hai assalammualaikum


Wash Of Mask Half Moon Eyes Pinky Fruit

Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask - Semingu sekali buat mask muka. Selalu pakai mask jenis topeng tu, kali ni pakai mask jenis sapu dekat muka. Lama dah tak pakai mask jenis krim ni..haha. Tapi mask ni bukan jensi pakai, lepas tu tarik untuk cabut, ni mask, pakai lepas tu basuh. Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask, cute je packaging mask ni, bentuk dia pun comel je, tahanla pakai untuk 3kali. Bukan pakai hari-hari pun mask kan..hehee. Mask ni nad dapatkan dekat althea.kr . Dah nak habis mask ni, jadi haritu kita kasi habis la.


Masker Fruity Pink adalah mask berasaskan tanah liat, terdapat dalam pek kapsul 10ml. Teksturnya macam tanah liat, macam palydoh budak-budak tu..Tapi takdala liat sangat..kihkih. Warnanya macam pink, macam coklat pun ye. Korang perasan ada bintik-bintik hitam, sebbakan dia diperbuat daripada ekstrak buah naga, jadi tu seperti biji buah naga. Biji tu dapat membaik pulih muka kita.


Pakainya pun senang je, calit-calit dan sapu dekat muka. sapu bagi rata ya. Sapu dekat keseluruhan muka gitu. Boleh sapu pakai tangan, atau berus. Nad pakai tangan je. Tak kisahla korang nak pakai tebal ke nipis. Biarkan selama 10 minit, atau sampai mask kering. Seriusla, pakai mask ni sejuk je. Baunya memang harum, wangi semerbak bunga kasturi..hahaa..Pakai pun syok je. Serius, wangi sangat!! Dah agak-agak 10 minit. Lepas tu, boleh basuh dengan air suam. Basuh macam biasa. Memang mudah dicuci mask ni. Takdela keras macam tanah liat tu..hahaha..basuh macam cuci muka..Kena air je terus hilang.


Memang best, mask yang lain daripada yang lain. Selalunya, kalau pakai mask jenis sapu ni, akan buat muka jadi kering, tapi Pinky Fruity Mask ni, tak buat muka kering malah bertambah lembut dan kenyal macam tu..ahhaa. Masker naga ini mmbuatkan muka saya tanpa minyak dan kering. Kulit terasa bersih dari teras dan berseri selepas setiap penggunaan.


Mempunyai 8 faedah dalam masker ni iaitu Pengetatan lubang, Pengelupasan, Kawalan sebum, Penghidratan, Pelembapan, Kesan pendinginan, Penjagaan tekstur dan Nourishment.

Masker ni bukan sahaja boleh digunakan di bahagian muka, malah di bahagian dada, leher, lengan, kaki. Tapi, nad macam sayang sangat nak habiskan cepat mask ni, sebba dia best, nad pakai dekat muka je..hahaha.


Sekarang, masker Half Moon Eyes Pinky Fruity ni keluar dengan packaging baru. Lagi lawa. Masih lagi gambar buah naga.

Kalau barang kecantikan dari korea ni memang kebanyakannya best. Lepas ni boleh beli lagi Pinky Fruty Mask ni.

hai assalammualaikum

Fresh and Beautiful Business Grand Opening Flowers




Whether you are shopping for your own business or you want to send a flower for opening ceremony for someone’s business grand opening day, there is a specific design of Flower Delivery meant to make the shop more beautiful. The Florist assures you that flower arrangement you select for this special event is perfect for the business. The business grand opening flowers are guaranteed fresh and beautiful no matter the height or width. Check these awesome arrangements from the online florist Singapore:

Prosperous Beginning
Fresh flowers are beautiful gifts for a prosperous beginning. The florist in Singapore arranges them in beautiful designs to show well wishes. Flowers with vibrant colors are perfect for a design suitable for prosperous beginnings. Some flower arrangements are at approximately 3 feet to as tall as 5 feet. This design is sure to welcome your guests, visitors, and prospective clients on opening day of your business. In case you want this flower arrangement delivered to a friend’s grand opening day, you can count on the florist to personally handle the job.

