hai assalammualaikum

Mainan Pebble Handmade Yang Menarik Dan Unik - Suka tengok barang baby yang kiut, comel ni. Lagi-lagi untuk baby yang baru lahir ni, mestilah nak cari sesuatu yang boleh buat dia jadi teman waktu tidur atau semasa bermain. Ternampak mainan Pebble dekat Motherhood, nampak menarik. Jenis kain, tapi masih selamat untuk baby. Bolehla bagi dekat baby, buat gentel-gentel nanti..ehhee.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Pebble Organic- Sleepy Bunny Teal

Mainan Pebble Handmade

Hah!!, ni la dia. Comel kan Mainan Pebble yang nad pilih dekat Motherhood ialah Sleepy Bunny Teal. Bila baby keluar nanti, waktu dia tidur, boleh bagi ni, bagi di peluk. Kain bukan biasa-biasa kain. Kain cotton yang diperbuat daripada kapas 100% asli. Yang lagi menarik, mainan Pebble ni dibuat dengan tangan iaitu handmade. Pergh halus betul dia buat. Cara macam ni orang kita panggil " kait ". Bukan senang oo nak buat mainan macam ni guna tangan. Kain pun tak mudah tanggal atau berbulu. sesuai untuk kanak-kanak dari bayi sampai besar.

Mudah dibasuh sama ada guna tangan atau guna mesin.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Suka dia pegang tekinga rabbit

Pebble Organic - Sleepy Bunny Teal
Doudous adalah mainan yang sesuai ketika hendak tidur atau bila-bila masa sahaja. Jadi masa anak tidur, bayi akan rasa terhibur sebab dia akan teman tidur. Teringat nad, dulu pun nad ada satu mainan kura-kura untuk dibawa tidur. Baby ni kan suka tidur dengan pegang tangan ibu atau pegang sesuatu yang boleh buat dia lalai. Jadi kita tak mampu la 24 jam nak pegang, alternatif lain bagi kain numpkin atau kain khas dia. Tapi, apa kata cari kain yang ada rupa binatang macam ni. Mesti dia suka.

Ciri-ciri utama:
• Barang buatan tangan dengan hasil yang sangat baik oleh tukang-tukang berbakat
• Selamat untuk bayi dan anak kecil untuk mengunyah
• Bahan: kapas 100% ORGANIK dengan 100% poliester
• Arahan penjagaan: mesin boleh dibasuh pada 40 darjah dan boleh jatuh kering pada tetapan yang rendah
• Saiz: 22x22cm (selimut mini), 5x5cm (kepala bunny)
• Reka bentuk UK

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
100% kain cotton dan berkualiti

Mainan Pebble sangat lembut dan halus buatannya. Pebble adalah produk berkualiti tinggi, tahan lama. Benang kapas kuat dan bebas daripada habuk dan lembut pada kulit bayi anda. Takdela bila letak dekat muka, boleh buat gatal-gatal hidung tu. Tengok Fariza yang sibuk. Nak bagi dekat adik dia , dia yang beria nak. Kalau digigit pun selamat. Produk mainan Pebble dibuat sepenuhnya dengan tangan dengan bahan semulajadi dan oleh itu terdapat sedikit variasi saiz, warna dan reka bentuk selaras dengan ciri unik produk ini.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Dia pulak yang lebih-lebih

Kelebihan Mainan Pebble

1) Unik dan buatan tangan
Setiap mainan adalah unik dan hanya wujud sekali sahaja. Semua mainan kerikil terbuat dari kapas 100% asli dengan tangan para pengrajin berbakat dan terlatih

2) Selamat untuk Bayi Anda
Semua mainan kerikil adalah kawalan kualiti, makmal yang diuji dan disahkan, mereka disimpan untuk bayi dan kanak-kanak untuk mengunyah

3) Kualiti tinggi
Anda menerima jaminan 6 bulan di mana-mana mainan kerikil. Kain semulajadi, kapas organik dan jaminan mutu kerja yang sangat baik yang berterusan untuk anak anda.

