hai assalammualaikum


Pengalaman Menyeronokkan Bermain Salji Di ICity Snowalk Shah Alam - Siapa yang tak jeles bila tengok kawan-kawan yang bercuti di luar negara, yang dapat tengok, sentuh salji yang betul tu. Siapa yang teringin nak pegang salji asli tu oii..tipula korang tak terasa nak tengok depan-depan. Setiap kali tengok kawan-kawan main salji dekat luar negara, mesti dalam hati, bilalah dapat jejak ke sana kan..hahaha. Hey, siapa kata kita tak boleh rasa salji macam dekat luar negara tu, bolehla, ada ni ha dekat Malaysia tau!!..Tak tau lagi dekat mana? Mana lagi kalau bukan di ICity Snowalk Shah Alam. Sampai juga nad ke sini merasai sendiri musim sejuk seperti di luar negara gitu..


Kalau korang rasa nak bagi anak gembira, nak rasa salji, bawak la diaornag ke sini. Fariza la orang paling gembira bila dia nama pintu masuk Snowalk ni. Tak sabar dia suruh ajak masuk..hahaa. Ni kali pertama nad sekeluarga datang ke sini. Sebelum ni, memang teringin sangat nak pergi, tapi mr mafia ada je kerja. Minggu lepas, kebetulan mr mafia free, jadi kitaorang decide pergi hari Isnin, hari bekerja. Lagi best, sebab tak ramai orang..ehhee.



Sebelum tu, kenala beli tiket masuk dulu. Untuk budak ketinggian 90cm ke bawah masuk adalah percuma. Manakala untuk budak 2 tahun ke atas dan tinggi lebih 90 cm kena bayar. Kalau korang nak tau berapa harga tiket, korang boleh tengok di https://iticket.i-city.my/ ..sebab kadang-kadang ICity ada buat promosi. Macam Snowalk ni sekarang tengah ada promosi.






Masuk je pintu masuk dah tak sabar dah. dari luar je dah rasa sejuk..hehee. Sebelum masuk dalam tempat salji tu, kenalah pakai baju sejuk, boots, glove semua tu la. Sebab pertama kali masuk, tak tau sejuka dia tahap macam mana. Dekat sini, korang  baju sejuk dengan kasut boots disediakan secara percuma. Yang lain macam sarung tangan, stokin bawa sendiri. Kalau tak bawa, terlupa bawa ke, jangan risau, ada dijual glove dengan stokin dekat situ. Nak bawa baju sejuk sendiri pun boleh.

Fariza siap nak beli letak telinga tu macam earphone tu..haish la anak. Takpela, demi nak menggembirakan anak, nad belikan jela. Biar namapk macam dekat luar negara kan...hehee..Bila Fariza pakai baju dengan boots siap glove, topi dan penutup telinga tu, comel pulak dia..hahaa..Adik pun taknak kalah..hehee. Geram je dua-dua ni.



Ada disediakan loker untuk menyimpan barang. Jadi barang yang taknak bawak, boleh simpan dekat loker. Tapi loker kena bayar, bukan percuma ok..hehee. Tempat letak stroller pun ada. Senang!!..


Semua dah siap sedia, apa lagi masukla..hee. Baru masuk dekat pintu ni dah rasa sejuk oii..Nad bayangkan ICity Snowalk ni mungkin salji kabus je, salji mainan, cuma sejuknya guna aircond je, tapi firasat ku salah oii..Sejuk sangaaaattttttttttttttttttttttttttt..ye tulis panjang ni menandakan ia memang sejukkkkkkkkkkkkkk....Mana taknya tahap kesejukan bawah 5 darjah selsius. Nad bayangkan, adakah luar negara sejuk macam ni. Patutla diaorang pakai baju berlapis-lapis. Ya ampun, boleh tahan erk. Nad masuk dalam ni separuh je dah macam beku. Tak rasa tangan dan kaki..hahahha.

Berbaloi masuk sini, sebab bukan biasa-biasa je dalam ni, ada macam-macam  ukiran atau orang puteh panggil 'ice sculptures yang dibuat daripada ais. Bukan sahaja patung snow tu, tapi ada Igloo, ada bentuk orang la, siap dengan main gelongsor lagi..hahahaa. Best betul..Boleh tengok gambar dekat bawah.

Ice Sulptures Yang Cantik











Nad rasa, anak nak yang sulung ni Fariza, tahan kebal sejuk kot..hahaa. Dia boleh relaks je, macam takda apa. Dia seronok sangat, sampai semua dia sentuh, nak main. Beria ajak, "mommy, sini,sini".."mommy, tengok ni"..Nampak gelongsor, bukan main suka lagi. Nad yang risau takut dia sejuk. Kita yang orang dewasa ni pun dah berlari-lari nak panaskan badan..hahaa.