Congratulatory Flowers
The fresh flowers of Gerberas and Roses combined with balloons make a meaningful Grand Opening Flower Stand on grand opening day. You can choose colorful flowers and balloons for a flower stand that express congratulatory messages. For prompt and on time florist delivery of this flower stand, let the florist guide you whether you select a pre-arranged design or you prefer to customize one for your own business or for someone’s business grand opening day. The flower shop Singapore has the selections of flowers you need for this kind of flower stand for your own shop or for someone’s shop on opening day.





A Masterpiece for Great Achievement
The fresh and beautiful flowers of Stargazers and Gerberas accentuated with the soaring Heliconias show how you want to shout your support to a family or friend for this great achievement. If it’s you who are opening a new venture, you may also choose a masterpiece with beautiful flower arrangement. The flowers are definitely a masterpiece of the florist and you can make it your wonderful design on the shop for as long as the flowers endure the time.

For any fresh and beautiful business grand opening flowers that you need for your gift or for your shop, the florist is your best place to find one. The flower stands that you choose to have or to send will surely express your warmest congratulations and complete the joyous celebration.

hai assalammualaikum


Time Internet Melancarkan Perkhidmatan Jalur Lebar Rumah Serat Terpantas Malaysia Serendah RM99 dengan Kelajuan 100Mbps

Time Internet, Internet Jalur Lebar Rumah Terpantas Malaysia Dengan Kelajuan 100Mbps Dengan Harga Serendah RM99 - Sebagai seorang blogger, internet memang sangat penting bagi nad. Setiap hari, nad akan update blog, pergi berjalan ke blog orang lain, cek email, mencari maklumat dan sebagainya. Begitu juga dengan melihat media sosial seperti facebook dan instagram. Memang tak suka bila tiba-tiba internet jadi lembap, loading pun ambil masa, data pulak tiba-tiba tinggal sikit, memang tak berbaloi dengan apa yang kita bayar bulan-bulan. Itu semua punca kerja akan jadi lambat. Nad kalau boleh nak internet yang pantas, berkelajuan tinggi, dan tanpa had data, dan lagi satu harga yang murah. Nad ada nampak post kawan mengenai TIME Fibre Home Broadband. Nad dapat tau, TIME Fibre Home Broadband melancarkan internet dengan kelajuan 100Mbps dengan harga hanya RM99 sahaja.



Biasalah, kita kalau nak pilih internet mestilah nak tengok pakej dia kan. Mesti nak bandingkan dengan pakej internet yang lain. Memang lepas nad tengok, Pakej Internet TIME Fibre Home Broadband paling murah dan berbaloi dengan kelajuan yang menakjubkan. Walaupun ada yang lagi murah, tapi kelajuan tak dapat tandingin TIME Fibre Home Broadband.


TIME Fibre Home Broadband menawarkan tiga pakej kelajuan, iaitu 100Mbps (RM99/sebulan), 500Mbps (RM139/sebulan), 1Gbps (RM199/sebulan). Ketiga-tiga pakej ini ditawarkan dalam pilihan kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan – dimana bagi anda yang memilih pakej kontrak 12 bulan akan diperlukan untuk membayar RM300 ketika mendaftar. Semua pakej ni sesuai untuk semua kegunaan dengan data tanpa had, 100% optik fiber dan modem percuma.



Dapatkan Time Internet Pelan 100Mbps Dengan Harga Serendah RM99

TIME Fibre Home Broadband sekarang menawarkan harga pakej yang murah dengan kelajuan internet yang tinggi iaitu pelan 100Mbps dengan hanya RM99. Pelan jalur lebar rumah berkelajuan tinggi yang paling berpatutan di pasaran ini korang boleh dapatkan secara eksklusif boleh didapati dalam talian dengan segera sebab dia terhad. Kalau terlepas kan dah rugi. Korang boleh klik SINI untuk tau lebih lanjut berkenaan pelan 100Mbps ni. Kalau rasa berbaloi, korang daftar cepat-cepat ye.