Kalau korang nak tau, mainan Pebble ni merupakan mainan buatan tangan yang dibuat oleh wanita di Bangladesh.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Mainan Pebble Buatan Tangan

Serba Sedikit Berkenaan Mainan Pebble

Hathay Bunano, yang bermaksud "tangan dibuat" di Bangla, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom dengan suami British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk meletakkan apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu wanita Bangladesh dalam apa jua cara. Wanita-wanita Bangladesh membuat perkara-perkara yang indah sebagai sebahagian daripada budaya dan warisan mereka, jadi itu salah satu peluang untuk  mewujudkan pilihan pekerjaan yang lestari dan fleksibel untuk wanita luar bandar yang kurang bernasib baik.

www.pebblemalaysia.com

Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, organisasi fairtrade bukan keuntungan di Bangladesh. Hathay Bunano bermakna 'dibuat' atau 'dirajut' di Bangla. Misinya adalah untuk mewujudkan supaya wanita Banglades bekerja dengan baik, berkualiti, fleksibel dan  yang prospek pekerjaannya adalah minima.

animals

Bunny

Blanket

Hat

Food

Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia. Seperti kita tahu, wanita di Bangladesh memang bertukus lumus buat kerj apa sahaja untuk membantu keluarga, jadi dengan membeli mainan Pebble ni dapat menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyediakan untuk keluarga mereka. Selain itu, dapat mengurangkan perpindahan keluarga , menghentikan buruh kanak-kanak, mengurangkan perkahwinan awal, kemudahan prasekolah & penjagaan, mengurangkan keganasan terhadap wanita dan meningkatkan kadar pendidikan wanita.

Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas dan hadiah yang sempurna untuk bayi yang baru dilahirkan, hari lahir, perayaan Malaysia sekitar tahun dan majlis-majlis khas lain. Koleksi Pebble termasuk pelbagai kapas organik, menjadikannya lebih lembut pada kulit kelahiran baru. Korang kalau berkenan boleh tengok details di bawah:
Tengah ade promosi dekat Motherhood.
Motherhood website : https://www.motherhood.com.my/brands/pebble
Pebble website: https://pebblemalaysia.com/
Pebble facebook: https://www.facebook.com/PebblechildMalaysia/?fref=ts





hai assalammualaikum

Dah Boleh Pergi Event Tanpa Fariza - Selalunya kalau ada event, nad akan bawak Fariza sekali, sebab dia masih menyusu badan, takut dia cari-cari nad. Tapi sekarang dia dah berusia dua tahun, dah alhamdulillah, dah minum susu botol, dah makan, senang nak jaga dia dah. Kalau sebelum ni, bila tinggalkan dengan daddy dia masa baby, huru hara jadinya..hahaa. Korang boleh baca entry Bila Dady Jaga Fariza. Masa ni daddynya tak reti lagi la nak buat apa-apa. Sekarang dah boleh jaga anak dah..

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Haritu nad ada event formal. Tak boleh bawak budak. Nak taknak kena mintak mr mafia jaga. Risau juga, takut dia taknak dengar cakap daddy dia, takut daddynya tak paham apa yang Fariza nak. Nak taknak terpaksa la juga tinggalkan, sampai bila Fariza nak dengan mommy kan. Bior dengan daddy seharian. Tengok apa jadi..huhu. Nad pergi event pun bukan suka-suka. Bekerja, bila dapat duit, boleh bantu mr mafia sikit. Pagi sebelum pergi tu pun dah ajar mr mafia baut susu Fariza. Yup, Fariza dah minum susu botol. Senang sikit dah sekarang.

Masa dekat event tu, mula la whatsup suami, tanya anak dah bangun belum, buat apa??, haishh semua ditanya la. Yela risau. Suami cakap dia keluar jumpa kawan, terus bawak anak, lepas anak bangun..haha. Dengan tak mandi semua..adoii la.. Lepas balik baru mandikan budak ni. Satu hal, dia mandikan dalam besen. Mau tak seronok Fariza. Sampai taknak keluar dari besen. Orang laki kalau jaga, macam tu la.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Tadi masa keluar, diaorang singgah beli Mcdonalds. Lepas mandi, mr mafia bagi Fariza makan kentang goreng tu sambil layan cerita. Setakat dia hantar tu, ok la nad tak risau. Kiranya semua berjalan dengan lancar..hahaha. Fariza ni satu je, kalau dia dah tak nampak mommy dia dari dia bangun, ok la. Tapi kalau dia nampak mommy dia keluar, hah!!, tu biasa, memang dia akan menangis nak ikut. Sama macam daddy dia nak keluar, meraung nak ikut.

