hai assalammualaikum

Perfect Italiano Memperkenalkan Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style Baharu - Bila masak western macam spageti ke, atau pizza ke, suka letak cheese banyak. Keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat.

Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
hai assalammualaikum

Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban - Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , kita menyambut Hari Raya Aidiladha, atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban. Alhamdulillah, kita dapat sambut dengan penuh barakah bersama-sama. Selamat Hari Raya Aidiladha nad ucapkan kepada selurun umat Islam. Baru sempat nak cerita pasal Aidiladha, almaklumla, bila raya ni, memang malas nak hadap laptop. Tahun ni, mak, ayah dan adik buat korban, kongsi dengan adik beradik belah mak yang lain.

Macam biasa lauk Hari Raya Korban sama sahaja macam lauk Hari Raya Aidilfitri, lontong, ayam kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Takda lauk ni tak lengkap ye. Nad balik Sabtu malam, nad dapat cuti pun sampai hari Isnin 11 Julai 2022 je. Hari Selasa dah kena balik sebab anak sekolah. Setengah tempat masih cuti lagi, seronok la depa.

RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KE-2 KEMBALI

in , by Nadia Johari, 18:17:00
 hai assalammualaikum

Resipi Berani MAGGI® Kembali Dengan Musim Kedua - Masih ingat lagi, Hidayah telah dinobatkan sebagai Juara Resipi Berani MAGGI® Musim pertama. Kini, rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® kembali dengan musim kedua menampilkan sebanyak 6 episod dan sudah pun disiarkan di TV3 pada hari ini 8 Julai 2022 jam 4.30 petang.  

Seramai 12 peserta yang telah dipilih daripada sejumlah 2,000 orang peserta, untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara. Tahniah kepada peserta terpilih.
hai assalammualaikum

Cara Hantar Barang Ke Luar Negara Dengan Menggunakan Servis Delyva, Mudah Dan Jimat - Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam  mana nak buat penghantaran barang ke luar negara yang lebih mudah dan murah. Yela, selalunya kita nampak harga penghantaran jauh lebih mahal dan ada cas tersembunyi yang dilakukan oleh sebuah company penghantaran. Sampai takda pilihan, kadang terpaksa juga membayar kos yang tinggi untuk harga pos ke luar negara. Ada juga yang tak tahu bagaimana nak hantar barang ke luar negara. 

Kalau korang seorang peniaga online, mesti banyak buat penghantaran kan? Lagi best bila dapat order dari luar Malaysia, contoh Singapura, Indonesia, Taiwan, dan banyak lagi. Yela, kita tak tau, tiba hari bertuah kita, dapat pesanan dari luar Malaysia. Masa ni la peluang untuk tambah jualan atau memperkenalkan produk kita sampai ke luar negara. Rugi kalau dapat pesanan ke luar negara tapi tak tau cara nak buat penghantaran, dah terlepas peluang yang ada.

 hai assalammualaikum

Aeon Fashion Preview : Baju Gaya Fit (Sukan), Percutian (Kasual) Dan Perkahwinan (Wedding) - Majlis Fashion Show paling meriah nad pernah sertai anjuran Aeon. Bermula dari TRIBES Boxing Studio memperagakan baju Gaya Fit (Sukan) jenama Innercasual, seterusnya berjalan ke MRT Surian ke Aeon Maluri, memperagakan baju casual di dalam MRT yang sedang bergerak dan diakhiri di Aeon Maluri dengan pakaian perkahwinan.

AEON Fashion Preview (AFP) ialah acara tiga tahunan menunjukkan jenama fesyen AEON yang akan berada di Aeon. Fesyen yang menyerlahkan trend, gaya, warna dan tekstur terkini mempamerkan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kerjasama yang menarik. 

 hai assalammualaikum

Antara Tempat Menarik Di Ipoh Yang Nad Pergi Buat Pertama Kali - Gembira bila dapat greenglight bercuti dengan kawan-kawan di Ipoh Perak. Selalunya susah sikit nak hangout dengan kawan-kawan ni, sebab fikir anak-anak, tapi memandangkan waktu tu cuti sekolah, nad fikir, anak-anak boleh balik kampung. Diaorang pun dah lama tak jumpa sepupu, jadi, diaorang boleh cuti seminggu dekat kampung. Nad pun bercuti pun tak lama, 2 hari 1 malam je. Bila ok, suami pun tak kisah, hah,jadi onz la dapat bercuti dengan kawan-kawan ke Ipoh Perak.

