hai assalammualaikum

Usia 40an Ni Baru Dapat Rasa Hantar Dan Ambil Anak Ke Sekolah - Masa mula-mula kawin, sebenarnya dia la paling risau tentang nak dapatkan zuriat. Yela, dengan usia dia yang sudah masuk 40 lebih ni, mestilah keinginan nak seorang anak tu tinggi. Usaha punya usaha, alhamdulillah, keluarkan seorang Fariza yang cantik dan baik hati ni..hehee. Sampai dia sendiri tak sangka dah ada anak kandung, anak darah daging sendiri ni. Lelaki sebenarnya teruja lebih, tapi taknak tunjuk konon kontrol macho..hahahhaa..

Bila Fariza dah masuk sekolah, lagi dia macam, besar dah anak dia. Macam tak sangka, boleh dapat tengok anak sendiri masuk alam persekolahan. Bagi dia, bersyukur sangat diberi peluang seperti ini. Apa yang dia katakan masa Fariza kecil " agaknya, kalau Fariza dah sekolah, mestilah cikgu atau kawan-kawan dia fikir abang ni atuk Fariza "..nad gelak jela..hahahha..Sekarang , anaknya pun dah masuk alam persekolahan, tapi steady lagi mr mafia ni, takde pun nampak tua, nampak maintain masih muda..kah..


Bila mr mafia cakap " selama abang hidup ni, ni la pertama kali abang hantar dan ambil budak sekolah tau "..Nad macam biasa tak percaya la..yela, takkan tak pernah hantar anak buah dia ke..lol..

Dia cakap tak...ermmm..dasayt tu..

Jadi, bila ada anak sendiri ni, nah, ambil tugasan hantar dan ambil anak sekolah..hehee..

Nasib mr mafia ni kerja sendiri..Jadi bolehla uruskan masa tu dengan betul.

Selagi boleh ambil anak, dia akan ambil. Takutla nak bagi orang lain ambil. Takut orang tu lalai atau lupa ke...

Haritu, lupa setengah jam pun dah gelabah..hahaa..Nad pulak masa tu tengah layan Maharaja Lawak Mega dekat On Deman, jadi khusyuk..kejam kan lupa anak..Tengok jam, Allahuakbar, dah 12.30 tengahari. anak balik 12 tengahari..kelam kabut jerit panggil mr mafia. Mr mafia pulk tertidur..hurmmm..masing-masing jadi kelam kabut..

Nasib, cikgu masih teman anak lagi.

Lepas kejadian tu, terus alert jam pukul berapa. Sebelum 12 tengahari dah keluar rumah stndby nak ambil anak..

Macam tu la ye..

TIADA DRAMA, LAGI SUKA KE SEKOLAH

in , by Nadia Johari, 11:52:00
hai assalammualaikum

Tiada Drama, Lagi Suka Ke Sekolah - Semenjak Fariza dah mula sekolah ni, rutin harian dia memang berubah. Dari waktu tidur, main, makan semuala. Bukan dia sahaja yang berubah, nad pun kena ikut sekali berubah..hahaha. Kalau sebelum ni tidur lambat, dalam pukul 1 ke 2 pagi, tapi sekarang pukul 10 malam, paling lambat pukul 11 malam, kena tidur. Mula tu memang macam pelik sikit bagi dia, dah tutup lampu pun masih tergoyang sana sini, masih terguling sana sini, lama-lama ok. Lepas tu, semua ok, kalau kita cakap " Fariza tidur, esok nak sekolah "..terus dia jawab " ok mommy ".

Memang dari start orientasi dia dah suka ke sekolah. Lepas masuk sesi persekolahan, semua berjalan lancar, cuma masa first day sekolah demam, tapi esoknya dah baik.


Setiap pagi muka dia akan ceria seperti dalam gambar ni. Nak bangunkan dia pun tak susah. Kalau rasa dia susah nak bangun, nad akan angkat dia perlahan-lahan dan bawak ke bilik air, buka baju semua untuk mandikan dia. Takda merengek sebab dia dah tidur awal kan, jadi dapat tidur lama, dan cergas la sikit.