Farhanah, lagi diam membisu..hahaa..Dapat bawa dia masuk separuh je, sebba sejuk sangat. Lepas tu mr mafia bawa dia keluar..hehee..

Sementara mr mafia jaga Farhanah, nad, anak buah dengan Fariza pergi teroka dalam tu. Memang tak bosan, seronok sangat. betul seperti merasai suasana salji sebenar. Siap ada pokok semua yang penuh dengan salji.





Permainan gelongsor ada 5 rasanya. Ada yang dekat ais ketul-ketul tu. Ais Ice Car, kene naik kereta macam bentuk kasut dan satu lagi warna hijau tu naik dengan pelampung. Nad naik yang Ice Car je..hehe..


Ada juga tolak kereta dekat ais..namanya slippery..Entah betul entah tak..ahaha..


Boleh Masuk Dan Keluar Banyak Kali


Kalau tadi kawasan ais semua, ada satu tempat kawasan turun salji..Sebelum masuk tu boleh panaskan badan dahulu. bestnya dekat sini, korang boleh keluar masuk berapa banyak sekali pun. Hah, tu yang menarik. Bayar sekali je, tapi nak masuk dalam ni, sampai beku pun takpe..hahaa. Boleh rest dulu, panaskan badan dulu sebelum masuk mana-mana ais.

Boleh keluar dekat tempat masuk tadi, minum kopi dulu panaskan badan, lepas tu masuk semula ke dalam. Lupa pulak nak ambil gamabr mesin kopi tu.

Kawasan Salji



Hah!, Fariza dah tarik-tarik nak masuk dalam ni..dah lama dia duk intai..hahahaa..Mommy yang teruja lebih tau..mana taknya, salji turun oiiii.. tengokla salji yang jatuh ni. Serius, macam salji betul tau. Bila kau pegang dia akan cair..arrgghh happy gilerr!!..Mulalah melompat, berpusing bila nampak salji ni. Dikatakann salji ni menggunakan mesin salji khas dari Korea, salji yang 90% hampir sama seperti salji tulen terhasil dengan penggunaan air tulin. Memang bila korang pegang, beku terus tangan ni.





Dalam ni dibuat seperti di kawasan rumah yang ada taman permainan..Penuh salji oiii..


Gelongsor ni best giler, mula takut gak..hahaa..sebab takut meluncur laju..tapi memang dia luncur laju, sampai jatuh ke ais..ala, teringat balik memang syok..Fariza la nak anik banyak kali..hehee..



Masuk sini, memang kena jaga telefon la. Sebab telefon akan berwap dan basah..kihkih. Masuk Snowalk ni memnag kena ambil banyak gambar. Mana lagi nak pergi salji macam ni kan. Semua kenangan ni.


Layanla video nad ni bermain salji di Icity Snowalk..Tak boleh move on lagi..rasa nak pergi lagi...

Harga Tiket ke Snowalk @ i-City Shah Alam di sini :
https://iticket.i-city.my/pages/ticket-pricing

Waktu Operasi Snowalk :
Isnin - Khamis 11am - 12am
Jumaat - Sabtu 11am - 1am
Ahad 11am - 12am

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman : https://themepark.i-city.my/
Facebook : https://www.facebook.com/iCity.Malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/icitymalaysia
Youtube : http://www.youtube.com/c/iCityMalaysia'


Musim cuti sekolah atau tidak, bawakla anak-anak ke sini, bawak Keluarga, saudara mara dan kawan-kawan merasai salji dekat sini. Memang seperti di Alaska gitu, macam dalam cerita Frozen. Hah!!, Hari Kristmas akan tiba, mesti lagi best datang sini kan.

JOM MELANCONG KE VIETNAM DENGAN FAYFAY.COM

in , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum


Jom Melancong Ke Vietnam Dengan Fayfay.com - Siapa yang tak suka melancong ke negara orang kan. Melihat pemandangan, tempat menarik, makanan dan budaya di negara luar. Nad pun teringin sangat ke negara orang ni, tapi belum mampu lagi nak pergi. Insyallah , ada rezeki suatu hari nanti, nad akan pergi melancong luar negara. Salah satu tempat yang nad nak pergi mestilah Vietnam. Mesti ada yang pernah pergi Vietnam kan, macam-macam ada dekat situ. Ni nad nak kongsi, kalau ada yang merancang nak pergi Vietnam, nak bercuti ke sana, ada satu platform iaitu Fayfay.com bantu perjalanan anda di Vietnam berjalan dengan lancar.



Membawa Pengalaman Vietnam Kepada Traveler Malaysia. Platform E-Commerce bertujuan meningkatkan bilangan Traveler Malaysia ke Vietnam.