Lokasi yang nad pergi ni pun berpandukan google yang dikongsi oleh orang lain. Bab hotel, nad dah kongsi sebelum ni. Kitaorang menginap di Ipoh Bali Hotel.


Masa mula-mula sampai, tak sangka pulak Ipoh ni sesak ye, walaupun haritu kitaorang pergi hari weekdays. Sampai je memang takda parking, berapa kali pusing nak cari parking memang takda. Sudahnya kitaorang pergi lokasi yang jauh sikit, nak cari tempat makan dulu. Yela perut dah lapar, kena isi perut dulu. Kitaorang bercuti ni pun sebab nak foodhunting je..hehe.
 hai assalammualaikum

Lagu "Mudahnya Berzakat" Omar Hana Didik Anak-Anak Tentang Kewajipan Berzakat - Baru-baru ini, lagu baru Omar Hana "Mudahnya Berzakat" telah dilancarkan hasil kerjasama PPZ-MAIWP dengan Digital Durian. Meriah waktu pelancaran dengan adanya maskot Omar Hana dan Ustaz Amil, serta tetamu istimewa kak Sharifah Shahira.

Tujuan menghasilkan lagu dan video "Mudahnya Berzakat" adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak, ibu bapa dan semua yang beragama Islam mengenai kewajipan berzakat. Ibadah zakat ini perlu ditekankan sepertimana penekanan mengenai ibadah solat, berpuasa di Bulan Ramadan dan menunaikan Haji. Bagus kita pupuk sedari kecil umpama meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
 hai assalammualaikum

Buat Pembayaran Online, Dapat Emas Percuma Dengan Aplikasi SemuaPay - Bayar secara online dah jadi pilihan semua orang sebab memudahkan urusan. Tak perlu beratur, tunggu nombor giliran semua. Lagi best bila buat pembayaran, dapat pulak cashback, lagi orang suka.

Korang tau tak apa tu cashback? Cashback atau BalikTunai (dalam bahasa melayu) adalah keadaan di mana kita menerima kembali duit tunai apabila melakukan sesuatu transaksi secara online dalam satu aplikasi. Nad suka bila dapat cashback, kiranya pembayaran tu jadi lagi murah sebab kita dapat duit semula. Dengan cashback tu la kita boleh tebus Emas secara percuma. Menarik bukan! 

 hai assalammualaikum

Hong Leong Bank Tawarkan Peluang Memenangi Hadiah Berupa Pakej Ubah Suai Rumah Pereka Bernilai RM33,000 - Ramai yang berhasrat untuk mengubah suai rumah yang diidamkan tetapi terpaksa di tangguhkan akibat beberapa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun lepas. Tapi, sekarang, SOP telah dilonggarkan, dan ramai yang memulakan semula projek pengubahsuaian rumah. 

Mesti ramai yang berhasrat untuk ubahsuai rumah kan, lagi best bila dapat ubahsuai rumah dengan percuma. Hah!!, best kan. Ada caranya kalau korang nak dapatkan hadiah hebat ni tau.

 hai assalammualaikum

Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak - Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di Kinta RiverFront Hotel and Suites di Ipoh, waktu ni, suami ada kerja dekat sana, dia angkut sekali keluarga dia pergi sana. Tapi waktu dengan suami tak sempat jalan-jalan Ipoh sebab anak meragam. Kali ni, nad ke Ipoh dengan bestie Cici dan Sally. Saja nak me time, yang betul-betul me time..hehee. Kitaorang rancang bercuti 2 hari 1 malam sahaja. Bila fikir bercuti ni, mestilah fikir hotel dulu, tempah awal-awal dulu. Yang mencari hotel ni Cici, banyak la dia cadang hotel yang ada di Ipoh, dan akhirnya decide untuk pilih Ipoh Bali Hotel, hotel berkonsepkan bali.

Entah bila nak pergi Bali kan, kita rasa dulu, amik feel dulu vibe Bali ni dekat Ipoh Bali Hotel..hehe.  Sampai je dekat hotel, terus ambik gambar dekat luar..hehee. Dari luar je dah unik dan menarik, belum lagi bahagian dalam. Ambil feeling Bali jom..hehehe. Selalu hotel kita menginap tinggi bangunan, tapi Ipoh Bali Hotel dia lain dari yang lain.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2