Setiap pagi memang kene mandikan dia dengan air suam, baru dia tak bising atau terkejut. Kalau mandikan air sejuk, mau menangis macam kena dera..Nad bukan tuang air terus dekat badan, akan sapu muka dia dulu, bagi dia buka mata, baru mandikan badan lepas tu gosok gigi semua. Ok je, takde la aksi yang menjengkelkan..huhu..

Siap-siapkan dia pakai baju dan ajak sarapan. Walaupun setip pagi dekat tadika dia ada sarapan, tapi kena bagi juga sarapan sikit dekat rumah. Perut anak kita wak, kita tau macam mana..hahaha..

Tapi lagi sekolah ni, lagi kuat makan nad tengok. Terlalu penat la kot.

Muka ceria, pergi sekolah salam mommy, salam adik. Lambai mommy dan adik bila dah nak pergi sekolah..Ok, mommy kene terima anak mommy dah besar dan kena ada kawan dan bergaul dengan kawan..


Baju tadika tu haritu baru dapat. Baru nampak pergi sekolah ye kakak dengan baju uniform ni..hehee..

Bila balik, datang perangai manja dia..huhuhu..Macam mana ni..hurmm..hahaa..Takpe, kita layankan je selagi dia masih nak dengan kita. Kalau dah besar, takut dah tak layan. Kalau boleh sampai besar nak jadi geng ni. Geng shopping, geng jalan, geng buat kerja..agituuu...

Kalau dia buat salah, nad kadang sakat, " Fariza takyah la pergi sekolah, taknak dengar cakap mommy "..kalau budak lain mesti dah suka, tapi Fariza, " tak boleh, tak boleh "..hahaha..takut tak pergi sekolah..

Cerita dekat sekolah, ermm..dia masih tak tau nak cerita..kadang dia tak tau dia buat apa, sebab kalau di tanya asyik jawab " tak tau, tak tau"..malas nak cerita atau ape, ntahla..Tapi nanti lama-lama dia cerita juga..

Ajar dia, cakap nama kawan, pun sampai sekarang tak tau nama kawan. Tapi nasib nama cikgu dia tau " Cikgu Ema "..hahaa..

Takpe, slow-sloe nanti lama-lama dia paham la..Taknak paksa dia sangat, takut dia bosan nanti.

Harap-harap takde drama sampai ke akhir tahun ni..sampai masuk sekolah, sampai besar, sampai bila-bila la..hehee..

VIRUS INFLUENZA SEMAKIN MENULAR

in , by Nadia Johari, 13:02:00
hai assalammualaikum

Virus Influenza Semakin Menular - Risau sekarang bila virus influenza semakin menular. sebelum ni pun Fariza demam, nad cepat-cepat bawa pergi klinik. Alhamdulillah terus baik. Lagi satu sekarang, jarang bawa anak-anak keluar sebab takutkan virus ni. Bila cikgu tadika anak whatsup, mana yang anak deman, batuk dan selsema, perlu direhatkan dan duduk sahaja di rumah, bagus sangat cikgu sampaikan macam tu. Tapi kalau ibu bapa yang tak paham tak tau la. Jangan disebabkan anak dia seorang sakit, budak lain kena jangkitan. Tu yang buat nad risau. Tau sekolah tu penting, bagi dia bergaul, tapi kalau teruk demam, selsem, baik duduk sahaja di rumah untuk keselamatan.

Baru-baru terbaca ada seorang budak sudah meninggal dunia disebabkan virus influenza ni. Lagi bertambah risau. Memang kene ambil langkah berjaga-jaga.

Ada group whatsup saudara hantar artikel berkenaan influenza ni. Mengatakan adakah Influenza ni sama dengan demam selsema..Jawapannya tidak..korang boleh tengok carta di bawah..

Ni antara Tanda Dan Gejala Influenza



Walaupun tidak sama, tapi kalau anak atau sesiapa yang mengalami selsema, batuk, lebih baik kita jauhkan diri sekejap dari dia. Nasihatkan dia, pergi ke klinik dengan segera.