Fayfay.com, sebuah platform e-dagang yang didedikasikan untuk pengalaman perjalanan sahih Vietnam, hari ini melancarkan portalnya di Malaysia, yang pertama dilancarkan di Asia Tenggara. Sejajar dengan janjinya pengalaman pengiring Vietnam, pelancaran yang diadakan di Colony KLCC diisi dengan elemen-elemen Vietnam yang unik seperti kopi Vietnam, gulungan beras dan topi tradisional.

Fayfay.com focuses on curated travel experiences in Vietnam, catering to the ever-growing interest of independent travelers who prefer modular traveling packages that bring them not only to popular destinations which are common and crowded but also to pave the path to non-commercialised idyllic locations off the beaten track. Rising numbers of tourists who springboard from Malaysia to Vietnam, is the highest among South East Asia with more than 400,000 visitors recorded for the first 10 months in 2018.












Mr. Kingston Lai, founder of Fayfay.com, noticed that there are many under the radar destination and experiences which he feels should be made known to the more curious traveler. “Vietnam is a charming country with loads to see wherever you go. For sunshine and beach, Phu Quoc offers crystal clear water and water activities. For spectacular natural sceneries, Hanoi has many options within a two-hour drive. Hoi An offers rich historical and cultural heritage. You can always visit Ho Chi Minh City for its cool urban vibe,” he shared his travel experience in the country.


Inspired by his trips to Vietnam, Mr. Lai decided to initiate an e-commerce platform specialised to cater for Vietnam travel. Fayfay.com is a one-stop travel booking platform which enhances qualityauthentic travel experiences, making it easy for travelers to book curated packages, and for travelers to bring home memories with keepsakes.

“We are looking forward to roll out Fayfay.com’s mobile app in Q2 2019 to make independent travel options more accessible,” he further enthused.

Fayfay.com is based in Ho Chi Minh City, a city with an innovative young population who are embracing technology and home to an emerging e-commerce market.

 The travel platform will not only focus on curated on ground packages but also expand to include must-haves conveniences such as Visa on Arrival Application, SIM Card and Private Transportation, as well as more takeaway memories with workshop activities such as lantern making and silver making as part of its business model.

Recently Fayfay.com has expanded its business scope to include Vietnamese gift sets in the form of Vietnamese local delights and handcraft products, dining options such as dining with sign language, and the hiring of private tour guides.  As a sustainable business platform seeking integration with the local travel community, Fayfay.com aims to build a network of Vietnamese local partners and create a stronger revenue stream for them by promoting their services through the e-commerce site.





Exclusive Promo Code
Ada sesiapa yang merancang nak ke Vietnam. Ni ada kod promo diskaun 12%  off storewide dengan kod Promo eksklusif FAYPARTYMY18 apabila ditempah sebelum 31 Januari 2019. Cepat siapa yang suka melancong tu.

Terma & Syarat

• Untuk menebus tawaran itu, pelanggan mesti memasuki kod promo FAYPARTYMY18 semasa checkout
• Produk diskaun perlu ditebus pada atau sebelum 31 Januari 2019
• Berkenaan dengan semua produk di Fayfay.com, tertakluk kepada kesahihan
• Kod Promo tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau kredit
• Kod Promo tidak boleh digabungkan dengan acara atau promosi lain
• Kod promo hanya boleh digunakan sebelum melengkapkan tempahan
• Harga jualan sebenar adalah berdasarkan harga yang disenaraikan di laman web
• Harga jualan mungkin berubah-ubah bergantung pada kadar pertukaran pada th


Mengenai Fayfay.com

Fayfay.com adalah platform perjalanan e-dagang yang didedikasikan untuk pengalaman tempatan di Vietnam. "Fay" bermaksud "terbang" di Kantonis. Platform sehenti menghubungkan pelancong dengan pengalaman yang benar melalui peniaga Vietnam tempatan dan menyediakan Travel Must-Haves, pengalaman sebenar dan Keepsakes untuk membuat perjalanan ke Vietnam tanpa kerumitan. Fayfay.com, menekankan semangat untuk meneroka dengan memaparkan landskap semula jadi Vietnam yang mengasyikkan, Vietnam yang mesra, masakan asli Vietnam dan budaya Vietnam yang meriah menerusi pengalaman yang dikendalikan dengan teliti yang membawa pelancong melebihi jadual perjalanan.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Website: https://fayfay.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Fayfaycom/
Instagram: https://www.instagram.com/fayfaycom/





hai assalammualaikum

Fariza Seronok Membaking, Membuat Cookies Gingerbread Men Sendiri - Kalau dekat rumah, Fariza suka datang ke dapur, tengok apa nad masak. Mesti dia akan cakap " mommy apa tu,apa tu".."mommy sedapla bau, masak apa tu"..ahha macam tula. Lepas usia dia setahun, nad dah bagi dia pegang bawang, dan sayur. Fariza memang suka buat-buat kerja dapur ni. Jadi, disebabkan dia suka aktiviti memasak ni, nad bawa dia belajar buat cookies, benda baru bagi dia. Memang dia tak pernah membaking, sebab nad sendiri tak membaking..kihkih. Jadi nak bagi anak seronok macam mana nak membaking, nad hantar dia membuat cookies di White Lodge International Bangsar South.