Lepas tu nad tak tau apa jadi, sebab update tugasan event. Event pulak dari pagi sampai ke malam. Event MSMW 2017. Waktu tu bateri phone pun dah habis. Powerbank pun habis..adoilaa. Nasib abik ada kawan bawak plug lebih, powerbank diaorang masih penuh. Pinjam sekejap. Lepas tu dah balik, mintak mr mafia ambil.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Dalam kereta tengok Fariza dah tidur. Mr mafia cakap dari dia bangun sampai petang, tak tidur. Masuk dalam kereta ni nak ambik nad, baru dia tidur..alahaii..kesian dia. Mr mafia cakap, dia nak tidur, tapi Fariza kejut ajak main..hahaa. Maknanya dia main sorang-sorangla..hahaa. Dari dalam kereta sampai ke malam, dia tidur. Bangun nampak mommy dia, mulalah keluar sifat manja dia..hehee. Kita pun layanla..memang tidur lambat dia waktu tu sebab dah tidur kan..aiyakk..hahaa.

Memang dah boleh tinggal dengan daddy ni. Tapi takda la selalu. Mr mafia pun ada keje. Tengok event juga..hehee.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA

in , by Nadia Johari, 01:15:00
hai assalammualaikum

Pageview Blog Dah cecah 3 Juta - Mula berblog pada November 2011. Entry pertama berkenaan ayah dan mak..hehee. Masa tu tak tau lagi blog ni fungsinya untuk apa. Yang nad tau, blog ni macam diari kita. Kalau dulu tulis dalam buku, yang ni tulis dekat web. Kalau buat public, memang semua orang akan baca. Waktu mula-mula buat blog, semestinya orang takkan kenal siapa Miszrockers Blogspot. Setelah hampir tiga tahun, tengok blogger lain menulis macam mana, nad pun mula improve kan diri. Alhamdulillah, lama-lama orang kenal blog nad.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA
Pageview 3 juta

Mula join Kelab Blogger Ben Ashaari, dan belajar sedikit demi sedikit. Bukan senang nak bagi orang kenal blog kita, lagi-lagi PR, dan client yang nak promote barang diaorang. Kalau sebelum ni tulis main ikut suka je, sekarang bila tulis, walaupun santai, tapi beri manfaat kepada orang. Mula menulis yang elok, sebab blog ni akan kekal sampai bila-bila. Kalau nad takda nanti, orang baca yang elok-elok jela..huhu.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA
header terkini

Kalau dulu blog edit sendiri, hahaa..gigih sampai pagi-pagi buat coding, bila berjaya lega. Lepas tu tengok blogger lain, template lawa. Belajar juga, template pun memainkan peranan dalam  menaikkan ranking. Lagi bagus template, kemas, dan tersusun, orang suka baca. Tu bukan sahaja orang nak datang blog kita, malah menaikkan traffic blog walaupun cerita personal. Template terkini, husband yang hadiahkan waktu birthday nad. Niche blog nad, memang nad pilih untuk lifestyle. Tak kisah la pasal kehidupan nad, nad pergi mana, makan dekat mana, dan macam-macam lagi la. Memang takkan nak ada niche tersendiri. sebba nad suka kongsi apa sahaja. Sekarang dah ada anak, mula cerita bab parenting.

Nama ceriterasigadisbiru masih kekal, sebab orang memnag tau nad suka warna biru, walaupun template hitam merah..hahaa. Nama blog miszrockers pun masih kekal sebab lain daripada yang lain dan unik.

Nad akan maintainkan untuk buat entry sehari sekali. Tapi sejak ada anak ni, tertangguh pulak. Tapi nad tetap kejar..hehe. Lepas ni anak dua, kena gigih juga. Sebab blog dah jadi sebahagian daripada hidup nad. Nad dapat income pun daripada blog. Blog banyak bantu nad. Jadi nad kena jaga juga. Uishh, ada je blogger anak 7, boleh lagi masih berblogging, takkan nad tak boleh kan.

Sebelum masuk tahun baru, memang target nak cecah 3 juta pageview blog. Orang lain dah berjuta-juta, kita dah 3 juta pun syok..hahaa. Sekarang gigih lagi nak naikkan. Nad ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan blogger lain yang menyokong dan selalu berkunjung ke blog Miszrockers Blogspot ni tak kisahlah pembaca yang ada atau takda nama ( anynomous ). Sebab korang nad sampai ke 3 juta pageview blog. Terima kasih..