Apakah rawatan bagi influenza?
- Tiada rawatan khusus untuk influenza. Rawatan yang diberikan adalah rawatan
simptomatik sahaja. Anda dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit
kepala
• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya
• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan
• Jika tanda dan gejala berlarutan atau tambah teruk dapatkan rawatan di klinik atau
hospital

Bagaimana jangkitan influenza boleh dielakkan dari
i. Jika anda bersin atau batuk:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan
• Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
• Jangan berkongsi sapu tangan
• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Juga basuh tangan
dengan bersih setelah menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka,
hidung, telinga dan lain-lain anggota badan
ii. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.
iii. Elakkan dari berada di tempat-tempat awam jika anda dijangkiti influenza

Tidak kira orang dewasa atau kanak-akank, mestilah ambil langkah berjaga-jaga. Semalam nad pun demam, tapi sekejap je, tetap juga pergi klinik sebab dah sampai sakit urat. Masa pergi klinik, ramai betul orang demam dan selsema. Kebanyakannya kanak-kanak.

Tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kena jaga kesihatan. Kalau rasa dah demam, batuk, tanda-tanda tak sihat, pergi cepat-cepat ke klinik. Kalau nampak anak tak sihat, jangan hantar ke sekolah, atau tempat asuhan.

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik.
hai assalammualaikum

Macam Ni la Anak-Anak Bila Nad Buat Kerja - Kalau sebelum kawin, nak buat kerja, nak ambil gambar job senang je..Tapi semenjak ada anak, memang struggel ye nak buat tu semua. Selalunya, kalau nak buat ni semua, tunggu anak tidur, senang takde gangguan, tapi bukan nad. Nad buat kerja masa anak bangun dan bermain..hahaa..Lain kan..terbalik kan..Boleh ke nad buat masa anak-anak bangun? Alhamdulillah, selama ni kerja masa anak berjaga, anak bermain memang mudah je, walaupun kadang diaorang kacau, tapi takdela susah mana..Lagi susah bila diaorang tidur..




Macam ni la diaorang bila nad tengah buat kerja. memang diaorang akan sibuk nak bergamabr, nak interframe orang cakap. Jadi, sebelum buat kerja, memang la kena layan peranagi diaorang dulu. Kita have fun apa diaorang nak buat. Kemudian cakap, " ok dah, mommy nak ambil gambar "..Diaorang akan faham dan main dekat tempat lain atau main dekat-dekat nad jugala. Ambil gamabr kalau diaorang baut bising pun takpe, sebab ambil gamabr kan, tak memerlukan suara.

Macam mana pulak nad buat kerja ambil video?

Hah, part buat video memang tak boleh ada suara lain, melainkan video tu memng untuk kanak-kanak. Kalau untuk sndirian, nad akan lari masuk ke bilik. Tapi masa tu memang diaorang berjaga juga. nad cuma cakap je, " korang duduk sini senyap-senyap, mommy nak buat work "..

Budak-budak sometime dengar arahan, sometime tak. Bila tak tu, diaorang akan pergi ke bilik nad. Bila dah masuk, kalau nad tak siap lagi kerja, nad akan suruh senyap. Ya, kadang diaorang paham, kadang tak. Bila dah tiga kali nad cakap senyap, mommy nak buat work, mula cakap slow, perlahan, baik hati. selepas tiga kali taknak dengar, mestilah naikkan suara..hahaha..Suara mak pun macam kartun, diaorang takut sekejap je..Pas la pulak suruh daddy jaga.

Kadang diaorang tak kacau, sebab diaorang sibuk main atau layan tv cerita kartun kesukaan diaorang.

Nad memang tak dapat buat kerja masa diaorang tidur, sebab, bau seorang mak ni kuat tau bagi diaorang. asal nad takde dekat sebelah, mesti diaorang akan terjaga dan menangis. Memnag satu kerja pun takkan jalan kalau diaorang tidur. Satu hal la kalau diaorang terjaga nak tidurkan balik..Memnag lambat tau..


Sebab tu, nad lebih pilih untuk buat kerja masa diaorang tengah berjaga, bermain, layan tv. Macam si kakak, Fariza dah paham dah. Adik pulak akan ikut apa kakak buat...hehee..

Mungkin orang lain, susah nak dapat idea dengan keadaan yang bising. Tapi untuk nad, alhamdulillah, dapat idea selalau walaupun adik beradik tu tengah bergaduh ye..hahaha..