Bagi nad, memang berbaloi pelan 100Mbps ni. Kelajuan macam ni dengan harga tak sampai RM100 memang patut korang ambil. Boleh je berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga. Kita semua perlukan internet kan..hehe. Berminat nak daftar pelan ni? Mudah sahaja. Pergi ke link nad bagi tadi, iaitu www.time.com.my , lepas tu pergi ke pelan 100Mbps, tekan sign up, hanya memerlukan masa beberapa minit. Korang duduk relaks, lepas tu tunggu sahaja panggilan daripada mereka untuk set tarikh pemasangan dan mereka sampai di rumah terus pasang. Siap!!, semuanya di buat oleh mereka.


Bestnya, korang akan dapat RM100 dari bil korang jika daftar melalui talian.

Internet Sangat Penting Sekarang

Penggunaan internet telah menjadi satu kemestian atau keperluan dalam kehidupan kita. Internet merupakan sistem komunikasi yang menyalurkan maklumat dan menghubungkan manusia seluruh dunia. Penggunaan internet semakin mendapat sambutan memandangkan sistem komunikasi canggih ini boleh digunakan melalui komputer riba dan telefon.

Kebaikan yang jelas ialah kita dapat menerima maklumat dengan cepat dan mudah melalui penggunaan internet. Kita boleh mendapatkan maklumat hanya dengan satu sentuhan jari. Mudah bila ada internet ni kan. Dan lagi best bila dapat internet yang berkelajuan tinggi, tiada had data dan harga yang berpatutan. Dapat melayari internet tanpa gangguan, dapat menonton youtube, cerita secara online dengan lancar,  tanpa fikir data habis, jadi mestilah ambil TIME Fibre Home Broadband.

Untuk mengetaui lebih lanjut, boleh layari
Website: www.time.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/TIMEinternet/

HARGA BARANG DI IKEA BANYAK NAIK

in , , by Nadia Johari, 19:55:00
hai assalammualaikum



Harga Barang Di Ikea Banyak Naik - Sejak bila terjebak dan kenal Ikea ni?  Sejak kawin dengann mr mafia la. Dia la hantu ikea,  dan dibawanya sekali isteri untuk terjebak dalam ni..hahaha. Nah, sampai sekarang, ikea jela kalau rasa nak beli rak ke,  perabot ke. Join pulak group dekorasi Ikea, ermm lagi la suka.



Nad suka deko-deko ni sejak remaja lagi.  Waktu tu, inspirasi untuk mendekorasi nad tengok dekat kamus bergambar sekolah tu..serius weii. Semua gambar dalam tu teratur je, sampai berangan, nanti ada rumah,  nak deko macam dalam gambar tu..hahah. Waktu remaja, nad mana ada phone lagi nak google,  takda internet,  takda apa.  Nad ada handphone pun masa kerja partime lepas STPM rasanya..huhu

Harga Naik Lepas SST.. Betul Ke??

Lepas kawin, ikea jela tempat cari barang untuk mendekorasi rumah. Nad beli mana yang perlu je,  sebab harga barang dekat Ikea bukan murah,  mahal semuanya. Masa tu boleh consider belki lagi,  sebab masih mampu beli.  Tapi sejak ada SST ni,  nad tengok,  barangnya lagi naik harga. Ternganga kejap bila survey website dia. Aduhhh.. 


Contoh macam nad beli satu rak dekat Ikea ni,  rak Mulig nama dia. Gambar nad dah bagi tu. Cantik,  sebab warna putih,  lebar dan punyai 5 tingkat. Boleh letak banyak barang dekat situ. Nad buat letak barang-barang review nad dan hadiah yang kawan bagi.  Berbaloi beli, harga masa nad beli cuma RM199. Ok sangat..

Lepas tu nad tengok lagi lepas SST dilancarkan,  dia jadi RM222. Mak aihh,  naik banyak harga tu..fuh,  terkejut kejap. Duk fikir,  nak beli ke tak. Akhirnya nad beli juga,  sebab apa?  Mak nad yang nak..hehe. Mak nampak rak ni dekat rumah nad,  pastu dia cakap " elok rak ni,  buat letak tupperware dekat rumah mak,  tupperware kan banyak".. Hah bila mak dah cakap macam tu,  kita pun,  nak sangat belikan.  Bior hati mak kita gembira. Tersusun sikit rumah mak tu bila guna rak Mulig ni. 