Semoga nad terus rajib berblog.


hai assalammualaikum


Hari Jumaat ni nak share l aperkara yang kita tak pernah ambik tau walaupun kita tau..Kongsi untuk buat renungan bersama.

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.


hai assalammualaikum

Cara Meluruskan Rambut Dengan Mudah, Senang Dan Jimat - Ingat lagi dulu, nad suka tengok orang rambut panjang dan lurus. Cantik je rambut bila lurus ni. Kena angin pun masih rapi je, tak mengerbang atau berbentuk ikal mayang macam nad ni..haaha. Kalau yang dah panjang lurus semulajadi tu, memang beruntung la. Pernah dulu, sebab nak rambut panjang, nad pernah pergi salun nak buat rebonding. Pergh memang mahal la, sebab banyak step nak kena buat. Disebabkan nak cantik, tolak tepi duit tu. Tapi tahan berapa lama je lurus dia. Kalau nak rambut lurus lagi, kenala bayar. Adoii kopak duit.

Lepas tu, nad beli pelurus rambut elektrik tu, apa ntah namanya. Biasalah nak pakai kena pandai. Kena cucuk dekat elektrik. Kalau ada orang buatkan memang bestla. Ni kalau buat sendiri, memang tak menjadi, sebab tak teratur..hahaa. Lurus memang lurus, tapi sekejap jela. Lepas tu rambut jadi rosak dan kering. Nak cantik, makin hodoh pulak rambut kita ni. Lepas tu, eh lantak rambut kita macam mana. Tapi dalam hati, masih pandang wanita rambut lurus cantik dan teringin nak rambut lurus.


StraightPro, Produk Luruskan Rambut 

Akhirnya impian nak rambut lurus tercapai. Ada kawan kenalkan produk yang boleh luruskan rambut dengan mudah dan senang. Lagi best jimat..hehee. Sukanyaaaa kitaaa..Bila dapat produk tu, apa lagi nad pun cuba. Ya, memang lurus rambut kita wak. Sukanya kita. Mudah sangat nak gunakan. Lagipun jimat sebab boleh pakai berulang kali tanpa mengeluarkan banyak duit. Meh korang, yang teringin nak rambut lurus juga, nad nak kongsikan korang dengan produk luruskan rambut iaitu StraightPro.


StraightPro merupakan produk yang telah diformulasikan di Jerman dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahan asas StraightPro menggunakan bahan-bahan yang selamat digunakan keatas rambut tanpa kesan sampingan yang merbahaya mengikut standard & teknologi German. StraightPro merupakan pelurus rambut untuk kegunaan di rumah terdiri daripada 3 bahan utama. Straightening Cream, Neutralizer, Sleek & Shine Serum. Dekat rumah pun dah boleh buat salon luruskan rambut bila ada produk StraightPro ni tau..Lengkap 3 produk untuk luruskan rambut tanpa susah-susah pergi ke salon dekat luar tu.


Tiga Langkah Menggunakan StraightPro.

Meh nad tunjukkan cara nak menggunakan Straightpro ni. Cara penggunaan adalah sepantas 30-45minit .


1) Straightening Cream ( 120g )
- Sapukan krim straightening ke rambut sehingga hujung rambut tapi bukan sampai habis rambut,pastikan biarkan 1 cm dari kulit kepala. Selesai letak krim, sisir dengan sikat. Semasa proses ni, biarkan je terbiar, jangan tutup rambut dengan tuala ke apa.Biarkan selama 12 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Selepas tu, bilas rambut. Straightening Cream ni bau dia macam dekat salun tau. Ala paham-paham jela bau salun..hehe..


2) Neutralizer ( 120g )
Selesai step pertama, keringkan rambut dengan teliti Selepas itu, pakai neutralizer secara merata. Biarkan selama 10 minit.  Selesai, boleh bilas rambut dengan teliti. lap dengan tuala kering. Neutralizer ni baunya sedap. Rambut pun wangi je. Iajuga boleh buat rambut korang sinar, lembut dan lurus.


3) Sleek And Shine Serum ( 30mL )
Langkah ketiga, sapukan serum rambut Sleek and Shine untuk melembapkan rambut keriting yang kering dan tidak teratur untuk kelancaran tahan lurus dan bersinar. Sapu secara rata ke rambut dari akar hingga ke hujung rambut. Sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lurus. serum ni pun wangi. Suka dengan bau dia.