Kadang tengah susukan adik, dapat idea menulis. Hah, macam tu la nad buat kerja sejak ada anak ni.
hai assalammualaikum

Resepi Butter Prawan Yang Pedas Dan Menyengat - Pertama kali buat butter prawn ni..hahaa..Sebab tak pernah nampak la mak buat butter-butter ni semua. Kenal menu butter prawn ni pun tengok youtube , si anis chef tu masak. Pernah buat tapi tak menjadi, terus merajuk taknak buat..hahaa. Tapi lepas tu tengok ramai kawan-kawan buat masakan butter ni. Tapi kebanyakan diaorang guna ayam, jadi nad tukar guna udang. Kali ni nad buat setelah bertahun tak buat..Haritu ddapat rasa dekat Restoran Leleh Mytown, mr mafia cakap sedap. Hah, sebab tu kali ni berani nak buat sebab dia dah rasa masakan butter tu. Kang nad buat, dia tanya ni apa, mesti dia rasa pelik..hahaha. Takpe, kali ni buat biar sampai jadi dan sedap.



Kita buat ikut citarasa mr mafia. Dia suka masakan pedas kan, jadi kita buat Butter Prawan ni pedas dan menyengat. Baru dia rasa nak makan dan nak makan, sampai ambil kuahnya sekali..hahaha..

Ni cara nad la, biasalah, kadang kita ikut lain sikit, tambah yang lain untyk bagi lebih ummpphhhh..Ok ni bahan dan cara membuatnya..


Bahan-bahan
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili api
- Daun kari
- Butter
- Udang
- Susu cair
- Garam
- serbuk cili


Cara membuatnya
- Cairkan butter
- Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan daun kari, bawang putih dan cili api. Gaul bagi naik bau.
- Masukkan susu cair separuh tin sebab nad masak udang sikit je.
- Masukkan udang dan bubuh garam beserta perasa. gaul dan biarkan sekejap..
- Kemudian nad letak serbuk cili sikit, nak bagi rasa pedas menyengat lagi. Sikit je, takde penuh sudu kecil tu pun.
- Gaul dan biarkan..
- Agak-agak udang dah masak, boleh la angkat dan dihidangkan.


Nak lagi sedap, lebih baik udang digoreng dahulu, tapi nad masukkan terus sebab anak dah meragam. hehee..

RESEPI SUP AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

in , by Nadia Johari, 21:35:00
hai assalammualaikum

Resepi Sup Ayam Yang Sedap Dan Mudah - Haritu Fariza demam waktu sesi persekolahan bermula. Tapi dia nak sekolah juga sebab dia suka sangat pergi sekolah. Masa pertama hari sekolah, selepas dia balik rumah, terus penat badan dia, dengan batuk dan selsema. Kesian tengok dia. Lepas tu, nad buatkan sup ayam untuk hangatkan badan dia tu. Sup ayam, ramai yang tau buat. Jadi ikut cara masing-masing la. Cara nad ni campak-campak dan nak tambah lagi sedap, letak lada hitam.



Ni la rupa sup ayam yang nad buat. Memang selalu tambah dengan kaki ayam sebab Fariza suka makan kaki ayam ni. Lagipun, kaki ayam ni bagus, katanya ada kolagen gitu.


Ni antara bahan untuk buat sup ayam
- Dua biji bawang merah
- Dua ulas bawang putih
- Seinci halia
- Ayam
- Dua kiub knorr ayam
- Bunga lawang
- kayu manis
- Daun sup
- Serbuk lada hitam
- Kentang
- Garam dan perasa
- Air


Cara membuatnya
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian tumiskan bersama bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, dan tumiskan sekali. Nad masukkan ayam dahulu sebab nak bagi bahan tumis resap dalam ayam.
- Masukkan air sehingga tenggelamkan ayam
- Masukkan dua kiub knorr ayam dan kacau
- Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan lama sikit supaya ayam dan kentang masak.
- Masukkan lada hitam yang sudah ditunbuk menjadi serbuk. Nad suka guna lada hitam biji dan tumbuk. Kalau guna lada hitan yang dah siap jadi serbuk tu tak sedap.
- Kemudian masukkan garam dan perasa..
- Akhir seklai taburkan daun sup ..