Sebelum datang, nad google dulu. Tengok tempat ni memang bagus untuk anak-anak. Banyak aktiviti yang dilakukan dekat sini. Pertama kali nad tengok White Lodge International ni, terus cakap " wah, besar tempat dia, luas, banyak tempat, banyak bilik untuk pembelajaran "..mungkin setiap tempat ada cara mereka mengajar kanak-kanak ni.

Haritu, nad bawa Fariza untuk belajar membaking di White Lodge. Ya, ni pengalaman pertama Fariza membaking bersama cikgu dan kawan-kawan. Nad tau, dia seronok sangat bila sampai ke sini. Sebab, bila sampai je, dia nampak ada peralatan membaking terus dia ajak nad " mommy jom, jom masak "..hehee..Nampak keterujaan dia.



Bila cikgu dah panggil untuk pakai apron dengan topi, cepat je dia pergi. Dekat White Lodge bagusnya diajar satu persatu. Sebelum bermula, kenalah basuh tangan dulu. Kebersihan itu penting. Samalah macam apa kita buat dekat rumah kan. Lepas tu baru pakai apron dan topi.




Masing-masing tak sabar nak membaking. sebelum membaking mestilah ada resepi kan. Hah, resepi yang diberi dibuat dalam bentuk visual card yang siap dengan gambar. Jadi, budak-budak boleh paham. Cikgu pun, ada tunjuk satu persatu sebelum mula. Cikgu selalu berinteraksi dengan anak-anak.





Apa yang nad suka, semua cikgu dekat sini memang baik dan ajar anak-anak untuk membaking. Setiap seorang dapat peluang untuk membuat sendiri, memegang alat, menyukat dari mula sampai habis. Kalau korang nak tau setiap perkara yang anak-anak buat ada tujuannya. Seperti membaking, membolehkan kanak-kanak mengamalkan pelbagai kemahiran, seperti matematik, membaca, kefahaman, sains dan kemahiran motor ! juga belajar bahawa dengan bermain, kanak-kanak dapat merangsang dalam membina keyakinan dan berdikari. Selain itu, mereka fokus dalam membuat sesuatu. Hah!!, bukan suka-suka buat tau.










Dari membuat doh, membentuk cookies, sehingga memasak diaorang buat. Memang nampak menyeronokkan. Fariza dapat buat dengan kawan baru..hehee.




Habis memasak, masa untuk mendekorasi Gingerbread Man masing-masing. memang dari mula nad biarkan Fariza buat sendiri. Biar dia deko sendiri cookies dia buat. Tak kisah rupa apa yang penting dia gembira..hehee..Memang bersungguh-sungguh dia buat. apa cikgu suruh dia dengar. Good girl!!..Nak tengok tahap kekreatifan dia buat..hehehe..



Rupa gingerbread man Fariza..hehee..Muka tersenyum dapat buat sendiri. alahai anak, seronok dia. Mommy pun tak pernah buat macam ni semua tau..ehhee. Good job anak mommy!!. Kalau korang nak tau, White Lodge International mempunyai kurikulum yang khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan otak mereka berkembang menjadi individu yang unik dan bebas.





White Lodge International mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1999 dan merupakan prasekolah terkemuka di Singapura. Di Malaysia baru ada dua tempat iaitu Bangsar South dan Mont Kiara. Apa yang nak tengok, White Lodge  membantu kanak-kanak prasekolah memperoleh keseronokan dalam pembelajaran. White Lodge menyediakan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak yang memudahkan pembelajaran, penglibatan dan penemuan aktif melalui pendekatan tangan. Kanak-kanak belajar dengan cara mengexplore, dan rangsangan bagi memberi inspirasi dan menggalakkan perkembangan imaginasi mereka. White Lodge menawarkan peluang pendidikan yang unik untuk kanak-kanak di Malaysia.


Bagus sangat White Lodge International ni. Seronok bila dapat tau, anak-anak mendapat keseronokan belajar di sini. Sebagai ibu, nad rasa, White Lodge tempat yang bagus untuk anak-anak belajar sesuatu. Ada banyak jenis pembelajaran mengikut usia anak. Nak tau lebih lanjut berkenaan White Lodge International ni, korang boleh layari
website : https://whitelodge.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/WhiteLodgeCentre
Instagram: https://www.instagram.com/whitelodgeeducationgroup/

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2