Tu yang akhirnya beli juga..hahaha.. Harga dia pandang tepi jela.  Sebab lepas ni dah tak beli pun..hahaha. 

Barang dekat Ikea, kalau nak, kita kena survey dulu,  tengok harga,  kumpul duit baru beli. Kalau rasa barang dah naik gegiler mcm tu,  kau fikir balik berguna ke tak atau cari tempat dekorasi atau kedai perabot lain..haha. Tapi, ikea ni memang tempat berhantu,  orang tetap datang dan beli. Macam nad la..kahkahkah. 


hai assalammualaikum

Buying Business Grand Opening Flowers on a Budget

It is never a problem buying fresh and beautiful Flower for opening ceremony. of a business when you shop for Flower Delivery through the online Florist. However, getting them for a cheap price may not be as easier, especially if you want fabulous designs for the flower stands. Fortunately, there are ways to buy business grand opening flowers on a budget. With the help of the florist in Singapore, you can have the best flower arrangements delivered just in time for the celebration for less the price.

Buy from the online florist.




Buying from the online florist is more convenient and affordable because the florist has huge selections of low priced flowers. They have local and seasonal flowers to choose from, which are cheaper in price but high in quality. Local and seasonal flowers, for instance, are brighter in color and more fragrant. For beautiful and colorful grand opening flower stands, you will never get disappointed with the seasonal and local flowers available at the flower shop. The online florist is there to help you pick the best designs with the prettiest flowers.

Create your own assortment.
Buying Congratulatory Flower Stand is more budget-friendly when you choose to create your own assortment. The florist provides possibilities for customization, even on flower stands. You will be able to send your warmest and sincerest greetings and congratulations to a family or friend on the grand opening day of the business if you will go out of the box and create a unique personalized flower arrangement. The florist can help you pick the appropriate and low priced assortments for the special flower stand. In addition, it will also save you a bit if you will send the flower personally on grand opening day.



Avail discounted arrangements.
Instead of buying expensive floral designs, choose to buy from the arrangements offered on discounts. From deals of the day to discounted flowers to flower arrangements with free delivery charges, the options are plenty when you choose to buy flowers from the florists in Singapore. There is no reason why buying them on a budget can never happen because every florist aims to keep customers happy and satisfied of their products and services.

Buying flowers for grand opening day of any business is sure within your budget if you follow these tips. The Flower Delivery of flower stands will surely express your support and happiness for a family or friend’s success for the new business.

BILA TIADA BIBIK ATAU PENJAGA BUDAK

in , by Nadia Johari, 00:25:00
hai assalammualaikum


Bibik Dan Penjaga Budak Tiada,  Suami kan Ada

Bila Tiada Bibik Atau Penjaga Budak - Memang dari anak pertama,  pergi event mana-mana yang melibatkan kerja nad,  nad akan bawak anak.  Mak mertua dah takda, keluarga nad pulak dekat Klang.  Takkanla nad nak hantar anak ke klang. Jiran pulak semua dah tua-tua. Takkan nak suruh jaga pulak kan. Jadinya, suami la yang jadi bibik untuk jaga anak-anak ni.

Mr mafia kerja sendiri,  jadi gaji pun bukan macam orang gaji sebulan.  Nak bayar penjaga memang tak mampu lagi. Nak pergi event pun kena tengok dia ada hal ke tak pada tarikh berkenaan.  Kalau takde, dia ok, tolong jaga anak-anak.

Sebelum ni baru anak seorang,  boleh la nad angkut sendiri,  tapi dah dua orang ni,  tak boleh la..hahaha. .Kakak Fariza pun dah tak terkawal sekarang. .Huhu. Sebab tu perlu bantuan suami.


Memang pergi event, nad bukan tinggalkan anak-anak dengan suami dekat rumah,  nad bawak sekali pergi event. Sebab Farhanah,  si adik ni masih menyusu badan. Kakak Fariza pun masih menyusu badan juga,  tapi masih boleh kontrol bila dekat luar. Tapi bila datang penat dia,  nak tidur ke,  mulala mencari susu.

