hai assalammualaikum

Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion - Banyak sebab yang membuatkan kulit kita kering antaranya tidak mendapat air yang secukupnya,bekerja di bilik berhawa dingin selepas sepanjang hari, cuaca,  atau pun produk komestik. Mungkin orang fikir,  bila kulit kering ni biasa je,  tapi ia membuatkan kulit kita nampak kusam dan kasar. Keserian wajah dah hilang ok. .Oh no.. Kita kalau boleh nak muka lembap je selalu dan segar sepanjang hari. 

Sebab tu disarankan memakai produk mengikut langkah yang betul. Antaranya, muka mestilah dibersihkan dengan pencuci muka dua kali sehari,  kemudian menggunakan toner,  serum dan akhir sekali adalah pelembap muka. Cara ni la buatkan muka kita bertambah cantik. 
hai assalammualaikum

Pemeriksaan Mata Secara Percuma Di Sekolah - Bab masalah mata, masalah rabun sekarang dah tak fikir usia dah. Bukan orang dewasa je ada masalah mata,  kanak-kanak pun dah ada masalah mata terutama di kalangan pelajar. Antara faktor rabun dalam kalangan kanak-kanak adalah penggunaan mata dengan cara yang salah seperti melihat skrin televisyen atau gajet terlalu lama, membaca atau melakukan kerja dalam keadaan tidak cukup cahaya.


Kita tau,  bila penglihatan kurang baik , ia akan menjejaskan keupayaan dan pembelajaran kanak-kanak kerana menyukarkan mereka untuk melihat, belajar dan memahami. Lagi bertambah teruk apabila masalah mata yang tidak dirawat awal boleh menjadi lebih buruk sehingga menjejaskan personaliti dan menyukarkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Nak buat apa pun tak nampak dan kabur. Jadi perlulah buat pemeriksaan mata dengan awal untuk mengelakkan keroskan mata menjadi lebih teruk.


Pemeriksaan Mata Dan Jualan Sempena Karnival Kokurikulum dan Hari Koperasi Sekolah SMK Petaling 2019


Baru-baru ni, SMK Petaling telah mengadakan Hari Kokurikulum Dan Koperasi di sekolah. Memang banyak aktiviti yang dijalankan semasa event tersebut.  Salah satu aktiviti yang nad rasa bagus ialah membuat pemeriksaan mata secara percuma untuk pelajar dari Eye Smart Vision.  Pergh!!  Terbaik kan. Tak pernah terfikir dulu waktu zaman sekolah panggil orang untuk cek mata macam ni. Selalu, nurse datang sekolah untuk cek gigi,  berus gigi, cucukla.. Tapi bukan mata. Nad suka apa yang dibuat oleh pihak sekolah SMK Petaling ni. Masa ni la pelajar boleh cek mata diaorang sama ada elok atau tidak.




Walaupun kita tengok mata kita macam ok je,  tapi sebenarnya mata kita tak ok. Sebab kita tak pernah cek mata. Yela,  kadang ibu bapa ni sibuk dengan urusan masing-masing,  sampai tak sempat bawak anak pergi cek mata. Anak dah ngadu sakit mata,  tak nampak, baru pergi cek..hurmm..







Bila ada orang datang cek mata macam ni di sekolah,  ia dapat membantu pelajar membuat pemeriksaan awal dan tau apa masalah mata mereka. Dengan cara ini,  dapat juga memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan mata dengan betul.







Pada waktu tu pun ada diskaun untuk membuat cermin mata,  bingkai sekali dengan kanta. Ada banyak design cermin mata yang ada disediakan oleh pihak Eye Smart Vision ni. Semua cantik dan sesuai untuk pelajar. Masalah penglihatan boleh diperbaiki dengan penggunaan kanta cermin mata kanak-kanak yang tahan lasak.

Sedikit tips untuk merawat mata ialah
• Banyakkan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya sejam.
• Memakai perlindungan ultraviolet (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.
• Menggunakan gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.
• Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunakan gajet.
• Ambil makanan sihat.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Dapatkan pencahayaan yang cukup ketika membaca atau bermain dalam rumah.

Bagus kan,  pihak sekolah buat macam ni. Panggil Eye Smart Vision untuk ber pemeriksaan mata secara percuma kepada pelajar. Sekolah lain pun patut buat macam ni.





