. Tak beli stok meggi. Ada pun sebungkus ramen pedas..eee..taknakla makan..pedas gilerr..kalau buat kuah tak sedap..rasa lain. Tekak kita nak juga meggi berkuah..hirup kuah..slurpp..slurpp..

Naik bilik kerja mr mafia, paksa ajak pergi kedai mamak, semata nak makan meggi. Tak tau tekak ni kenapa nak makan makanan berkuah. Dah ngidam sebelum ni,nak berbuka mihun sup, tapi asyik tak dapat je, sebab mr mafia ada hal waktu berbuka, jadi nak suruh dia pergi bazar beli mihun sup tak boleh. Jadinya malam ni paksa juga ajak kedai mamak pergi makan meggi berkuah..Lagipun pagi sahur semalam nad muntah. Pastu pening dan mual, sebab tu nak makan-makanan berkuah.


Nasib dia nak..hehee.kadang mood mr mafia ni tak tentu. Suka kita..sampai je terus order meggi kari. Dapat je, terus hirup kuah dia..sluurrppppp!!!..Ya Allah, sedapnya..tekak ni rasa dapat sesuatu yang diinginkan memang legaaaa...Makan dan makan bersama air limau..

Alhamdulillah..lega dapat apa yang nak..tapi tetap teringin nak makan mihun sup..harap esok dapat..heehhe..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2