Kalau pergi event yang boleh bawa anak-anak ok lagi.  Kalau event tu tak boleh bawak anak,  tu sebab suami kena jaga. Nad tengok tempat juga,  kalau bersesuaian nad amik job tu, contoh kalau buat dekat shopping mall, ok la. Sebab tu nad kena amik job yang ada bayaran. Sebab nak bayar duit minyak kereta..heheh. Dah dia tolong bawak, tolong jaga anak,  upahnya minyak kereta la..huhu.

Macam ni la kerja blogger yang mencari rezeki. Job bukan selalu ada, nad pulak memang fulltime blogger. Jadi, bila dapat job tu dengan bayaran, memang ambil. Harap client kenala paham. Huhu. .Blogger bukan suka-suka buat kerja, blogger lagi banyak kerja.  Bayaran dapat tu nak kena bayar banyak benda.

Harap anak-anak faham kerja mommy..huhu.
hai assalammualaikum

Senangnya Kerja Menaip Dengan Keyboard USB ni !!

Keyboard USB Smartphone, Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja - Bila orang ada, kau pun nak ada..hahaa..Terpengaruh sangat kan lagi-lagi dengan kawan blogger. Bila tengok benda tu bagus dan berguna untuk nad, mesti nad akan beli punya. Tapi nasib tak beli lagi, rupanya nad pun dah ada lama rupanya..hahaa.

Zaman bercinta bersama kekasih yang dah halal sekarang..hahaa. Masa bercinta mr mafia ada belikan nad tab Ipro. Sebab dia nak mudahkan kerja nad sebagai blogger masa tu. Senang taip katanya. Tapi nad tak guna sangat, sebab tab tu macam pelik je..ahhaa.Pastu macam banyak masalah. Macam tak connect internet, lembap sangat. Sudahnya pakai beberapa kali sahaja, pastu terus simpan je, sampai lepas kawin nad cuba buka semula, tapi bateri macam dah rosak je. Kena cas baru dia hidup, buka cas, dia mati semula. Takpela, nanti-nanti la kita cuba baiki.

Keyboard USB untuk Smartphone dan Tab

Masa dia bagi Ipro tu, ada set sekali dengan keyboard dia. Keyboard jenis USB. Boleh la pasang dekat tab atau handphone. Nad punya nasib serasi dengan dua phone yang nad ade iaitu telefon Honor 4c, Asus Zenfone 4 dengan Vivo Y85. Mungkin keyboard ni semua phone boleh kot. Kalau nak kepastian, masa beli online, better tanya dulu phone korang, atau pergi kedai, cuba dulu dekat phone kornag berfungsi ke tidak. Kang beria beli, tak boleh guna, naya je.

Kita ni blogger, memang update entry di mana-mana sahaja kan. Tak kiralah, tengah melayan anak, tengah buat kerja lain, dekat luar, bila datang idea, mestilah nak menaip blog. Taip blog guna laptop memang senang, lagi best, tapi  macam nad, memang tak boleh duduk lama depan laptop. Masa zaman bujang dan sebelum ada anak bolehla lama-lama duduk, sekarang dah ada dua anak, tak sampai sejam, sebabnya budak-budak ni suka datang mengacau. Jadi, phonela sebagai pengganti untuk update laptop. Nad selalu update guna google chrome je. Kadang idea datang menulis, semasa menyusu anak, baring sambil tengok tv..hahaa. Terus-terus buka phone. Tu pun kadang update, banyak betul kesalahannya..huhu.

Tiada typo lagi bila menaip dengan keyboard USB

Bila ada keyboard USB ni, senang kerja. Cucuk je, terus taip, macam taip dekat laptop. Nad punya keyboard tak keras. Lembut je, so nak taip laju juga..hahaa. Nad punya warna hitam. Jadi tak nampak la kotor. Nampak macam woww!! gitu..haha..Belakang ada tapak macam frame tu. Jadi boleh tegakkan dia. Senang kan, nampak macam laptop.