Pakai Sekali Seminggu

Lepas korang dah guna StraightPro ni satu hari, korang kena tunggu lepas seminggu, baru boleh pakai lagi StraightPro. Jangan korang guna, setiap hari. Cukup la buat seminggu sekali, kalau nak dapat rambut lurus yang berpanjangan. Selalunya paling lama rambut lurus pun 3 hingga 6 bulan bergantung kepada penjagaan rambut kita. Yela, bila dah pakai produk lurus, rambut dah lurus, kenalah jaga supaya sentiasa lurus. Elakkan ikat rambut dengan ketat dan topi selalu. Digalakkan iron rambut seminggu sekali jika perlu.

Hah!!, kalau korang yang jenis rambut kerinting, yang memang lahir sejak azali, kerinting yang macam bentuk megi tu, bila korang pakai straightpro ni, tiba-tiba rambut tak nampak lurus sangat atau tak kekal, jangan salahkan produk ni, sebab rambut kerinting disebabkan genetic. Rambut baru akan tumbuh mengikut jenis rambut asal. Boleh guna StraightPro selepas rambut baru mulai panjang.


StraightPro dirumuskan khas untuk meluruskan dan melembutkan rambut untuk mereka yang mempunyai rambut kering. Rambut beruban juga boleh gunakan StraightPro ni. Rambut tidak akan rosak dan tiada kesan sampingan jika gunakan dengan betul dan mengikut arahan. Elakkan meluruskan rambut atau dye rambut dalam masa seminggu dari masa penggunaan. Paling penting, sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat.

Disarankan supaya tidak basahkan rambut selama 3 hari dari penggunakan StraightPro untuk mengekalkan efek rambut lurus.

Straightpro Halal Dan Selamat


BERDAFTAR DENGAN KKM
Senarai nombor pendaftaran KKM kami:
Straightpro Straightening Cream - NOT170904031K
StraightPro Neutralizer - NOT170903465K
StraightPro Sleek & Shine Serum - NOT170903466K


HALAL DAN SELAMAT
Semua kandungan StraightPro adalah Halal dan selamat digunakan. Tiada unsur-unsur yang meragukan di dalam produk ini. Gunakanlah tanpa was-was dan ia juga sah dibawa sembahyang

Hah!, mudah kan cara nak gunakan dia. Kalau korang pergi salon luar pun macam ni la cara dia kot, tapi mungkin tambah sikit servis, sebab tu bayar mahal. Beli je StraightPro ni..mudah, senang, jimat pun ye.

Sama je kalau luruskan rambut dengan salun luar. lagipun produk ni sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Testimoni nad sendirI
Nad suka, sebab rambut memang lurus. Lepas tu kena la jaga elok-elok. Senang tak payah keluar, pergi salun. Buat sendiri je. Tiga produk ni tahan lama jugakla sebab nad guna dua minggu sekali. Kalau rambut panjang dan kerap guna, mungkin cepat habisla. Rambut nad taktau panjang mana pun.

Nad nak tunjuk tak boleh, aurat. Tapi memang lurus rambut nad. Kalau tak caya, korang boleh tengok hasilnya bila kawan nad Ayuejean pakai. Boleh tengok dekat SINI.

Testimoni StraightPro






Harga StraightPro untuk Semenanjung Malaysia:
 1 Set RM65, 2 Set RM1OO
Harga StraightPro untuk Sabah Sarawak: 
 1 Set RM75, 2 Set RM110

Untuk maklumat lanjut mengenai StraightPro sila layari laman tertera di bawah :

Facebook Page : StraightPro HQ
Instagram : StraightPro HQ
Website : StraightPro

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP

in , , by Nadia Johari, 23:39:00
hai assalammualaikum

Cara Hantar Gambar Tak Pecah Di Whatsapp - Selalu kalau nak hantar gambar dekat whatsapp, selalu hantar je dekat gallery. Mula-mula tekan yang ada tanda klip, lepas tu pilih gallery. Dapat je gambar terus. Macam sama cantik je takda pecah tengoknya. 

Tapi sebenarnya gambar yang diterima tu pecah dan tak sama saiz dengan gambar asal. Masa nad pergi MSMW 2017, ada kawan ajar macam mana nak hantar gambar dekat whatsaap tak pecah..hahaa. Biasalah, kita memang ketinggalan.