Dah siap...sedap dimakan dengan cili kicap..aummm

REAKSI FARIZA BILA MOMMY BUAT-BUAT PENGSAN

in , by Nadia Johari, 08:08:00
hai assalammualaikum

Reaksi Fariza, Bila Mommy Buat-Buat Pengsan - Pernah beberapa kali nad tertengok video kanak-kanak kecil menangis disisi ibunya yang sudah meninggal atau kemalangan. Sedih sangat tau tengok kanak-kanak tu menangis,  goyangkan ibunya dan panggil 'ibu, ibu, ibu'.. Masa tu juga nad terkeluar air mata.. Huhuhu.. Pastu mula la terfikir,  ' macam mana la kalau jadi kat aku ni '..

Tiba-tiba haritu saje la nad buat-buat pengsan,  nak tengok reaksi anak macam mana.

Masa tu Fariza dengan Farhanah tengah main. Pastu nad terus buat pengsan. Biasalah,  Fariza kalau tengah mmain mestilah nak panggil mommy dia juga. Bila dia panggil, mommy tak nyahut,  dia dah gelabah.

Fariza dok goyang-goyang badan nad..hahah. Masa tu dah nak gelak dah,  tapi tahan lagi. Dia goyang lagi kuat. Paling tak boleh blah,  dia tampar muka nad banyak kali.. Aiyoorkkk.. Sakit ooo... Dia goyang, goyang lagi... Picit-picit muka nad,  sambil nangis dan panggil mommy. Adik relaks sebab tak tau ape..hahaha..

Lepas tu, Fariza lari naik atas pergi bilik daddy dia. Tengok-tengok dia tarik daddy dia ke tempat nad.. Huishhh.. Nad terus bangun.. Hahaha.. Kang daddy dia fikir lain pulak..

Macam ni reaksi anak ye. Paling tak dijangka,  boleh dia nak panggil daddy dia. Bagus Fariza.. Anak yang pintar. Daddy cakap ' Fariza tarik-tarik abang, siap ckaap cepat la daddy,  cepatla. Mommy tu.. Mommy tu '..


Kakak memang pandai.. Mommy love you kakak dan adik. Harap mommy dapat jaga awak sampai bila bila,  sampau la mommy dan daddy dapat tengok cucu.. Gitu ye...

ANAK NOMBOR 2 SEORANG YANG COOL TAPI...

in , by Nadia Johari, 17:00:00
hai assalammualaikum

Anak Nombor 2 Seorang Yang Cool, Tapi..- Jarang sangat cerita pasal Farhanah ni. Farhanah, anak nombor dua, yang banyak perangai. Kebanyakannya dia akan tiru kakak dia. Tapi dia juga ada perangai tersendiri. Setiap hari, ada je benda baru yang dia buat dan mencuit hati. Tapi apa yang nad tengok, Farhanah ni seorang yang cool dan relaks je. Bukan seorang yang kuat menangis macam kakak dia. Paling tak boleh tahan, kuat pembuli ni..hehee..Selalu juga dia buli kakak dia.


Bila berebut benda, memang si adik ni takkan mengalah. Berebut juga sekuat hati nak dapatkan benda tu. Bila dah dapat, kakak semestinya akan nangis, tapi adik, akan pergi macam tiada apa yang berlaku..hahaha. Tapi sebagai mak, nad akan ajar, supaya main sama-sama dengan kakak, atau kalau dia buat salah, perlu mintak maaf dan sayang orang tu. Farhanah memnag akan buat apa yang disuruh.

Lagi perangai Farhanah ni, dia kuat memberontak dan cepat marah. Macam kakak usik sikit, atau nad usik atau daddy usik, mesti akan mendengus keluar suara marah dengan memek muka yang garang..Yang tu tak tau dari mana dia belajar marah macm tu..ahhaa..Lawak kadang-kadang dia ni..Kadang siap cakap "NO"...perghh tatut kita wak..

Farhanah ni cepat belajar. Dia cepat tangkap apa yang dia nampak. Apa kakak buat, mesti nak tiru, esok lusa , dia buatla sendiri..

Banyak juga la perangai dia ni, ada juga yang memang menghiburkan hati.

Tapi...hah, ada tapinya..


Farhanah ni takut dekat orang. Memang ni selalu menjadi masalah nad. Lari sikit dari dia terus melalak bagai nak rak. Orang nak sentuh pun masam mencuka je.

Farhanah ni juga kuat merajuk, dan kuat terasa hati. Kene tinggal sikit dah merajuk..hahaa..Mulut pula mencebik macam itik..hehee..