Setting OTG Dahulu

USB Keyboard ni tak perlu cas atau ape. Korang cucuk je usb tu ke phone, terus dia boleh guna. Tapi sebelum tu, pastikan phone korang on OTG dulu. Senang je, pergi ke setting phone, cari bahagian OTG, pastu on kan. dah on, terus je pasal USB keyboard tu dan boleh menaip seperti biasa.

Dimana-mana sahaja boleh menaip

Berguna sangat nad guna keyboard USB ni lagi-lagi masa balik kampung. Takdala nad kena bawa laptop sebesar alam tu. Bawak je keyboard USB ni ke mana sahaja, lepak mamak, travel dan terus menaip..mudah..Kalau banyak gmbar tu, siap sedia dengan pendrive Sandisk Ultra Dual Drive, pandrive yang boleh cucuk dekat phone dengan laptop..hehe. Sekarang zaman dah canggih, memang mudah kita nak buat kerja di amna sahaja.

Lagi senang kalau ada mouse. Nad memang tengah usha mouse bluetooth ni dekat shopee. Dah jumpa pun. Nanti belilah.USB Keyboard ni ada je dijual secara online atau dekat kedai. Nak senang online je la. Dekat Shopee banyak. Ramai kawan nad dah beli dekat shopee. Murah je..



hai assalammualaikum


Fernleaf , Mmmmm Sedapnya!! Susu Nutrisi Lengkap Seisi Keluarga

Susu Fernleaf, 100% Susu Dari New Zealand, Susu Untuk Seisi Keluarga - Setiap kali keluar, mesti Fariza akan pergi ke tempat air. Dekat rumah ni, memang akan ada stok minuman UHT ni, jenis terus minum. Biasalah, kitaorang ni memang kuat minum air susu..hehee. Susu kan bagus untuk kita semua, tidak kira kanak-kanak, dewasa dan warga tua. Kalau kita jadikan minuman susu sebagai minuman harian, kita akan dapat sumber nutrisi yang cukup untuk membantu kanak-kanak dalam tumbesaran dan perkembangannya selain memperkukuhkan tulang serta otot untuk golongan dewasa. Salah satu pilihan susu nad dan anak ialah susu Fernleaf. Susu 100% daripada lembu dari New Zealand. Susu yang sangat bagus untuk seisi keluarga.


Sihat Dan Ceria Minum Susu

Nak minum susu pun mestilah kena ceria..hehee..Minum dengan gaya hipster. Takkan nak minum guna straw je. Buat lain daripada lain, macam Fariza minum ni. Siap dengan kaca mata kau..haha. Minuman tu, dia sedut dan dia lalu dekat mata terus ke tekak. Memang " fun " tau macam ni..hehee..Fariza pun enjoy je minum.

Kalau sebelum ni, kita tau, susu Fernleaf, dalam bentuk tepung, kena bancuh semua kan. Jadi macam leceh je. Sekarang susu Fernleaf dah ada dalam pek UHT, jenis minum terus. Bila ada pek UHT ni, lagi orang suka minum susu, sebab tinggal cucuk dengan straw dan minum tanpa perlu bancuh. Susu Fernleaf UHT dibungkus dengan 100% Trusted GoodnessTM dari New Zealand.


Susu Fernleaf, minuman yang berkhasiat dan mempunyai pelbagai zat yang diperlukan tubuh seperti kalsium, protein, vitamin A dan vitamin D, boleh diminum dalam pelbagai bentuk dan boleh dinikmati dengan segera bersama seisi keluarga dan rakan-rakan. Tidak ada alasan untuk mengelak minum susu bagi mendapatkan nutrisi diperlukan badan tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Tidak kira, korang sedang membuat kerja, bersantai atau apa sahaja, korang boleh nikmati susu Fernleaf ini di mana sahaja.

Memang banyak pilihan susu jenama Fernleaf di Malaysia. Boleh baca tips di blog IBUSYURGA untuk tips memilih produk yang sesuai untuk keluarga.