Jadi, pihak sekolah atau sesiapa sahaja nak mintak Eye Smart Vision ni datang untuk buat pemeriksaan mata,  bolehla contact Mr Yao di nombor 0126864770
Eye Smart Vision
G 070, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Facebook: https://www.facebook.com/EyeProVisionViral/

HAPPY BIRTHDAY ALTHEA : #ALTHEATURNS4

in , by Nadia Johari, 10:09:00
hai assalammualaikum

Happy Birthday Althea - Happy Birthday To Althea, Happy Birthday To Althea, Happy Birthday To Althea, Happy Birthday To Altheaaaaaaaa....Tahniah Althea, sebab dan berjaya maju ke hadapan selama 4 tahun. Nad tau banyak pasal produk kecantikan dan skincare korea ni daripada Althea la..Memang banyak nad beli barang dekat Althea,sebab sesuai denagn muka dan makeup dia semua best. Ingat lagi, pertama kali dapat barang dari Althea, memang teruja giler, sebab asyik tengok orang dapat je, kita pun rasa teringin. Dan wishes kita tercapai..hehee..Sampai sekarang nak beli apa-apa, nad tengok dekat Althea dulu.

Kemudian, teruja lagi bila terpilih dalam salah satu group Althea Angels..Siapa yang taknak oii..banyak manfaat jadi Althea Angels ni..Memang bertuah sangat bila dapat. Sejak dah jadi group Althea ni la, nad makin nak melawa je..hah gituu..


Dan July, adalah birthday Althea..wuhuuu..Nad yang teruja lebih sebab dapat sambut sama-sama birthday Althea. Bila birthday dia, kita  juga yang bertuah tau, sebab dapat beli barang-barang dekat website Althea dengan harga yang murah, ada sales dan promo tau..Sebab tu tak lepaskan peluang untuk grab dan tambah stok beauty, skincare kita tu. Tengah murah baik kita beli kan..hehee..

Tak habis teruja ni tau..hahaa..Ya ampun,..tak tau nak gambarkan macam mana, sebab setiap kali dapat kotak cantik dari Althea, memang rasa nak melompat. Althea akan keluarkan kotak yang berbeza ikut keadaan semasa..Dah banyak kotak Althea nad dapat dan memang simpan, sebab semua kiut ok..


Untuk birthday Althea, kotak dia lawa sangat..Althea's Limited Edition Carnival Box..huhu..dah macam dekat sarkas ok..Bukan kotak je, ada ballon, lollipop bila buat pembelian..Tiket tu untuk contest tau..so cepat-cepat tengok dekat instagram dan facebook Althea to win shopping points dan tiket ke Korea you alls (A round trip + Lotte World tickets for two)..Cepat la p tengok.

Ni nad nak kongsi, apa yang nad dapatkan masa birthday Althea. My magical # Altheaturns4 haul..


- Contour Cleanser Althea


- Foundation Double Lasting Etude House


- Innisfree No Sebum Toner


- Skin Relief Calming Skin


- Innisfree Lip Sleeping Mask


Althea memang syurga untuk wanita dan lelaki yang pentingkan kecantikan ok..hehee..Apa tunggu lagi, pergi ke website www.althea.kr sekarang...

FARIZA NAK ADIK LELAKI KE PEREMPUAN?

in , , by Nadia Johari, 22:08:00
hai assalammualaikum



Fariza Nak Adik Lelaki Ke Perempuan - Haritu singgah ziarah tengok anak buah baru. Adik ipar baru dapat baby, ni anak ke empat mereka. Tengok baby memang best kan..Bau baby memang best, tapi nak menjaganya..hahaha..kena la bertahan..



Masa nad tengah pegang baby, Fariza datang..Dia bau, dia cium, dia usap. Macam dia buat dekat adik dia dulu. Pastu dia senyum..Dia cakap " baby tidur mommy ..sssyyhh"..oo walah..anak wedok ku..hahahaa..

Kemudian nad tanya dia soalan..

" Fariza, Fariza nak adik lagi tak? "..Dia pandang nad, nad pandang dia. Dia senyum dan jawab " nak " ( dengan anggukan kepala )..Nad tanya lagi.." Fariza nak adik lelaki ke nak adik perempuan? "..Dia terus jawab " perempuan"..hahahaha..Dia bukannya tau lagi perempuan, lelaki sangat tu..cuba nad tanay soalan terbalik, mesti dia jawab lelaki, sebab dia ikut cakap perkataan terakhir kita..

Biasalah, mak ayah, dah dapat anak perempuan, mestilah nak anak lelaki pulak kan. Macam tu jugalah nad dengan mr mafia. Tapi bukan sekarang, bila anak-anak perempuan ku dah membesar, dan pandai uruskan diri sendiri. Penat weii kalau mengandung sekarang, pastu anak-anak kecik lagi. Kita yang uruskan semua..oh noo!!!..