Tapi dalam peranagi pelik dan unik dia, Farhanah ni seorang yang manis sangat..hehee..Kalau senyum, adoii cair je..

Ni antara sifat anak nombor dua..
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian

Adalah sikit dekat Farhanah. Tunggu besar lagi muncul la perangai dia yang baru.seronok dapat tengok anak membesar depan mata.

TERHIBUR DENGAN SOALAN ANAK

in , , by Nadia Johari, 23:00:00
hai assalammualaikum

Terhibur Dengan Soalan Anak - Sekarang Fariza dah masuk 5 tahun. Kalau dulu kecik-kecik, memang jenis mulut nak bercakap je dalam bahasa alien dia. Sekarang, bila dah pandai bercakap, dah paham apa dia cakap, lagila banyak soalan yang dia tanya. Soalan yang ditanya, semestinya soalan yang dia nak tau kenapa itu, kenapa ini kan. Dan sebagai mak, nad memang akan layankan je soalan dia. Bukan sekadar nak bagi dia tau, walaupun jawapan nad ni memang tau dia takkan paham, tapi sekurangnya, nad bagitau, dan satu hari dia akan paham punya.

Sebagai mak, nad memang akan layan dua-dua anak dengan penuh sabar. Anak kita kan, dah dia nak tau, mestila kita jawab. Jangan sesekali cakap ' tak tau, tak tau dan tak tau'..Takut nanti anak-anak langsung taknak berborak dengan kita bila dah besar. Sebab dari kecil, parents dah tunjukkan taknak layan anak, nanti bila besar, mulala dia cari orang lain untuk berborak. Nad taknak macam tu. Nad kalau boleh dari kecil sampaila ke besar, nak berborak selalu dengan anak. Jadi, dari kecil ni la layankan je apa soalan dia tu.


Jangan anggap, bila anak tanya soalan tu, rimas dan merepek. Budak-budak, nak membesar, mestila dia nak tau kan. Mesti kita dulu kecik-kecik macam tu juga. Walaup sesibuk mana pun, mesti jawab soalan anak-anak ni. Memang diaorang akan tanya banyak kali, dan kalau korang bijak, kena la tutup bagi jawapan yang diaorang takkan tanya lagi.

Nad suka bila Fariza tanya soalan. Sebab soalan diaorang tu memang jauh dengan usia diaorang. Keinginan nak tau memang diluar jangkaan. Lagi satu, bila Fariza tanya soalan tu, nad akan terhibur, sebab soalan dia macam ' like serius la, dia tanya soalan ni '..hahaa..

Contoh soalan dia tanya

Kenapa Hujan?
Kenapa malam?
Kenapa taik hidung besar?

Banyak lagi..Soalan dia bila tengah berlaku atau dia tengah buat sesuatu atau nampak sesuatu..

And pun akan bagi jawapan yang betul la..kadang siap google lagi..hahaaa..

Tapi, dia akan tanya sampai dia dapat jawpaan yang dia rasa puas..kalau tak dapat, Fariza akan tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? lagi..

Mula nad akan jawab, lepas tu bila dia tanya banyak kali, nad akan fikir nak tutup ye soalan tu..

Selalunya kesudahannya, nad akan ketawa, maka tutupla soalan..haahaa..

Sebenarnya dari dia tanya soalan tu, nad tahan gelak, sebab kita tak jangka anak kita tiba-tiba tanya soalan tu..Jadi kita tahan dulu dan jawab soalan dia.

Bila dah tak tahan tu, kita gelak sekuat hati..hahahaha..

Nad kalau boleh nak layan anak sebaik mungkin. Kalau dulu, nad mungkin tak dapat dekat mak ayah nad. Mak ayah nad tak layan nad sangat. Takkan nak buat dekat anak macam tu kan. Budak sekarang lain..kena didik dengan elok..huhu..