Fernleaf Dihasilkan 100% Susu Dari New Zealand

Kalau korang nak tau, rasa susu Fernleaf ni bukan sahaja sedap, malah ia tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Sebab apa? Hah!!, ni sebabnya nad nak bagitau dekat korang semua. Korang mesti tak tau, korang tau minum je..hahaa..


Siapa pernah pergi New Zealand, taula cuaca dia macam mana, dan apa yang ada dekat sana. Yang tak tau baca apa nad tulis ni..hehe. Dekat New Zealand, apa yang ada mestila lembu, moo moo..hehee..Lembu warna hitam putih tu. Macam nad kata tadi, susu Fernleaf dihasilkan daripada 100% susu lembu dari New Zealand. New Zealand adalah sebuah negara dengan tanah yang subur, hujan yang sangat baik dan cahaya matahari bagus, menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia menghasilkan susu. Sebab iklimnya yang selesa, udara dan air yang bersih, rumput menjadi segar dan elok. Lembu di sana, bebas sebebasnya meragut rumput yang hijau sepanjang tahun. Lembu yang dijaga dengan baik, yang diberi makan rumput semula jadi akan menjadikan lembu yang sihat; dan seterusnya menghasilkan susu berkhasiat berkualiti tinggi.




Dengan rumput yang berkualiti tinggi, dan cuaca yang elok, lembu pulak dijaga dengan rapi dan baik, mereka dapat menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan apa-apa bahan lain dan ia merupakan 100% susu lembu itu sendiri. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam pertanian tenusu, warisan dan kepakaran petani, mereka telah menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam tenusu hari ini. Itulah sebabnya rasa susu Fernleaf UHT adalah 100% Mmmmm ...


Kesimpulannya
- Lembu tenusu yang diberi makan rumput - merumput di luar rumah dengan bebas
- Rumput segar berkualiti tinggi
- Menghasilkan susu secara semulajadi
- Pakar tenusu
- 100% Mmmmm
- Dibuat dengan 100% Susu dari New Zealand


Jadi, pilihan susu korang yang mana?? Pilihlah susu yang terbaik untuk seisi keluarga. Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan  100% bersedia dalam membuat sesuatu aktiviti. Susu Fernleaf didatangkan dengan tiga variasi iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate, memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga. Ada dua saiz iaitu kotak kecil (200ml) dan kotak besar (1L). Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara dengan harga yang sangat murah. Jmeput minum..100%Mmmmm sedapnyaaa...
hai assalammualaikum


Anak Selesa Dipeluk Bila Pakai Mamaway Baby Ring Sling Ni !!

Mamaway Baby Ring Sling - Tak semestinya, setiap tempat kita pergi, kita akan bawak stroller. Ada sesetengah tempat, tak sesuai bawak stroller.  Anak pulak nak didukung dan dipeluk je dengan maknya. Macam tu la dengan Farhanah, dia ni anak mak..hahaa. Nak maknya pegang je. Kalau dapat badan maknya, diam elok je. Bagi seorang mak pulak, kalau boleh, tangan ni nak free, nak dukung anak lama - lama ni penat dan lenguh. Sebab tu terciptanya baby carrier bagi memudahkan ibu-ibu ni membuat kerja sambil menjaga anak. Baby Carrier ni banyak jenis dan design yang ibu-ibu mana rasa sesuai. Nad sendiri ada banyak dekat rumah..hahaa. Setiap baby carrier boleh diguna untuk ke mana sahaja. Kali ni, nad nak kongsi dengan korang Mamaway Baby Carrier Ring Sling.



Kenapa Mamaway Baby Ring Sling Menjadi Pilihan?

Sebelum ni nad ada baby wrap, jenis kain tu, tapi, payahnya nak pakai. Kena belit sana sini oii..Bila anak dah merengek, dia punya meronta nak keluar tu, jadi kelam kabut. Kenapa nad tengok orang lain pakai, senang je..hahaa. Sampai sekarang nad dah tak guna baby wrap tu. Ni sebab nad pilih Baby Ring Sling Mamaway.