Budak ni pun tak tau apa benda lagi..huhu..

Lagi satu kewangan pun tak stabil lagi. Dua orang ni pun dah cukup parah..hahaha. Biasalah, suami kerja sendiri. Job kejap ada kejap takda..Jadi bersyukur dulu dengan dua orang yang ada ni..Tunggula dia orang membesar, kot nak tambah lagi, akan berusaha untuk dapatkan anak lelaki. Lepas tu tutup kilang..hahahaa..


Tu je nak cerita..heehhehe..Suka tanya macam-macam soalan dekat Fariza..anak dah membesar, nak sekolah tahun depan..huhu...
hai assalammualaikum

Playzone Area Untuk Anak-Anak Di Dalam Rumah - Bila kau dah anak-anak, memang dalam rumah ni perlu ada playzone area diaorang untuk bermain atau diaorang akan sepahkan satu rumah ni..Macam nad, mula-mula ada anak sorang memang takda lagi playzone area untuk budak-budak, lepas dah masuk dalam group dekorasi, tengok diaorang sediakan ruang untuk bermain anak, nad pun rasa, nak buat macam tu juga. Senang..lagi best kalau ada satu bilik khas untuk diaornag punya barang dan main, tapi rumah nad ni memang takda blilik dah, semua bilik berada di atas. Bawah, ruang tamu, stor bawah tangga, dry kitchen dan wet kicthen serta tandas..tu je..
hai assalammualaikum

Jahit Luka Sebab Kena Kaca Lagi seram Dari Jahit Bersalin - Benda kalau nak jadi, jadi la dia..Kalau boleh nak elak, tapi tak siapa jangka..Dua hari lepas, orang India hantar gas, nak ganti gas yang dah habis. Lepas selesai pasang gas, dia nak ambil gas kosong satu lagi yang ada dekat rumah. Tak semena-mena, frame ayat Lailahaillallahmuhammadurrasullullah jatuh dan kaca dia tercabut. Pulak tu kaki kita berhampiran situ, papp..terus kene jari..arghhhh!!



Gambar di atas tunjukkan di mana gas tu berada dan frame tu berada di belakang gas yang diletak kayu tu. Masa ambil gambar ni, frame tu dah dibawa ke atas ye. Frame tu sebenarnya digantung atas pintu masuk rumah, tapi tiba-tiba dia jatuh. Waktu tu memang selamat, sebab takda siapa dekat pintu. Jatuh tiba-tiba kau..kalau kene kepala, nayaa..Tapi tak sangka, letak belakang gas kosong, kaki nad yang kena..Dah lama suruh mr mafia letak dekat tempat selamat, tak tau kenapa laki kita tu tak anagkat-angkat..


Mula ingat luka kecil je, tapi rupanya dalam..aiyorkk ( maaf korang nad letak gambar ni )..rasa macam nak terputus jari, tapi sebenarnya tak pun. Darah pulak keluar banyak..Lepas tu India hantar gas tu suruh letak kunyit. Laki kita pun ikut jela, dia letak kunyit yang dicampur air..Sekali dia letak, adoiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! pedih siuttt..nad dah nak pening, pitam dah..pulak tu muntah terus..hahaa..Mana tak nya, dah la tengok luka dalam macam tu, ngeri tau..lepas tu pedih menahan sakit..terus mr mafia angkat letak depan tv, baring terus..Luka dibalut dengan salonpas..eh yeke..ala pelekat luka tu..hahaa..

Dah rehat kejap, petang dalam pukul 4.30 petang tu, cuba buka dan tengok..Aiyorkk ngeri lagi..Cakap mr mafia, " jom la pergi klinik, takut la tengok luka "..mr mafia cakap " pergi klinik kena jahit ni"..dalam hati..ish laki aku ni.." takpela pergi jela"..nad cakap..dari biarkan..kang lagi melarat..

Sampai klinik, masuk bilik doktor, biasalah doktor cakap " kenapa "..nad " kene kaca "..Doktor " la macam mana boleh kena?..dah baring sana"..

Sebab salah satu kadang malas nak pergi klinik, dapat doktor yang tak friendly..hahaa..Kalau aku jadi doktor, mesti aku cakap nicely, mesti ramai pesakit datang..Tapi sebab kau takut tengok luka, darah semua, jadi sebab tu taknak jadi doktor..hahahhaa..