SESI PERSEKOLAHAN BERMULA #BACKTOSCHOOL2020

in , by Nadia Johari, 23:52:00
hai assalammualaikum

Sesi Persekolahan Bermula #BackToSchool2020 - Bermula harini, Khamis 2/1/2020, sesi persekolahan telah bermula. Memang pagi ni ramai yang upload anak-anak pergi ke sekolah. Ada yang abru masuk tadika, darjah satu, dan tingkatan. Meriah timeline facebook, instagram, twitter harini dengan peersekolahan anak-anak yang pelbagai ragam. Tak terkecuali, Fariza, harini pergi sekolah macam biasa. Haritu orientasi, sekejap je, sampai pukul 11, sekolah biasa, dia masuk pukul 7.30 pagi dan balik pukul 12 tengahari.

Maafla, cerita pasal anak sekolah je. Almaklumla, excited sebab anak sulung. Nak dijadikan kenangan dalam blog ni.

Sejak sesi persekolahan dah bermula ni, memang malam tu diaorang dah tidur awal dah..hehe. Dengan nad-nad sekali kena tidur awal, sebab kena bangun awal..kihkih. Tapi sejak semalam Fariza tiba-tiba je batuk, selsema. Mula fikir, nak ke taknak bagi dia pergi sekolah. Tapi, kalau tak kejut, nanti dia mesti tanya ' mommy tak sekolah ke '..Nak taknak bagi la juga dia pergi sekolah.

Pukul 6.45 kejutkan dia, sebab dia masuk pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, bangunkan dia ok je, cuma kena sediakan air suam untuk mandi. Kalau tak, mau menjerit bila mandikan air sejuk. Mandi air suam, takda la terkejut.

Selesai mandi, pakai baju sekolah. Muka ceria je, tak endah dengan batuk dia, selsema dia. Yang dalam fikiran, nak pergi sekolah, jumpa kawan. Pagi tu memnag takda meragam langsung. Senang la nak siapkan dia. Siap tanya spender la, tudung, pakai bedak semua..

Dah siap, panggil daddy dia untuk hantar pergi sekolah. Dengan senyuman dia salam mommy. Waktu tu, adik pun dah bangun sebab kakak kejutkan. Boleh kata ' adik bangun dah petang'..hahaa..Adik cium tangan kakak, nak pergi sekolah. Perangai elok je. senang hati nad tengok dia nak pergi sekolah, walaupun risau dengan batuk dan selsema dia.

Mula sekolah ni, nad tak pergi hantar, sebab lepas ni pun, daddy je yang pergi hantar. Jadi pesan kat daddy, cakap cikgu Fariza tak sihat, kene tulis nama, bagi buku, kain bagi dia takut hingus keluar, batuk tutup mulut. Macam-macam la nad pesan. Sampai la daddy dan Fariza dah gerak. Tak sempat nak ambil gambar, takut anak hilang mood. Biasalah, mood anak kadang kejap nak bergamabr, kadang taknak..hahaa

Fariza balik pukul 12 tengahari, jadi lepas bangun tu memang tak tidur. Layan tv. Entah, hati macam risau je. Yela anak tak sihat. Walaupun dah bagi ubat yang beli dekat farmasi.

Setiap masa tengok jam dekat telefon je..Tak sabar tunggu pukul 12 tengahari.

Bila dah masa Fariza balik, terus cakap dengan mr mafia, suruh ambil cepat. Sebab nad tau, bila Fariza sakit, mesti dia tak sedap nak buat apa.

Bila dengar kereta, tau dah Fariza dah balik. Hah, dengar dah dia menangis. Dahla pakai tudung, panas, balik ngadu ' mommy sakit, sakit '..sambil tunjuk tekak dia. Nad paham dah, dia sakit tekak. Tak sedap tekak.


Time balik ni jela dapat ambil gamabr. Tu pun gegar.

Terus suruh dia buka tudung, baju semua. Urut dada dengan minyak. Hidung letak ubat. Urut-urut sampai dia tertidur.

Alahai, kesian anak mommy. Mommy ingat tak teruk sangat. Tapi daddy cakap, masa ambil Fariza , budak ni berlari-lari..hahaa..Macam mana tu..ermm..

Tadi, terus ajak mr mafia pergi klinik.


Kenala neb juga, sebab berbunyi.

Doktor bagila ubat batuk, selsema, kahak dan antibiotik. Memang lepas makan nasi terus makan ubat.

Alhamdulillah, malam ni kurang sikit..esok boleh sekolah lagi.

Kakak kuat..Esok mommy hantar , nak tengok ye..hehee
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2