Klana Beach Resort Port Dickson - Port Dickson ni memang banyak hotel dan tempat menginap yang best. Salah satunya ialah Klana Beach Resort. Nad stay sini pun disebabkan haritu ada buat Buffet Review Ramadan di Klana Beach Resort. Dapatla menginap semalam di sini, pada masa sama dapat gembirakan anak. Sekarang tengah cuti sekolah, elok bawa naak-anak bercuti ke Port Dickson.
Ingatkan Klana Beach Resort ni biasa-biasa sahaja, tapi best betul suasana tempatnya. Pemandangan dan lokasinya betul-betul di tepi pantai. Nak pergi pantai Port Dickson pun senang, ada tangga disediakan, kita turun dah sampai pantai. Memang lawa kalau nak tengok matahari terbenam.