Doktor tengok luka, dia cakap apa ni? Nad cakap kunyit, ada orang india hantar gas suruh letak. Terus kena marah.." kenapa letak kunyit..ishh..apalaa..lain kali basuh je dengan air dan balut "..adalah ayat dia lagi rasa marah..huhuhu...Nad macam biasa hati tisu, dan dalam hati..mana la saya tau dok, saya dah menahan sakit je waktu tu..

Doktor tu macam bengang la..hahaa..Tapi lepas tu dia macam ok. Tanya dengan slow la, tanya macam-macam bagi nad taknak fikir sakit. Sebab dia bersihkan luka tu, dengan tekan-tekan..hasihh..pening datang semula..hahaha..

Lepas tu dia cakap, " sikit je  luka ni, tapi kena jahit..dua jahitan je "..Lagi kita serammmmmm..heyy luka bersalin pun kita tak takit sangat, tapi kena jahit luka ni, tak tau kenapa kita seram sampai nak pitam..hahahaa..Mungkin kita nampak luka tu..

Tapi syukur la dia bius jari kita masa kena jahit tu..Tapi kena cucuk untuk bius pun sakit..eee benci tau dengan jarum..hahhaha..benci gilaaaaa..Dua kali bius baru dia tak sakit dekat tempat luka tu. sebab dia cakap dia tekan kuat dekat tempat luka, tapi kita tak rasa apa pun..huhu..

Tak kuasa kita nak tengok masa dia jahit tu..Tapi dapat rasa la..kohkohkoh..Nad tarik nafas panjang-panjang jela..Lepas tu dia cakap dah siap..


Terus dia cakap, time macam ni, jangan gerak banyak, takut lambat baik..dalam hati nad cakap " doktor, saya takda maid, saya surirumah, tak dapat rehat selalu",..tapi depan doktor, " baik doktor "..


Dapat dua ubat, antibiotik dan tahan sakit. Harga dua ubat ni mahal betul RM70 lebih..hahaa..apo..terbang dah duit..


Dah disebabkan sakit jari, sudahnya kena pergi beli kasut yang sesuai..Pergi la BATA..hah dapatla kasut yang sesuai..hahahaha..Pulak tengah ada sale..lol!!..saja je tau..

Dua hari lepas tu dia suruh datang untuk periksa luka. Semalam nad pergi, seram lagi perasaan ni tau..haishhh..sebab kena buka balutan, kemudian kena cuci bahagian luka..Part ni ngeri sama je macam bersalin, tempat kau dijahit, kene cek semula...Arghhhhh tak sukaaa..hahahaha..

Pastu tunggu 14 hari suruh datang klinik lagi untuk buka jahitan..Haishh..lagi sekali..hahaa..Memang takut ya bila nak ke klinik..tapi tu la orng cakap, benda dah nak jadi..lepas ni kenala berhati-hati.

hai assalammualaikum


Makan Steak Sedap di Old School Steakhouse TTDI - Bila kau teringin nak makan steak, sekali kau dapat, ya ampun, gembira tak terkata..hehee..Dapat pulak makan steak yang bukan biasa-biasa, steak yang jenis premium kualiti punya, isi tebal, masak sempurna, lembut, perghh, memang terbaik.steak dekat Old School Steakhouse ni uiii...Restoran steak ni di di Jalan Datuk Sulaiman Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.


Masuk dalam restoran je, terus rasa terpukau dengan suasana dia. Rasa macam romantik-romantik gitu. Dengan lampu yang malap, suasanan yang senyap macam tu..Walaupun ada anak, kau tolak tepi jap, sebab nak rasa feeling macam waktu bercinta dengan suami ya..haahhhaha..






Tengok sahaja ruang tempat makan yang disusun cantik. Memang sesuai sangat bawak kekasih, isteri, suami, keluarga atau kawan la ke sini..ehhee..Pekerja dekat sini pun peramah. Antara kerusi biasa denagn kerusi merah, mestilah pilih untuk duduk di kerusi merah..hehee..lawa kan kerusi dia, besar pulak tu.

Ok dah, ni nad nak kongsi menu steak yang nad makan..hehee..Dekat sini, memang banyak menu pilihan steak yang ada. Kalau korang rasa tak tau nak pilih mana, bagitau je dekat pekerja yang ambil order tu, macam amna rupa steak tu..apa menu yang terbaik dekat restoran ni..mana la yang korang rasa nak tanya, pekerja jawab je..hehee..