PERTAMA KALI JOIN MSMW 2017

in , , by Nadia Johari, 20:29:00
hai assalammualaikum

Malaysia Sosial Media Week 2017 ( MSMW 2017 ) - Kalau sebelum ni, nad memang dah pernah dengar berkenaan MSMW ni. Sebab ada diantara kalangan blogger yang menerima award MSMW sebelum-sebelum ni. MAsing-masing blogger mintak kita undi..hehe. MSMW ni banyak kategori award dia, jadi pandai-pandaila undi. Haritu, nad pertama kali join Malaysia Sosial Media Week ( MSMW 2017 ) di Berjaya Times Square Hotel. Nad ingat kita akan tengok orang terima anugerah, tapi rupanya seminar. Tapi bagusnya seminar tu banyak manfaat yang boleh diambil. Bayangkan daripada pagi sampai ke petang event tu. Fuh!!.. Fariza kena tinggal dengan daddy dia la. Majlis formal tak boleh bawak..ehhee. Takpe dah besar, dia behave.














Majlis bermula pukul 10 pagi, dengan banyak sesi yang diadakan. Bukan dua , tiga sesi, tapi enam sesi. Tau tak berapa lama kitaorang duduk..hahaa. Tapi nasib baik seminar ni menyeronokkan dan ada info dan ilmu yang berguna yang diberi. Seminar ni bukan jemput orang yang biasa-biasa, tapi speaker yang dijemput semua hebat-hebat belaka. Bukan setakat dari dalam negara malah di luar negara juga. Dapat juag bersua muka dengan kawan-kawan alam maya.

6 Sesi Yang Bermanfaat Dengan Ilmu di MSMW 2017

Info menarik iaitu cyber buli. Selalunya dengar buli dekat sekolah je, sekarang cyber pun ada buli. Inilah zaman teknologi. Ilmu yang diberikan memang sangat berguna dengan teknologi sekarang yang menggunakan media sosial sebagai sumber pendapatan. Buat duit dengan online salah satu cara mudah nak dapat income. Tapi kena dengan cara yang betul. Inilah cara nad untuk dapatkan sumber pendapatan dengan menggunakan blog. PR atau client lebih suka menggunakan blogger untuk mengiklankan produk dan servis mereka, jadi dengan cara ni nad tingkatkan ilmu belajar lebih lagi. Sekarang pun, nad masih belajar lagi.

Nak terangkan lebih ilmu apa nad dapat pun banyak. Orang tengok je #MSMW2017 dengan twitter. Banyak dekat situ orang tweet. Bawah ni gamabr secara ringkas tentang ilmu yang disampaikan.



































Seminar ni bukan setakat mereka yang bekerja di media sosial sahaja, malah orang perseorangan dan syarikat besar.


Gambar sekitar MSMW 2017



















































Hebat memang hebat semuanya..Haritu juga ada artis yang datang tau..hahaha. Duduk depan nad je dia. Siapakah??

Masa tu dalam pukul 5.30 petang kehadiran Datuk Seri Najib Razak dalam majlis tersebut.




Abang Long Fadil a.k.a Zizan Razak Menang Malaysia Anugerah Ikon Media Sosial 2017


Tahniah buat pelawak Zizan Razak memenangi anugerah Ikon Malaysia 2017. Penyampian hadiah dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak. Masa upacara tu , aksi Zizan yang bermanaj dengan PM kita kau..hahaa.. Tau-tau jela Zizan..hahaa..Siap lentok-lentok dekat PM..hahaa..



Nad pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Zizan ni.







Seharian kitaorang disini..dari pagi sampai ke petang. Banyak input dan ilmu. Mana taknya 6 sesi yang semuanya sangat bermanfaat. Speaker pun hebat-hebat. Tak sia-sia datang. Dari cerita buli cyber, cara buat duit dan macam-macam lagi. Terima kasih @msmw2017 ..moga dapat jumpa tahun depan lagi..wihuu..
.
Malaysia Social Media Week 2017 (MSMW2017)
.
Official Social Media Channel:
Twitter @msmw_2017
Instagram @msmw2017
Facebook Malaysia Social Media Week (MSMW)

#MSMW2017 @msmw2017 #kbba9 #miszrockersblogspot #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igers #ootd #quotes #Msmw2017

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2