Mudah Digunakan Dan Selamat

Lepas tu nad ternampak baby ring sling Mamaway ni. Jenis kain juga, tapi bagusnya sebab dia ada ring besar tu dan cara pakainya pun nampak mudah. Tak perlu terbelit-belit..hahaa. Cuma masukkan kain dekat dalam ring tu je dan ketatkan ikut keselesaan anak dan ibu. Cincin diperbuat daripada nilon dan sangat selamat. Kiranya, ring dia ni memang kuat sebab boleh tampung budak setahun. Ia telah diuji untuk membawa beban berat sehingga 75kg. Ring takkan melorotkan kain, malah dia terletak elok je.


Bila anak meronta nak keluar, cuma longgarkan sedikit tali dibahagian ring tu, dan keluarkan anak. Senang je.

Kain Yang Nyaman Dan Pelbagai Warna serta Design

Mula-mula nad pakai, terkial-kial juga. Tapi, lama-lama biasa. Apa yang nad tengok pada Baby Ring Sling Mamaway ni semestinya la sebab warna dia cantik, warna pelangi gitu. Nad pilih  Rainbow Sweetheart Baby Ring Sling. Ada banyak lagi pilihan baby sling ni, korang boleh klik https://bit.ly/2NEhNts . Lepas tu tengok jenis kain dia. Kain dia memang 100% cotton dan sangat sejuk, membuatkan baby selesa je duduk dekat situ. Farhanah, bila nad masukkan dalam ni, mesti terus tidur..haha.


Pembawa sling Mamaway direka berdasarkan teori kedudukan Spread Squat (M & J) sebagai kedudukan pinggul yang betul dikekalkan semasa menggunakan sling, dengan manfaat besar untuk perkembangan semula jadi pinggul dan kaki bayi.

Memudahkan Kita Membuat Kerja

Bila Pakai baby Carrier ni, bolehla lepas tangan dan buat kerja kita. Kadang keluar shopping, nak cari barang, nak pegang phone lagi..nak selfie..haha, dah senang. Lagipun Farhanah ni dah duduk, jadi senang dimasukkan dalam ring sling ni.


Boleh Menyusukan Anak

Idea ni tiba-tiba nad dapat, bila nampak ada tali berlebihan tu..hahaa. Tali yang lebih tu boleh digunakan untuk cover ketika anak nak menyusu. Dah tak perlu bawak nursing cover yang lain kan..Takyah penuhkan beg lagi..hehee..Ni part kita suka. Ringan sikit beg kita.

Mudah disimpan dan Dibawa ke Mana Sahaja



Lagi nad suka dengan baby carrier ring sling Mamaway ni sebab ia mempunyai poket beg supaya, bila dah taknak guna tu, boleh dilipat ring sling ni ke dalam semula. Hah!!, jadi saiz kecil la. Nampak tak. Lipat, bagi cantik dan nipis. Memang membantu sangat ni.

Selalunya, kalau baby carrier sebelah tangan je, memang bahu akan sakitla. Melainkan korang pakai dengan elok mesti takda sakit. Kalau sakit tu, boleh tukar ke bahagian lain. Atau boleh bagi suami pakai dan bawa anak, senang..hehehe. Baby Carrier Sling Mamaway ni boleh digunakan untuk seisi keluarga, kalau bapak pakai pun nampak elok je..hehee.


Kalau korang berkenaan, korang boleh tengok di link ni https://bit.ly/2NEhNts

Mamaway banyak barang lagi selain baby carrier ni, korang boleh tengok di
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/

hai assalammualaikum

McCormick's trendy new packaging for its herbs, spices and seasonings lives up to the brand's promise of bringing consumers fresh, delicious flavors in every dish.

Wah, Botol Baru Herba Dan Rempah McCormick weiii!!

Herba Dan Rempah McCormick Berwajah Baharu - Korang biasa nampak serbuk herba McCormick ni. Pernah guna tak? Herba dan Rempah McCormick akan berwajah baru. McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.

Warna hijau ni cun sangat

Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.

Nad mestilah ambil warna hijau, sebab bahagian dapur tema barang semau warna hijau..hahaha.

Tak tau nak masak apa? Hah!! Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.

McCormick's Garlic Powder

McCormick's Chili Flakes

McCormick's Cinnamon Ground


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2