Masa order ni, pelayan tu ada tanya, steak nak masak well done atau medium well..Masak well done tu masak penuh la, medium tu macam separuh masak. Nad mintak dua-dua, means order nad punya ada steak, nad mintak medium, husband punya well done..so kita boleh tau mana lagi ok..





Sebelum makan steak,  akan dihidangkan dengan appetizer dahulu iaitu semangkuk mixed salad dan roti. Untuk salad ada tiga jenis sos yang korang pilih iaitu thousand island, tartar sos dan olive oil. Semua sos ni buatan sendiri, katanya la..ehhee..

Settel appetizer, apa lagi, makan berat la pulak..hehee..steak dah sampai..yeahhhh..


Untuk steak nad order Surf & Turf Delight. Set ni ada separuh lobster, grilled fillet steak, kentang, jagung dan sayuran lobak, brokoli dan kobis. Nad pilih ni sebab ada lobster..hehee..Memang kitaorang ni gila seafood tau..kihkih..Memang set ni, portion dia besar dan nampak banyak..Grilled Fillet steak nad punya ni, nad mintak medium  punya masakan. Lobster tu dibakar dengan cheese dan mashroom. Kentang tu atasnya ada diletak serunding dengan sayur sup.


Lobster ni bukan dekat sini tau, tapi diimport dari Norwegian, beef pula dari Australia..Jauh dia terbang you alls..sebab tu sedap je bila makan. Lembut dan berjuicy tau..Lobster tu, walaupun separuh tapi macam banyak je..ehhee..Isi pun banyak..haishh teringat sampai sekarang.



Kentang tu memang lembut dimakan pulak dengan serunding, lain dari yang lain..hehee..Memang orang cakap puas hati dapat makan la..hehee..



Mr mafia pulak, dia order Ribeye Steak. Set ni ada steak, sayur lobak, brokoli dan kobis, jagung dan kentang yang diletak serunding dan daun sup. Yang ni kitaorang mintak masak Well Done. Beef ni tebal betul..Tapi tak liat dan lembut je masa dipotong. Bila masuk dalam mulut tu, memang sedap sangat " tutup mata sambil menikmatinya"..hehee..

Makanan ni kitaorang kongsi, belah separuh-separuh, jadi, nad dengan suami dapat rasa...hehee.. Antara masakan medium dengan well done, kitaorang suami isteri lebih suka masakan medium. Sebab lagi lembut..hehee..Anak pun suka makan yang medium cook punya..Steak dekat sini memang dimasak dengan sempurna, digrill dengan perfect. Nampak je hitam dekat luar tapi rasanya tak hangus, lagi sedap, juicy tau..




Untuk anak-anak, Fariza dan Farhanah, nad orderkan spageti..Memang makana kegemaran diaorang. Spageti ni kuah bukan kosong je, tapi kuah dia dicampur dengan seafood. Ada udang, mushroom apa lagi, alamak lupa pulak..hhaa..Siap ada brokoli, lobak dan kobis. Memang Fariza dan Farhanah layan sangat makan.


Untuk air, nad pilih air manggo, epal jus dan lychee.


Hidangan pencuci mulut, kitaorang pilih banana spilt..Paham jela makan dengan budak-budak mestilah mintak aiskrim. Selalu banana split ni hanya pisang dan aiskrim, tapi dekat sini ditambah dengan jelly..Memang layan makan.


Kalau korang datang dalam group yang besar, dekat sini, ada set untuk 4-5 pax orang makan..Tomawak set. Set tu ada Tomahawk steak Australia yang beratnya 1.2-1.3kg, 8 pieces buffolo wings dengan bino cheese..mixed salad, spageti olio, kentang goreng dan dinner rolls and butter..Hah, nampak tak..set ni kalau dikongsi memng best ye.


Untuk makan malam pulak, ada set special juga. Boleh tengok gambar di atas..Kira makan set sekali ada dessert. Boleh je order steak lain, tapi nad nak bagitau ade set dinner special ni..hehee.. elokla bawak pasangan ke sini, makan set dinner special ni..mesti orang tersayang suka tau..auchh..Nad pun dah terharu bila dapat makan steak ni..heheee..




Memang gembira perut ni dapat makan steak tau..hehee..Steak pulak yang diimport dari luar negara dan premium kualiti punya..memang terbaik. Puas hati dapat makan sini. Korang kalau nak cuba makan steak dekat Old School Steakhouse ni, boleh datang ke
Alamat Lokasi : No 14 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala lumpur
Waktu Operasi : 11 Pagi - 11.30 malam
Phone : 03- 7732 0336
Facebook; https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2